Tuesday 31 May 2016

kentang putar homemade :)

Bahan-bahan untuk Kentang Putar :

6 biji kentang yang bersaiz besar.

2 sudu besar mentega

5 sudu besar susu segar

Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Cara-cara :


1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Tambahan : Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam peti ais. Boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang putar. Sedap. Bertambah lemak. :D

Sos Kentang Putar.

Bahan-bahan :

650 ml air

1 biji bawang Holland - cincang halus

1 batang saderi- cincang halus

3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi

4 sudu besar mentega

4 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil serbuk lada hitam

garam secukup rasa

Cara -cara :

Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.

Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya.

Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.

Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.

Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.

Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.

Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.

Chicken pox



Pengenalan

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).
Tanda dan Gejala
Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
Komplikasi
Ruam atau cacar air chicken pox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chicken pox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
  • Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
Rawatan
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
Pencegahan
Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
    1. Ubatan anti-viral :
    2. Rawatan antibiotik
    3. Rawatan di rumah
      • Sapu losyen calamine.
      • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
      • Panadol untuk demam
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
    1. Ubatan anti-viral :
    2. Rawatan antibiotik
    3. Rawatan di rumah
      • Sapu losyen calamine.
      • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
      • Panadol untuk demam
       
    Gambar haikal kene chickenpox masa umur 3 tahun 18 hari dan adik pulak kene masa umur 9 bulan 10 hari, cian anak2 ibu kecik2 da kene chickenpox.... ibu kene masa umur 12tahun....kamu berdua kecik2 dah kene....

Bergedel Daging Burger Ayam

Bergedel Daging Burger Ayam

Bahan-bahan:
4 biji kentang
4 keping daging burger ayam
1 tangkai daun sup
3 biji bawang merah kecil (dihiris dan dijadikan bawang goreng)
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur ayam
Minyak untuk menggoreng


Cara membuat:
1) Rebus kentang yang telah dikupas dan dibelah empat.
2) Lenyek kentang. Boleh juga ditumbuk menggunakan lesung batu.
3) Masukkan kentang lenyek dalam mangkuk besar.
4) Masukkan daging burger ayam, daun sup dan bawang goreng.
5) Masukkan tepung jagung dan gaul sebati.
6) Ambil segenggam adunan. Kepal-kepalkan. Ulangi sampai adunan habis.
7) Simpan dalam peti sejuk sebentar.
8) Pecahkan telur ayam. Kacau. Celup adunan dalam telur dan goreng dalam minyak masak yang banyak. Angkat.

anak pertama



Suami ku anak sulung lelaki.....
Anak manja mak....
Nasib badan.....

Sakit mental tanpa sedar

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal sakit mental tanpa sedar

Berita mengenai lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya sedikit sebanyak mengejutkan kebanyakan kita. Malah mungkin ada yang tertanya-tanya kini sama adakah kita sendiri sebahagian dari pengidap penyakit ini.

Ramai yang beranggapan penyakit mental akan mengakibatkan seseorang dilihat berperangai aneh dan bertindak di luar batasan.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama penyakit psikosis.

Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

Kumpulan kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis. Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita.

Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis ini.

Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas (fobia), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif.

Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian.

Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.

Akibat dari salah faham mengenai penyakit mental, pesakit dan keluarga mereka kadang-kadang dicemuh dan disisih dalam masyarakat.

Tetapi persepsi di kalangan masyarakat turut memainkan peranan dalam membantu mereka yang mengidap penyakit ini apatah lagi jika ada di antara kita yang terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.

Bagaimanapun dengan kemajuan dalam bidang sains perubatan kini, penyakit mental seperti skizofernia dan lain-lain boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit dan mereka akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.

Antara rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif

Rawatan kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar.

Rawatan psikotropik menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental.

Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis.

Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.

Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.

Mungkin ada di antara kita yang melihat penyakit ini sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mungkin berlaku kepada dirinya. Namun dengan keadaan ekonomi yang semakin merudum bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia, kemungkinan untuk seseorang untuk menghidap penyakit ini, kini semakin tinggi.

Ditambah dengan keadaan dunia sekarang dimana lebih ramai orang akan kehilangan pekerjaan pastinya ia sedikit sebanyak akan memberi kesan dari segi psikologi dan mental terutama bagi mereka yang berkeluarga.

Dunia sekarang menuntut penggunaan wang sebagai perantara dalam memenuhi keperluan dan kesan akibat kegawatan ekonomi ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pemikiran dan perlakuan kita.

Bagaimanapun kita seharusnya perlu sentiasa berfikiran positif dan anggaplah segala apa yang berlaku kepada kita sebagai satu ujian dalam hidup.

Sesungguhnya tiada ubat yang lebih mujarab bagi semua insan selain menyerah dan mengadu nasib kepada tuhan yang maha esa dalam menentukan perjalanan hidup kita di bumi ini.

p/s :  cakap pasal diri sendiri lagi, huhuhu

sakit jiwa or mental

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal sakit jiwa or sakit mental
Aku salah seorang pesakit mental, so aku nak cerita pasal ni
 
Di zaman ini, selain daripada penyakit fizikal, manusia semakin ramai yang mengalami masalah sakit jiwa atau mental. Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 1 dalam setiap 5 orang akan mengalami penyakit mental dalam sepanjang hayat mereka.

Kajian kesihatan dan morbiditi di peringkat kebangsaan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996 pula menunjukkan 10.7% rakyat Malaysia mengalami masalah mental dan statistik ini adalah bersamaan dengan statistik antarabangsa.


Ianya terus meningkat dari tahun ketahun dan pada tahun 2006 ianya telah mencecah 11.2%. Jika diambil kira dengan pertambahan penduduk maka jelas ianya berkadaran terus dan menjelang tahun 2020, salah satu daripada sakit jiwa atau gangguan mental ini iaitu kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung!

Mengapa orang sekarang lebih banyak yang mengalami gangguan jiwa dan emosi berbanding orang dahulu? Sedangkan orang sekarang, boleh dikatakan mereka sudah memiliki harta yang banyak, kesenangan, kemudahan dan kemodenan. Ada yang mengatakan mereka sudah memiliki segala-galanya, namun jiwa masih terasa kosong.

Apakah yang dikatakan penyakit jiwa?

Penyakit jiwa atau mental adalah satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa yang mengakibatkan perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang. Perkataan ‘gila’ adalah satu ungkapan kurang sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit jiwa dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan lebih kerap dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan dengan pesakit jiwa. 

Namun kini, tekanan hidup amat besar dalam mempengaruhi kehidupan dan emosi sehingga menjadi beban yang mampu menghilangkan pertimbangan dan kewarasan lalu menjerumus kepada masalah sakit jiwa dan akhirnya melakukan tindakan yang diluar jangkaan dan melampaui batas.

Masalah Sakit Jiwa Atau Mental

Kita semua mempunyai gangguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu sebilangan daripada kita tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini berlanjutan, golongan ini memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa.

Apakah punca penyakit jiwa?

Lazimnya tidak ada suatu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa atau mental ini. Biasanya sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara sebabnya adalah :

Fizikal. 
  • Contoh-contoh termasuk meminum terlalu banyak arak, salah guna najis dadah, kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak kita akibat dari tekanan.
Keturunan. 
  • Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya; terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang tua anda mempunyai skizofrenia.
Masalah Sakit Jiwa Atau MentalMasalah Sakit Jiwa Atau MentalMasalah Sakit Jiwa Atau Mental

Apakah jenis-jenis penyakit jiwa?

Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa atau mental ini dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat. Secara umumnya ianya boleh dibahagikan kepada tiga :

1. Kegelisahan (Neurosis). 
  • Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain. Seringkali berlaku akibat dari tekanan kehidupan dan persekitaran. Rasa rendah diri, hilangnya harga diri dan sentiasa gagal.
2. Kepiluan (Depression). 
  • Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi). Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.
3. Psikosis. 
  • Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.

Apakah yang harus dilakukan jika kita mempunyai tanda-tanda masalah sakit jiwa atau mental ini? Ikuti sambungannya disini : Atasi Masalah Sakit Jiwa Dan Mental

Masalah Sakit Jiwa Atau Mental

Relaks Minda anda untuk ketenangan jiwa
p/s: saya tertarik mengambil artikel ini untuk dihebahkan kerana penyakit jiwa atau mental ini semakin membimbangkan dan seterusnya melemahkan bangsa dan umat Islam. Kita perlu menangani masalah ini untuk menghindarkan generasi kita dari terus terjerumus dalam gejala yang tidak sihat dan akhirnya menjadi insan yang tidak berguna serta menjalani kehidupan yang sia-sia.
 
seperti cakap pasal diri sendiri, hihihi

Monday 30 May 2016

1 hari 1 post

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal satu hari satu post kat blog ni
Aku target 365 post tahun ni
Start buat blog 2016, so nak tengok sampai bila bertahan
Menyesal tak buat awal2...huhu...masa time bujang2 dulu
Yelah tak de sape bagitau yg buat blog blh dapat duit....
Ni pun aku tau pada tahun ni daripada kak azi, hehe. tq kak azi :)
Kalau tahu daripada awal masa 2009 lagi dah buat dah.....
Memandangkan buzy jaga anak2 dan bekerja opis hours
So memang amik masa sikit nak buat blog
Sebelum ni dah cuti seminggu jaga anak2 tak sihat
Seksa wei duduk hospital wad kanak2...sakit kaki dan pinggang
Stress aku....
Aku nak pegi kursus blog tak dapat2 weh....
Asyik tak dapat jer...ade masalah tak cukup orang....
So malas aku nak mohon lagi....
Dah mohon banyak kali weh.....
Letih dah....
Takperlah...aku belajar slow2 buat blog ni....
Sekian wasalam....
Take care semua :)

rota virus

Apa Itu Rota Virus?

Apa itu jangkitan Rotavirus?

Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia. Berita terkini di Malaysia, 2 mangsa telah meninggal dunia di Tapah, Perak kerana dijangkiti oleh Rotavirus yang menyebabkan kes ‘Acute Gastroenteritis’ (AGE).

Apa Itu Rotavirus?

Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.



Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus

Cirit birit berlarutan
Muntah berterusan
Sakit perut
Demam dan selsema
Bau najis terlalu busuk
Komplikasi Rotavirus

Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit

Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah

Cara Mencegah Wabak Rotavirus.

- masak air sebelum di minum
- basuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan
- bila ke tandas pun sama, jangan lupa basuh tangan sebelum dan selepas ke tandas
- kalau boleh elakkan makan ulaman yang tidak di masak.. rebus dulu k..
- masak dengan sempurna
- bersihkan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus dulu sebelum digunakan..

Marilah kita sama-sama mengambil perhatian tentang wabak ini.. Semoga anak2 kita berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera..

warded














Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal warded kat hospital melaka selama 4hari
Masuk wad kanak-kanak paham2 jerlah....
Anak kedua aku kene rotavirus
Ingatkan sebab jatuh katil
Dah xtray, amik darah dan scan otak semuanya ok
Last sekali cek najis positif rotavirus....
Jangkitan kuman dalam usus...
Mula2 sebab muntah2 lebih sepuluh kali
So bawak g klinik 1 malaysia
Pastu klinik suruh g hospital alor gajah
Pastu kene refer hospital melaka
Penat weh....daripada pagi sampai ke petang....
Makan minum pun xdapat
Pergi hospital melaka naik ambulance drp hospital alor gajah
Aje yg penat dan stress aku hari tu....
Kita balik kg nak melawat fahmi
Adik ipar aku no.3
Adik suami aku
Adik ipar yg kurang ajar
Dia masuk hospital sebab nak operate kanser telor tahap 4
Tak sangka pulak aku dgn anak aku kene masuk hospital hari yg sama....
Sakit jiwa bila keluar hospital pun hari yg sama dgn fahmi....
Dah kenapa jodoh kuat sgt ni....
Benci sangat asyik melekat sama jer...menyampah....
Suami aku suka lah tu dapat melawat adik dia hari2 sambil dapat melawat anak dia hari2...
Aku macam orang gila hari2 mengamuk kat hospital tu
Aku yg tak cukup tidor dan rehat....
Aku jugak kene jangkit lepas keluar hospital aku cirit birit sakit perut....
Aje yg geram...menyampah....
Sekian wasalam...

genap 11 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal anak kedua kami, Nur azalia hadirah binti mohd azlan
Semalam 29-5-2016 genap umurnya 11 bulan
Masih belum tumbuh gigi lagi....
Paling lambat antara semua
Masa 9 bulan 10 hari kene chickenpop
Masa 10 bulan 23hari kene rotavirus
Punyalah macam2 sakit kamu dapat sebelum dapat gigi pertama
Dasyat sungguh nilai gigi pertama kamu
Sampai sekarang gigi belum tumbuh....
Ibu harap sangat kamu sihat lepas ni...
Ibu tak larat nak amik cuti lagi...
Cuti ibu banyak habis sebab jaga kamu....
Ibu simpan cuti banyak2 untuk hari2 yg penting...
Atuk ayah dan opah tak sihat asyik keluar masuk hospital
So cuti ibu untuk ibubapa ibu....
Harap kamu paham....
Ibu sayang kamu, tapi ibu lebih sayang orang yg melahirkan ibu...
Sekian untuk pagi ini
Wasalam....

P/S : oleh kerana cuti seminggu so aku post untuk 10 hari punya....

40 hari



FORMULA MATEMATIK-40 HARI DAJAL AL-MASIH DALAM HADIS

Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari: Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, Jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”,Jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)
Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 dimensi, iaitu:

1 hari = Setahun
1 hari = Sebulan
1 hari = Seminggu
37 hari = Seperti hari kita

Untuk lebih detail tentang perkara ini sila rujuk sini

Rujukan buku Jerusalem in the Quran menyatakan pembahagian tempoh seperti di bawah:
1 hari = Setahun = British = Pound
1 hari = Sebulan = Amerika Syarikat = Dollar
1 hari = Seminggu = Israel = Electronic Money
37 hari = Zaman seperti hari kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal dan memerintah dunia secara nyata Israel akan menguasai dunia dan menggunakan Electronic atau Chip Money. Sistem yang sama diimplementasikan di Malaysia melalui cip yang diletakkan pada kad pengenalan.

Setelah Israel menguasai dunia, Dajjal akan muncul menguasai dunia apabila Sea of Galilea menjadi kering, iaitu lebih kurang 20-40 tahun akan datang dan akibat kegunaan penduduk, perindustrian, projek menghijaukan padang pasir dsbnya.

Ini peringkat akhir Gog & Magog World Order dan mengikut hadis yang menyatakan “…Kemudian datang pula segolongan yang lain (dari kalangan mereka) lalu mereka berkata : “Dulunya terdapat air di sini”…” (HR Muslim).

Ianya turut dijelaskan melalui hadis mengisahkan Tamim Ad-Dari bertemu Dajjal dan bertanyakan mengenai air ‘Sea of Galilea’ (HR Muslim) (Sesiapa yang percaya Ya’juj & Ma’juj belum keluar maka apakah penjelasan mereka jika air Sea of Galilea telah kering sebelum Ya’juj & Ma’juj belum keluar?).

Sepanjang tempoh sebelum ketibaan Dajjal, Peperangan Dunia III dan kekejaman berleluasa serta berlarutan lebih kurang 19 tahun sehingga ketibaan Imam Mahdi dan Nabi Isa. Penyakit menjadi-jadi (Bio-war dan Sistem) dengan penciptaan bakteria makmal seperti AIDS, selesema burung dan babi, serta radiasi peperangan nuklear. Immunisasi badan manusia turut menjadi rosak dan tidak mampu menahan serangan kerana bertahun mengambil antibiotik, vaksin, makanan berkimia, air berklorin dan sebagainyanya.

Oleh sebab itu,ini lah masa yang tepat untuk kita bertaubat. Akhirnya Ya’juj & Ma’juj dan golongannya mati kerana badan tiada immunisasi menahan serangan atau kesan daripada radioaktif peperangan nuklear, iaitu mati semudah serangan “…ulat-ulat menyerang batang leher Ya’juj wa Ma’juj itu, mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa…”.

Setelah itu Islam menguasai pemerintahan dunia berserta kemewahannya, mungkin kerana dunia menjadi kosong akibat ramai yang telah mati.
Effect of nuclear radiations in miles.

Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033. Ini kerana Rasulullah saw menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta menghitung harinya.

Apakah maksud ini? Maksudnya kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita? Jawapannya terkandung dalam surah al-Hajj:47

“…Dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung…”; al-Hajj:47

Kini kita menemukan fakta 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.

“…Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa…”; al-Yunus:5

Oleh itu kehidupan Dajjal semasa berada di dimensi lain adalah mengikut tempoh di bawah:

1 hari = Setahun = 1,000 tahun
1 hari = Sebulan = 1,000 tahun/12 (bulan) = 83 tahun
1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun

Dari kiraan kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat atau dimensi pertama, 83 tahun pada dimensi kedua, dan 19 tahun pada dimensi ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Ya’juj & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD). Oleh itu:

353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (1935 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Europe & kejatuhan British
1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (2014 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel (bermulanya Perang Dunia III)
1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan
= Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa

Walaubagaimanapun kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang belum terbukti. Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa’:95-96). Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah saw.

Kebenaran terbukti ialah Ya’juj & Ma’juj telah dilepaskan dan menguasai setiap pelusuk pemerintahan dunia, dan disokong oleh kuasa dari gologanYa’juj & Ma’juj (Children of Gog & Magog). Kebenaran terbukti ialah mereka telah hampir menawan seluruh bumi Palestine dan Sea of Galilea telah menjadi semakin kering. Oleh itu sama-samalah nantikan kedatangan janji Allah swt.

Maksudnya: “…Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu”. Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka: “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya; maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan, nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya; tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: `Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia.

(Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan“.

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami HANYALAH orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka SEGERA merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur…”; al-Quran: as-Sajdah:11-15

Dalam artikel terdahulu Great Depression 2019 selari dengan pemerintahan Israel yang akan bermula 2014..Pemerintahan mereka ini akan menyaksikan pelbagai huru-hara dunia dalam setiap sudut ..Oleh apa akan jadi pada USA? USA akan hancur dengan kehancuran ekonominya (Depression Crisis) dan banyak berlaku bencana alam (HAARP WEAPON) yang dicetuskan oleh pemimpin elit Zionist… Klunya hampir terjawab, bahawa pemerintahan Dajjal dan Yaajuj dan Majuj adalah hampir berada dalam tempoh waktu yang sama..

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...