Tuesday, 31 January 2017

baju kawan jahit


Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal kawan jahit baju anak aku
Kak Azi, boleh tgk blog dia aziazidah@blogspot.com
Dia jahit beg, baju dan lain2
Boleh try tengok
Cantik beg jeannye....
Aku dah beli satu handbeg jean
Baju anak aku tu dapat hadiah dia bagi
Terima kasih kak azie :)
Sekian, wasalam

zaman kecik


Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal zaman kecik2 aku
Dapat amik 2 keping gambar jer.....
Seronok bila tengok gambar lama2
Kami masa kecik2 terbiar....biasalah umi asyik sakit, abah sibuk kerja
Kami mak sedara yg jaga
Atuk nenek yg jaga
Nak buat macam mana
Redha dan pasrah
Walaupun umi kami kerap sakit
Masih sempat amik gambar buat kenangan
Masa baby sehingga kini
Umi masih kadang2 sakit
Meroyan ni seumur hidup
Aku pun macam ibuku
Nak buat macam ne
Yg beza, umi suri rumah
Aku pulak bekerja
Pesakit mental yg bekerja
Ade hikmahnya nanti
Sabar dan redha serta pasrah
Terima seadanya
Sekian, wasalam.....

zaman sekolah

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita masa zaman sekolah menengah
Aku ade banyak sekolah rendah dan menengah
Ikut abah naik pangkat tukar2 tempat kerja
So aku dan adik beradik semua banyak sekolah tukar2
Gambar di atas sekolah menengah 2 tempat
Smk Sultan Ahmad Shah dan Smk Syed Mashor
Sekolah rendah pun banyak.....
Boleh tengok kat facebook aku senarai nama sekolah dari kecil dan sehingga universiti
Ade banyak gambar lagi
Ni je yg sempat aku amik.....
Zaman sekolah memang seronok
Kan best jadi kanak2 sampai bila2
Aku lebih suka jadi bayi daripada membesar
Kanak2 bawah 7 tahun masuk syurga bila meninggal
Jeles aku yg meninggal awai or masa muda
Kehidupan dunia tak best lg best akhirat yg kekal abadi
Jeles aku dengan orang yg meninggal setiap hari....
Semoga aku mati dgn husnol khotimah, aminn.....
Semoga mati awal supaya tak de menyusahkan sape2....
Sekian, wasalam.....


Sunday, 29 January 2017

setahun 7 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal anak kedua aku
Nur Azalia Hadirah Binti Mohd Azlan
Genap setahun 7 bulan hari ini
29-6-2015 hingga 29-1-2017
Masih susu badan sepenuhnya
Alhamdulillah....
22.2.2017 amik darah lagi nanti
Keputusan darah 28.2.2017 nanti
Amik darah sebab hb rendah
Semoga anak ibu ni sentiasa sihat, ceria, panjang umur, murah rezeki, solehah, pandai, berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Ibu sayang kamu sangat2
Sekian, wasalam

Friday, 27 January 2017

jenis susu anak

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal jenis susu anak yg anak2 aku minum
Anak yg sulung dari lahir sampai sekarang
Anak sulung lelaki, kuat menyusu
Masa lahir tak cukup susu, so campur2
Susu badan dan susu formula
Susu pertama dia minum ialah:
Susu Novalac Rm50 setin kecil (mahal sungguh~atuk ayah yg belikan) : 3 tin habis
Susu Ducthbaby (DutchLady) Rm22.85 bagi 900gram had umur 0-12bulan
Susu Anmum Rm31 bagi 900gram (20kotak habis) harga asal rm32.90
Susu S26 bagi 900gram RM30 hanya 2 kotak sahaja sebab tak sesuai
Susu Lactokid Rm24 hanya 2 tin sahaja sebab tak sesuai
Susu Dugro 1-3tahun start okt 2015 sampai dis 2016 rm20.90 harga asal rm25.90
Sekarang susu DutchLady 2-4tahun 900gram hanya rm20.85 start Jan 2017 sampai sekarang harga asal rm28.90, beli time promosi je....kadang2 rm21.90
Semoga anak2 ibu sentiasa sihat, ceria panjang umur, murah rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Sekian, wasalam....

pengasuh anak2

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal pengasuh baby
Pengasuh anak2 aku
Ade 2 pengasuh jer...
Pengasuh pertama masa anak sulung umur 5 bulan hingga 10 bulan
Pengasuh kat presint 9, makcik Na
Dia jaga kejap je sebab kene jaga cucu baru lahir masa bulan 11 dia datang semenanjung masa bulan 3, so bulan 4 aku hantar taska Kdn, rm250 sebulan
Masa pengasuh pertama Rm300 sebulan
Pengasuh tak dapat jaga anak aku sepanjang bulan 11 hingga bulan 3 ade 20hari (total kesemua) tak dapat jaga anak aku yg sulung
Hantar taska Kdn masa bulan 4, 5 dan 6 sahaja (sebab ade yg buat cerita ckp pengasuh aku mati, aje yg teruk~jumpa kat akhirat nanti)
Start bulan 7, hantar pengasuh yg kedua iaitu kak wani blok d presint 11
Pengasuh kedua jaga masa anak aku umur setahun sebulan sampai umur 2 tahun 6 bulan
Pengasuh kedua rm280 sebulan
Pengasuh tak dapat jaga sepanjang jaga anak2 aku ialah selama 37hari (total kesemua)
Pengasuh kedua jaga anak aku yg pertama dan kedua
Bila suami aku kerja malam siang jaga anak2 selama 2 bulan setengah (Jan 2016 hantar taska opis hingga umur 4 tahun - start hantar umur 6 bulan dan 2 tahun 6 bulan)
Bila suami aku kerja siang aku hantar anak2 ke pengasuh
Bayar ikut hari, rm15 yg sulung sehari
Si adik, baby umur 4 bulan hingga 6 bulan sehari rm20
Kira murahlah tu, bersyukur alhamdulillah dapat pengasuh yg baik2
Dua2 aku sayang kedua2 pengasuh anak2 aku
Pengasuh pertama dan kedua
Terima kasih atas segala-galanya
Halalkan makan minum ye
Sekian, wasalam

Thursday, 26 January 2017

mc kerajaan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal MC kerajaan
Medical Certificated
Surat Akuan Sijil Sakit /cuti sakit
Setakat ni tahun 2008-2017
Aku dah MC sebanyak 29hari
2008-2010 tiada
2011 : 16 hari (masuk wad gila)
2012 : 1 hari (adik ipar kurang ajar kahwin)
2013 : 2 hari (masuk wad semasa mengandung)
2014 : 4 hari (suami terseliuh kaki main bola)
2015 : 5 hari (aku dan anak tak sihat)
2016 : 1 hari (aku tak sihat)
2017 : tiada lagi setakat ini
Semoga aku dan anak2 serta suami sihat selalu, amin....
Harap sangat tiada lagi MC kerajaan
Ingat senang kerajaan nak bagi cuti sakit
Hanya pesakit mental sahaja yg senang dapat MC
Semuanya sijil cuti sakit kerajaan
Sekian, wasalam

skt penilai pertama

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal SKT penilai pertama
Keputusan SKT aku sepanjang berkhidmat bagi penilai pertama
Bos aku semua perempuan
10.11.2008-31.12.2016 (8tahun)
Tahun 2008 diambil kira bagi 2009
2009 : 85% (cik fadilah w29)
2010 : 90% (cik fadilah w29)
2011 : 92% (cik fadilah w29)
2012 : 87.67% (cik munirah w41)
2013 : 89% (cik munirah w41)
2014 : 92.17% (cik ummul w41)
2015 : 91.33% (pn.yana w48)
2016 : 92% (pn hariza w44)
Alhamdulillah
Walaupun keputusan tidak memberansangkan
Aku bersyukur Alhamdulillah
Terima seadanya
Sekian, terima kasih bos2 aku
Wasalam


kebaikan susu dutch Lady

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini nak cerita pasal kebaikan susu dutch lady ni
Anak sulung aku minum susu ni
Dulu masa baby dah minum sampai 2 tahun
Pastu tukar dugro, ni tahun 2017 guna balik susu ni
Sebab kadang2 si adik habiskan susu si abang
Sebab tu kene beli 2 tahun ke 4 tahun
Si abang nak masuk 4 tahun, si adik nak masuk 2 tahun

Kebaikan susu ni dirumus khas untuk tahap2 kebijaksanaan anak kita yg berumur 1 hingga 6 tahun.
Kelebihan susu ini mampu menyediakan nutrisi khusus untuk menyokong perkembangan mereka.
Selanjutnya membolehkan anak2 mendapat yg terbaik pada setiap tahap2 kebijaksanaan mereka.
Ketika kanak2 membesar, keupayaan mereka untuk belajar turut berkembang.
Mereka berkembang maju melalui tahap2 kebijaksanaan yg berbeza.

Tahap Perkembangan Anak2 :
1.Mereka berkembang dan ingin tahu tentang dunia.
2.Mula menerokai persekitaran mereka.
3.Mula mencipta kerana mereka menjadi lebih kreatif dan imaginatif.
4.Apabila mereka memasuki sekolah, keutamaan adalah untuk mereka belajar.Sepanjang tempoh ini mereka menjadi lebih bijak.

Jenis susu Dutch Lady :
1. Susu Dutch Lady Curios 1 hingga 2 tahun
2. Susu Dutch Lady Explore 2 hingga 4 tahun
3. Susu Dutch Lady Create 4 hingga 6 tahun
4. Susu Dutch Lady Learn 6 tahun ke atas

Sekian, untuk maklumat semua, wasalam



setiap hari hantar dan amik

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini khamis zikir khamis Subhanallah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal setiap hari hantar dan amik pergi kerja
Dah hampir 2 tahun aku tak bawak kereta
Sanggup naik bas kalau suami takde
Pagi tadi naik bas sebab suami kerja malam
Balik dia amik seperti biasa
Kalau kerja siang dia amik lambatlah, hari2 balik lambat
Takperlah....janji hantar dan amik aku dan anak2
Naik bas macam biasa anak2 tak reti duduk diam
Meroyan aku setiap kali naik bas
Nak wat cam ne. kene terima seadanya
Terima kasih abgku sayang
Sejak keje kastam memang tak bawak kereta
Takut accident lagi
Setiap kali aku bawak kereta mesti accident
So baiklah ade yg hantar dan amik setiap hari
Sekian, wasalam.....

Monday, 23 January 2017

niat puasa

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Ni doa dan niat untuk puasa bagi setiap tahun
Doa berbuka puasa sekali
Selamat beramal
Sekian, wasalam

movie and black cayyon



Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari tu khamis 19-1-2017 hari gaji hari aku cuti rehat
Tapi masih datang opis walaupun cuti rehat
Aku pegi BPH bayar Labuan, aku pegi pejabat pos bayar bil api, air dan astro
Pastu pegi alamanda tengok movie dgn bff aku, amalina abdullah
Pergi alamanda makan kat black cayyon restaurant
Tengok movie 12.45pm sampai 2.30pm
So jalan2 dulu dan makan tengahari dulu
Pergi pejabat pos alamanda teman bff buat lesen memandu, aku g bayar celcom kat alamanda dan shopping kasut sukan kat bata
Seronok sangat
Thanks you lin sayang
Sekian, wasalam


setiap hari 10 ayat

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini isnin zikir isnin Lahaulawalakuataillahbillahhilalihilazim 1000kali
Hari ini nak cerita pasal setiap hari baca 10 ayat al quran selepas solat fardhu
Sepatutnya satu hari satu juzuk kene habiskan
Sebab tak mampu, so aku baca 10 ayat sahaja setiap hari
Aku baca selepas solat isyak selepas tahajud
Kadang2 selepas solat subuh
Kalau rajin selepas solat maghrib sambung solat isyak terus
Sementara tunggu isyak so mengaji dulu
Kalau maintain 10 ayat setiap hari, insyaallah dalam masa 3 bulan dapat khatam al quran
Kalau sehari 1 juzuk, so dalam sebulan dapat khatam al quran
Maafkan aku ya allah....aku lalai dan selalu utamakan keluarga dan anak2 sehingga masa bersamamu amatlah sedikit, hanya 10 ayat untukmu ya allah....maafkan aku....
Setiap hari aku solat dhuha, solat tahajjud dan solat taubat masih belum cukup untuk bersamamu ya allah....ampunkan dosaku ya allah......
Ampunkan dosa kami semua ya allah....amin....
Semoga aku terus istikomah setiap hari, amin.....
Sekian, wasalam....


Friday, 20 January 2017

cuti setiap khamis

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal cuti setiap hari khamis
Dulu masa mula2 masuk kerja kerajaan 10.11.2008
Aku tak de baju batik
Baju batik kene pakai setiap hari khamis
Baju batik mahal
So aku memang amik cuti setiap hari khamis
Kadang2 mc kerajaan or swasta
Keje OT cukup 9 jam dapat cuti rehat sehari aku pilih hari khamis
Baju batik aku ade satu jer masa tu, so memang asyik pakai baju yg sama
So aku cuti rehat tenangkan fikiran
Hari2 aku OT, hari2 aku balik lambat
Aku kerja hari2 (2008-2012)
Raya ke3 memang kerja setiap tahun
Dah 8 tahun memang macam tu
So tahun baru ni tahun ke 9 ni aku nak cuti panjang masa raya puasa nanti
Biasa kerja setiap tahun, so tahun ni aku cuti lama
Aku cuti seminggu iaitu 10hari
10hari, 6 hari di tapah, 4 hari di melaka
Tahun ni giliran raya di tapah, perak
Baru puas hati
Asyik kerja jer....
Kali ini family first
Kerja sampai mati tak akan habis
Sentiasa ade kerja hari2
So family first
Sekian, wasalam

kenduri masuk rumah baru 8.9.2012

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini nak cerita pasal aku masuk rumah kuarters 1.9.2012
Aku start keje putrajaya 23.4.2012
Aku menyewa rumah di pekan salak sebulan
Pastu di banting 3 bulan
Akhirnya dapat rumah 1.9.2012
Buat kenduri doa selamat 8.9.2012
Kenduri doa selamat bersama open hause raya
Kene tarik kereta depan opis 11.9.2012
Dapat tahu mengandung 20.10.2012
Dapat anak buah luar nikah 25.10.2012
Macam2 berlaku sejak duduk putrajaya
Sesat larat tak jumpa opis kdn
Sesat larat tak jumpa rumah
Kene saman kereta
Kene saman parking
Macam2 ujian dan musibah
Kifarah dan dugaan
Aku redha dan pasrah
Sekian, wasalam.....

sakit mental 21.8.2006

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini nak cerita pasal aku sakit mental masa tengah buat degree 21.8.2006
Aku buat diploma 2003-2006
Habis diploma march 2006, so jun 2006 aku sambung degree pulak
Aku tak habis degree aku sebab aku sakit
Tak sempat habis satu sem yg pertama
Tak sempat amik exam...
Aku dapat berehat setahun....
Tapi aku tak sambung pun bila dah habis rehat setahun....
Aku masuk wad gila 3hari
Aku cuba bunuh diri masa 21.8.2006 tu
Dah gila tengah buat assignment degree
Subjek islamic studies masa tu
Aku sambung berehat kat rumah kat kampung
Aku duduk batang kali mula2
Pastu baru tapah, perak
Sampai mati aku akan ingat
Sekian, wasalam....

kene rompak 30.9.2011

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Nak cukupkan 20 entry post sebab dah 20hb bulan satu ni
So aku akan post macam2 hari ini
Aku nak cerita pasal aku kene rompak semasa tidur malam jumaat hari khamis
Aku baru cucuk keluar rm600 sebab nak bayar aku punya diploma rm300, bayar bil api, air dan astro serta bil celcom semua rm300 nak bayar esok pagi nya hari jumaat
Malangnya kene rompak malam tu
Esoknya aku cuti kecemasan, buat laporan polis
Menyesal aku keluar duit awal2
Patut masa nak bayar baru cucuk keluar duit
Fobia aku sampai sekarang nak cucuk duit banyak2
Cucuk jer cepat2 bayar ape yg patut
Serik woo....
Sedih aku....
Macam2 aku kene rompak malam tu
Cincin tunang berlian rm1000
Cincin beli sendiri rm150
Cincin merisik rm200 (hilang masa g klinik gigi)
Jam tangan polo hantaran kahwen rm250
Duit tunai rm600
Handbeg polo bernilai rm250
Barang2 mekup
Pendrive 3 jenis mahai aku beli rm100
Hadiah kahwin pengering rambut dan pelurus rambus mahal tu bos aku beli beratus harganya
Walet polo bernilai rm250 (beg dompet)
Sampai bila2 aku ingat
Sampai mati aku ingat
Baru kahwin kot
Inai masih ade di tangan
Nikah 10.7.2011 kene rompak 30.9.2011
Sekian, wasalam

Skrg yg tinggal gelang batal sembahyang rm2000 (emas masa 2010 murah)


Langkawi 8.10.12-10.10.12

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal pegi Langkawi 8.10.2012-10.10.2012
Beli motor dapat 3hari 2malam percuma percutian tetapi kene bayar deposit rm100 sebelum percutian
Alhamdulillah masa ni tengah peknen tak tahu lagi masa tu
Dapat tahu peknen masa 20.10.2012 pegi klinik swasta
Husna anak buah aku belah suami, anak luar nikah lahir 25.10.2012
Baru nak bagi berita gembira bakal dapat cucu sulung anak sulung kami
Tup2 dah dapat cucu dah....
Geram dan sakit hati....
Aku tahu pun bila adik ipar kurang ajar dah ade 2 anak baru aku tahu
Menipu cakap mertua bela anak angkat
Bukan nak jujur dengan aku
Suka menipu je kejenyer....
Walaupun benda dah lama lepas, masih segar di ingatan
Sampai mati aku ingat
Ko buat aku meroyan masa aku dalam pantang
Anak pertama dan kedua aku meroyan teruk
Aku campak baby baru lahir
Kecian anak2 aku
Ko ingat aku boleh lupa....
Sekian luahan hati aku
Sekian, wasalam

Wednesday, 18 January 2017

deposit hangus 5.4.2012



Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal deposit hangus rm100 masa dapat percutian 3hari 2 malam di Langkawi
Beli motor bulan 4 2012 so dapat tiket free 3hari 2malam tapi dengan bayar deposit rm100 selepas bercuti baru dapat duit rm100 tu...tetapi
Sampai sekarang duit rm100 tu tak dapat balik pun....
Aku haramkan rm100 tu....jumpa kat akhirat nanti....
Sekian, wasalam.....

kete kene tarik 11.9.2012

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal kete kene tarik depan opis kdn masa 11.9.2012
Benda dah lepas tapi masih segar di ingatan
Sampai mati aku ingat
Gambar di atas ialah 2 orang pemuda yg menarik kereta suami aku
Dia cakap dah 3 bulan tak bayar kereta viva rm509 sebulan
Sebab tu kene tarik
Padahal suami aku bayar setiap bulan tanpa miss
Bayar kat bapak mertua aku
Bapak suami aku
Abdullah bin Bakar
Sebelum ni elok jer, ok jer
Tak sangka pulak boleh jadi macam ni
Lepas ni memang kami bayar sendiri
Pengajaran buat kami
Bayar sendiri jangan harap orang lain walaupun ayah sendiri
Walaupun dah bertahun tahun berlalu
Masih segar di ingatan
Kene bayar rm2058 baru dapat kete balik
Nasib baik sepupu suami, busu yg bayarkan
So bayar bulan2 kat dia
Aje yg geram....
Tak pasal2 tambah hutang lagi
Sekian, wasalam


jenis-jenis meroyan








Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini rabu zikir rabu astaufirullahhalhazim 1000kali
Hari ini nak cerita pasal jenis-jenis meroyan
Aku ni jenis meroyan semua jenis seperti di atas
Sebab tu kene injet setiap bulan sekali
Injet untuk otak
Injet bagi tenang fikiran
Aku post entry ni bagi korang semua paham nape aku meroyan 24jam
Meroyan ni seumur hidup
Harap korang semua paham

Bagi mengurangkan masalah tersebut, pelajarilah tanggungjawab sebagai ibubapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.
Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika merasa tertekan.
Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang kerana anda masih lemah.
Rehat yang cukup juga adalah penting.
Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang.
Beri masa untuk diri anda sendiri.
Pengambilan diet dan pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untuk kembali cergas.
Sekian, wasalam

Tuesday, 17 January 2017

kuat makan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ini nak cerita pasal kuat makan
Sape tu yg kuat makan
Aku lah sape lagi
Berat aku 56kg
Dulu 50kg jer
Sejak ade anak dua ni
Berat bertambah2 lagi
Aku kuat makan
Menyusu badan memang kuat makan
Sehari wajib 10kali
10pinggan
Bela saka agaknya
hahaha
Memang dari kecik lagi kuat makan
Berat dulu masa remaja 40kg tinggi 163cm
kurus kering
Sekian, wasalam

Monday, 16 January 2017

solat tarawih



Assalammualaikum dan selamat petang semua
Panduan semua untuk solat terawih 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat
Selamat beramal semua
Sekian, wasalam

solat jamak

Assalammualaikum dan selamat petang semua

Hari ini isnin zikir isnin Lahaulawalakuataillahbillahhilalihilazim 1000kali

Hari ini nak cerita pasal solat jamak

Cara Solat Jamak

Selalunya, di hentian R&R Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), kita biasa nampak tatacara, panduan dan cara solat jamak dan qasar di dinding surau. Bila mahu solat, kita baca. Lepas itu, lupa. Jika singgah lagi di R&R, baca lagi. Selepas itu, lupa lagi. Mungkin kerana tidak dipraktikkan, kita selalu lupa.
Apa tidaknya, jika tidak selalu diamalkan, kita akan terlupa cara solat jamak. Kena selalu praktis cara solat jamak jika bermusafir agar terus lekat dalam kepala. Di bawah ini ialah panduan sembahyang musafir atau cara solat jamak yang diambil menggunakan kamera di salah satu Hentian R&R PLUS.


Cara solat jamak
Cara solat jamak
Apabila bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di darat, laut atau udara, kita dibolehkan melakukan solat jamak. Namun, bagi orang yang tidak biasa, tentu agak janggal. Oleh yang demikian, ini adalah perkongsian agar kita dapat ketahui cara solat jamak taqdim dan takhir dari sumber yang mempunyai kredibiliti iaitu JAKIM.

Apa itu solat jamak?

Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:
1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Apakah syarat solat jamak?

Untuk solat jamak taqdim:

1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Untuk solat jamak taakhir:

1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Bagaimana cara dan contoh niat solat jamak?

Untuk jamak taqdim:

1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Untuk jamak taakhir:

1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

Akhir kata

Semoga artikel cara solat jamak ini dapat membantu kita melakukan ibadah, walau di mana kita berada. Usah sesekali meringankan solat, walaupun bermusafir.
Untuk menghimpunkan dan memendekkan rakaat solat, baca panduan solat jamak yg betul. Harus diingat, yang dibolehkan hanya solat Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak sahaja.
Walaubagaimanapun, jika hanya ingin memendekkan solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’, ikuti panduan solat jamak JAKIM

Semoga perjalanan kita mendapat keredhaan Allah.

Sekian, wasalam

Friday, 13 January 2017

genap setahun

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ni nak cerita genap setahun dah buat blog ni
13-01-2016 hingga 13-01-2017
Setakat ni yg baca blog 34,813 orang dah
Duit nuffnang masih rm2.75 masih tak berubah tak naik2
Ape2 pun syukur Alhamdulillah
Semoga tahun ni lebih baik dari tahun2 yg lepas, amin....
Sekian, wasalam

Thursday, 12 January 2017

anak2 buah dah besar



Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini khamis zikir khamis subhanallah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal anak2 buah dah besar dah....
Anak buah yg sulung, cucu pertama dan yang lain-lain
Harith 9 tahun
Hannah 7 tahun
Hayyan 2 tahun
Irsyad 3 tahun
Cepatnye masa berlalu....
Makngah sayang anak2 buah makngah.....
Semoga sentiasa sihat, ceria panjang umur murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Sekian, wasalam.....

Wednesday, 11 January 2017

malam gala cawangan akaun











Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini rabu zikir rabu astaufirullahhalazim 1000kali
Hari ini nak cerita pasal malam gala cawangan akaun pada 07.01.2017
Baru hari ini dapat update blog
Anak2 tak sihat demam batuk selsema
Pergi jugaklah walaupun tak sihat
Hadirah dah ok sikit boleh berjalan dan gerak2 masuk pertandingan
Haikal je pengsan kat stroller x boleh bangun sebab tak sihat...
Masa pertandingan anak lelaki haikal memerap peluk badan aku je tak nak turun
Hadirah pulak tak reti duduk diam
Habis bajunya tumpah kene air
Walaupun anak2 ibu tak menang
Takpelah tak de rezeki
Ibu dapat cabutan bertuah yg giliran pertama
So hadiah kecik jer
Orang yg terakhir yg dapat best2
Seronok dan memang penat
Sekian, wasalam

susah tidur malam

Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera.... Da 4 tahun x tulis blog ni....Ade ke yg rindu...huhuhu....sekarang jam 1pagi still mata x boleh ti...