Sunday 31 July 2016

Raya 2016 yg plg xbest

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nk cerita psl xbest raya thn ni
Anak2 kene chickenpox n sakit kaki tgn mulut - sebulan (pose & raya)
Xdpt pi beraya
Xdpt pi open house
Xdpt pi jamuan raya
Xdpt duit raya thn ni-dpt sikit je
Xbest thn ni
Xseronok thn ni
Menyampah
Sekian

Saturday 30 July 2016

Stress bila xcukup tido

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nk cerita psl stress bila xcukup tidur
Anak2 selalu sakit so aku slalu xckup tidur
Aku xblh xcukup tidur nnti meroyan
So hari2 meroyan
Menyampah
Anak2 menyusahkan
Sekian

Friday 29 July 2016

amik darah lagi

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal anak kedua kami
Kene amik darah lagi nak tengok balik keputusan vitamin dalam badan dia
Semalam amik darah, keputusan 6-10-2016 nanti
Cian anak ibu, asyik kene amik darah jer....
Semoga anak ibu sentiasa sihat ceria panjang umur murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, aminn....

Thursday 28 July 2016

appoitment hospital

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal appoitment hospital anak ibu nur azalia hadirah binti mohd azlan
Daripada lahir dan sampai sekarang....tengahari nanti appoitment hadirah kul12pm
Semoga semua berjalan dengan lancar....
Harap sangat tak perlu amik darah lagi...
Dah setahun sebulan dah kamu asyik kene jumpa doktor pakar dan amik darah dah banyak kali
Semoga kamu sentiasa sihat ceria panjang umur murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Sekian, terima kasih

setiap tahun dapat

Assalammualaikum dan selamat pagi semua :)
Hari ni nak cerita pasal setiap tahun dapat baucer for besday gift untuk anak ibu muhammad haikal hakimi bin mohd azlan....
Dah 3 tahun dah 3 kali dapat....tapi malangnya setiap tahun tak dapat nak beli....
Kene beli barang2 bernilai rm150 baru dapat baucer rm30....
Ibu teringin nak beli macam2 untuk kamu tapi ibu tak cukup duit.....
Takperlah....beli yang murah2 jer....
Maafkan ibu sayang....next year ye syg.....
Sekian, terima kasih.....

Wednesday 27 July 2016

kursus diet

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal kursus diet
Walaupun berat badanku hanya 52kg da setahun lebih
Harus tahu makanan yg sihat untuk diambil setiap hari
Best kursus ni
Penceramah umur 52tahun tapi nampak mcm 25tahun
Sekian, terima kasih

Tuesday 26 July 2016

perkhidmatan cuci tingkap dan sliding door diperlukan di perak

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal perkhidmatan cuci tingkap dan sliding door diperlukan di rumah kami di tapah road, perak.
Ade 15 tingkap, satu sliding door
Bayaran rm5 satu tingkap, sliding door rm15
Air dan pencuci disediakan
Perkhidmatan ini diperlukan hanya di bulan puasa setahun sekali
Alamat di Lot 4445 Kg Tersusun Batu 3, Tapah Road, depan Uitm Tapah
Jika berminat sila hubungi no HP 019-2885709 En.Husin, 019-4083373 Pn.Nurlaili
Sekian terima kasih

2 minggu tak pam susu

Assalammualaikum dan selamat tengahari semua
Hari ni nak cerita pasal 2 minggu dah tak pam susu badan sebab bawak anak pegi keje hari2...
Gambar di atas last pam 13-7-2016
Hari ni start pam 26-7-16
Pagi tadi dpt sikit jer dalam 3oz, tak penuh satu botol
Biasa pam sampai 6oz, penuh satu botol seperti gambar di atas
Nanti nak sambung pam kul2pm dan 5pm....pam sampai penuh dua2 botol
Hari2 bawak 3 botol sebab takut tak cukup botol
Semoga susu ibu sentiasa banyak sampai 2 tahun/4tahun, aminn
Sekian terima kasih



sebulan bawak anak2 g opis


Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal sebulan bawak anak2 pergi opis sebab anak2 chickenpox bergilir2
Mula2 si abang kene, pastu si adik pulak kene
Si abg aku cuti 2 hari jer, selasa n rabu
Si adik aku cuti sehari jer, jumaat
Bawak anak drp 27-6-2016 isnin sampai 21-7-2016
Hampir sebulan....
Si abg 2 minggu, si adik pun 2 minggu
Aje yg geram
Menyampah....
Aku tak suka terpaksa jugaklah bawak pegi opis hari2...
Sekian....

P/s: kene marah dgn bos....nak buat mcm ne....terpaksa.....

balik perak kejap je


Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal balik beraya perak walaupun raya dah habis dah....
balik hari sabtu sampai 4.30pm di tapah dan balik putrajaya hari isnin sampai putrajaya kul1.30pm
Sempat beraya hari sabtu 2 buah rumah iaitu rumah abah alang di kalumpang dan rumah atuk ajis di kg gesir tengah
hari ahad sempat pergi umah pakngah kat ipoh dan umah opah sue di tapah - hanya 2 umah jer
Sempat jumpa kawan suami kat ipoh, x jumpa isterinya dalam pantang takut berjangkit anak aku baru baik drp chikenpox....suaminya bawak kami g jalan2 makan kat kedai
hari isnin buzy pegi bank, g bph, g alamanda dan beli barang2 keperluan dan bayar celcom....
Hari isnin suami keje malam dan aku cuti rehat....
Sekian untuk cuti singkat di perak....


Thursday 21 July 2016

Jamuan raya 2016

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal jamuan raya di opisku, kastam
Tahun lepas 2015 tak dapat join sebab dalam pantang
Tahun ni 2016 dapat join tapi bawak anak yg chikenpox tak dapat nak gerak mana2
Aje yg menyampah
Still raya tahun ni tak best
Raya kat opis pun tak berapa best
Raya di PPD Batang Padang Perak jugak tetap di hati, best sgt sbb bujang
Anak2 menyusahkan
Banyak kali bawak pergi opis
Aku tak suka, menyampah...
Sekian, terima kasih




Wednesday 20 July 2016

Tip bersalin normal


Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Hari ni nak cerita pasal bersalin normal,alhamdulillah anak2 saya semuanya bersalin normal, hanya 2jam di labour room
Sewaktu nak bersalin adalah waktu yang amat-amat genting dan kritikal bagi ibu hamil. Teknik yang betul dapat membantu untuk memudahkan ibu hamil untuk mudah bersalin secara normal terutamanya anak sulung.
Setiap ibu-ibu mesti mempunyai pengalaman yang berbeza-beza ketika melahirkan bayi termasuklah saya. Jadi saya ingin kongsikan kepada anda semua tentang tip bersalin secara normal. Salah satu tips ini saya juga amalkannya.

Tips 1: Mudah bersalin dengan urutan

Urutan dilakukan adalah untuk mengelakkan berlaku koyak yang lebih teruk semasa nak meneran. Urutan dilakukan ketika mengandung minggu ke-34 hingga waktu nak bersalin, jangan lakukan urutan terlalu awal. Urut menggunakan minyak zaitun sebagai contoh jangan guna minyak sembarangan. Urutan bermula dari bahagian dubur ke faraj. Sebelum melakukan urutan dapatkan nasihat doktor dulu ya.

Tips 2: Senaman bagi ibu hamil

Senaman adalah untuk menjadikan otot vagina lebih fleksibel dan anjal. Ibu hamil sangat digalakkan untuk kerap berjalan dari banyak duduk kerana ini salah satu tips untuk mudah bersalin secara normal.

Tisp 3: Teknik pernafasan yang betul

Benar atau tidak teknik pernafasan yang betul dapat memudahkan ketika nak bersalin hanya dengan satu kali teran sahaja tanpa koyak dan perlu dijahit. Itu terjadi pada sahabat saya dulu, saya juga tidak percaya tapi ia benar. Pernafasan yang betul adalah penting untuk memudahkan proses nak meneran dan untuk menahan sakit. Kebiasaannya sewaktu nak bersalin doktor akan maklumkan cara pernafasan yang betul.

Tips 4: Dapatkan tidur yang cukup

Dihujung kehamilan biasa ibu-ibu akan tak cukup tidur kerana badan mula sakit terutamanya dibelakang badan dan pinggang. Jadi nak tidur memang tak selesa, tapi ibu-ibu diharap dapat mendapatkan tidur yang cukup supaya tidak letih sebelum berjuang nanti untuk bersalin.

Tips 5: Jangan panik tapi keadaan selesa

Bila dah tiba nak bersalin perasaan tu memang akan rasa panik. Tapi ibu-ibu dinasihatkan untuk bertenang dan tidak tergopoh gapah supaya dapat elak dari bersalin dengan menggunakan bantuan vakum atau forsep. Peralatan untuk dibawa ke hospital sepatutnya dah disiapkan terlebih awal lagi.

Tips 6: Orang tersayang pemberi semangat

Seronok jika suami ada disebelah ketika isteri sedang berjuang nak bersalin. Ia sebagai pemberi semangat untuk terus meneran, sebagai tukang lap peluh isteri juga. Tapi yang paling penting biarlah bayi yang baru lahir dapat di azankan oleh bapanya sendiri.

Tips 7: Kerapkan berjalan

Ibu hamil dinasihatkan untuk kerap berjalan pada minggu-minggu akhir kehamilan supaya bayi akan ‘engage’ atau maksud lagi kepala bayi pada tempat saluran yang betul. Ini adalah untuk memudahkan untuk bersalin dan untuk bantu tempoh proses bersalin dengan cepat.

Tips 8: Posisi ketika baring

Posisi baring mengiring katanya dapat memudah bersalin kerana ia bantu untuk bukaan serviks dan mudah bayi untuk keluar. Berbeza pula jika baring menelentang ia akan beri tekanan pada byi untuk keluar nanti.

Tips 9: Makanan sebagai pemberi tenaga

Bila tiba masa nak bersalin ibu diminta untuk mengambil makanan yang memberi tenaga contoh seperti kurma. Ini supaya nanti dapat meneran dengan bertenaga dan tidak lemah. Saya sendiri amalkan kurma.

Tips 10: Banyakkan berdoa

Berdoa dan minta kepada-Nya adalah penting kerana hanya Dialah yang dapat selamatkan ibu dan bayi. Semoga dengan banyak berdoa dapat memudahkan proses bersalin nanti, ibu dan anak selamat.

Selamat Mencuba semua :)

Tuesday 19 July 2016

Kencing malam or tidur siang pun kencing

Assalammualaikum dan selamat pagi semua


Kencing Malam perkara lumrah dialami kanak-kanak akibat ketidakupayaan mengawal pundi kencing. Kira-kira 40 peratus mereka kencing sewaktu tidur dan lebih merisaukan jika perkara itu berlarutan hingga usia meningkat remaja. Ia tindakan di luar kawalan dan sering dihadapi kanak- kanak berusia bawah tiga tahun. Kemungkinan bagi kanak-kanak berusia lima tahun menghadapi masalah itu ialah 20 peratus, usia enam tahun (10 peratus) manakala 10 tahun (lima peratus). Kencing malam masih dianggap normal bagi kanak- kanak bawah usia enam tahun. Biasanya kanak-kanak perempuan lebih mudah mengawal kencing berbanding lelaki. Kencing malam bagi orang dewasa dianggap serius kerana ini mungkin suatu penyakit dimana pundi kencing rosak atau sukar untu mengawal pundi kencing.
 

kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB). Apa yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka adalah, malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing (tincontinen) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian. Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat. 

Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur. Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB. A kibatnya, mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas



Faktor Penyebab Sering Buang Air Kecil :

Bila frekuensi buang air kecil jauh lebih sering dari biasanya maka hal itu dapat menunjukkan adanya masalah atau gangguan dalam tubuh. Permasalahan yang dapat menyebabkan naiknya frekuensi buang air kecil antara lain : 

1) Infeksi Saluran Kemih (ISK)


2) Diabetes

3) Prostatitis akut

4) Kandungan saluran pundi kencing terlalu aktif (overactive bladder)

5) Pembesaran prostat

6) Menstruasi

7) Kehamilan

8) Sistitis intestisial

9) Stroke atau penyakit neurologis lainnya (kerosakan saraf yang mengendalikan saluran pundi kecing dapat menyebabkan masalah fungsi pundi kencing, termasuk berlakunya membuang air kecil secara tibaa-tiba

10) Berat badan berlebihan atau usia meningkat yang menyebabkan otot pelvik lemah.



 Rawatan kerap kencing malam :
1) Jumpa doktor segera untuk mengenalpasti rawatan bagi kebocoran kencing

2) Lakukan senaman - fisioterapi untuk menguatkan otot pelvik

3) Ramai lelaki menggunakan kaedah ‘penile clamp’ (pengepit zakar) di tengah zakar bagi mengurangkan pengeluaran air kencing. Pengepit zakar boleh menyebabkan zakar melecet

4) Kurangkan berat badan

5) Elakkan merokok

6) Pembedahan - jika fisioterapi tidak berkesan, kaedah lain boleh digunakan iaitu ‘male sling’ (sling lelaki) dan ‘artificial urinary sphincter’ (sphincter kencing tiruan)

 

Monday 18 July 2016

resepi pancake kelapa parut muda perisa pandan

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan kelapa parut muda
1 sudu teh perisa pandan
1 sudu teh garam
1 cawan air masak

Selamat Mencuba :)

resepi daging masak kicap

500gram daging yg telah direbus
1 batang kayu manis
1 keping bunga lawang
1 biji bawang merah dihiris
3 biji cili padi dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
sedikit kicap
sedikit air masak
sedikit garam
sedikit minyak masak untuk menumis

Selamat Mencuba :)


resepi ikan sambal

5 ekor ikan digoreng dulu
gaul ikan dgn serbuk kunyit dan garam
5 sudu makan cili yg diblender (bawang merah dan putih sekali)
1/2 cawan air asam jawa
sedikit minyak masak untuk menumis

Selamat Mencuba :)

resepi sup sayur bayam


satu ikat sayur bayam
1 biji bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
3 biji cili padi dihiris
perencah cukup rasa
air yg secukupnya

Selamat Mencuba :)

Thursday 14 July 2016

resepi sup daging

500gram daging
Air secukupnya
1 sup bunjut adabi
fishball dalam 5 ketul dikerat 2
1/2 inci halia
1 biji bawang merah dihiris
5 biji cili padi dihiris
1 sudu makan rempah sup faiza
1 kiub pati ayam
2 biji kentang dipotong 4 bahagian
sedikit garam

Selamat Mencuba :)

Wednesday 13 July 2016

genap 6 bulan


Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal genap 6 bulan dah buat blog ni
13-1-2016 hingga 13-7-2016 (6 bulan)
Alhamdulillah....setakat ni dah 71,211 views dan 13,726 org yg baca blog ni....
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya setiap hari
Duit nuffnang masih rm1.25, yg clik iklan2 kat blog hanya 5 org, 5 x 0.25 = rm1.25
Masih rm1.25 dah berbulan2...
Takperlah, sikit2 lama2 jadi bukit....
Biar lambat asalkan selamat....
Sekian, wasalam...

Tuesday 12 July 2016

resepi sayur campur goreng telur


1 batang karot dihiris panjang2
5 kacang buncis dihiris
1 biji tomato dipotong 4
1 batang sawi dipotong 5
1 biji telur
sedikit perencah cukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Selamat Mencuba :)

resepi daging sambal


500gram daging direbus-air rebusan daging guna tumis bersama cili blender
5 sudu makan cili yg siap diblender (bawang putih dan bawang merah sekali)
1 biji bawang merah dihiris halus
1 keping asam keping
Minyak masak untuk menumis

Selamat Mencuba :)

resepi cornflakes madu


1 kotak cornflakes
1 kotak choklate rises warna warni
1 botol kecik madu
1 cawan gula halus
1 cawan marjerin
1 paket bekas kecik utk letak conflakes (ada 200 keping)

Panaskan marjerin dengan gula, masukkan madu, gaulkan semua bahan, masukkan ke dalam bekas dan bakar dalam oven dalam 3 minit.

Selamat Mencuba :)

raya 2016



Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal raya aidilfitri 2016, tahun ni giliran beraya di melaka kampung suami
Stress gila, raya pertama cirit birit makan masakan mertua, pastu raya pertama tak pegi beraya sebab mertua dua2 bekerja pada hari raya pertama....
Berebut2 bilik air di tghmalam sebab semua cirit birit.....
Raya kedua pun mertua dua2 bekerja, tak seronok tahun ni beraya...asyik duduk rumah tak pergi beraya...orang ramai jer yg dtg beraya di rumah mertua ni....
Cian korang semua mesti cirit birit kan....maybe sebab tak panaskan lauk di waktu tengahari....
Raya ketiga pergi beraya 1 umah jer....
Walaupun tak beraya sangat duit raya dapat banyak....
Total semua rm500, ibu masuk dalam tabung haji rm250 seorang.....
Ramai yg tak jumpa lagi, kalau tak lg banyak dapat duit raya....huhu
Tak sabar nak beraya perak tahun depan....
Sekian terima kasih

Monday 11 July 2016

genap setahun

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal anak kedua, Nur Azalia Hadirah Binti Mohd Azlan
29-06-2015 hingga 29-06-2016 genap setahun umur anak ibu
28-07-2016 nanti kene jumpa doktor pakar macam biasa setiap 3 bulan di Hospital Putrajaya
Cian anak ibu, daripada lahir sampai sekarang asyik kene amik darah dan refer doktor pakar
Semoga anak ibu sentiasa sihat, ceria panjang umur, murah rezeki, menjadi anak yg solehah, baik, penyayang serta berjaya di dunia dan akhirat, amin....

resepi popia nestum

Kulit popia beli di mydin satu paket ade 50 helai
nestum satu plastik kecil-diblender halus2
horlick satu plastik kecil
1/2 cawan gula halus
tepung gandum untuk lekatkan kulit popia
minyak masak untuk menggoreng kulit popia

genap 5 tahun

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal semalam genap 5 tahun bersama suami, 5 tahun perkahwinan kami
10-07-2011 hingga 10-07-2016 (5tahun)
5 tahun hidup susah
5 tahun meminjam duit setiap bulan
5 tahun solat, ngaji, tahajud, puasa sorang2
5 tahun menderita
5 tahun terseksa
5 tahun dgn penyakit k...m... suami
5 tahun asyik tukar tilam
5 tahun beli kek sendiri
Fasa pertama yg dilalui bersama
Semoga lepas ni ade sinar baru dan harapan baru serta hidup lebih bermakna, aminn.....
Kalau boleh mahu dilepaskan kerana tidak mahu hidup susah lagi....
Kalau dapat tukar kerja di perak permohonan fasakh akan dituntut....
Tak sanggup terseksa lagi dengan family mertua dan adik2 ipar yg kurang ajar....
Dah 5 tahun terseksa....harap sangat dapat berakhir dengan aman....
Tahun ni xde kek, asyik kita jer yg beli setiap tahun, setiap besday, semuanya kita....
So tahun ni xde kek,
Sekian terima kasih

Tuesday 5 July 2016

Menu hari ke29


Resepi TomYam:

500gram ayam
1 biji bawang merah dihiris
7 biji chili padi dihiris
3 helai daun limau
2 kiub tomyam
1 sudu teh pes tomyam
1 biji tomato dipotong 4
Air masak yg secukupnya

Resepi Popia Burger Daging:

3 kulit popia
1 keping burger daging ramly- digoreng dulu dan dikerat 3 bahagian
minyak utk menggoreng popia yg siap diisi burger daging

Selamat Mencuba :)

Monday 4 July 2016

menu hari ke28




Resepi Sayur Capsicum Goreng Telur

1/2 capsicum merah
1 biji tomato dipotong 4
1 biji telur
1 batang karot dihiris
sedikit perencah cukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis


Resepi Ayam Masak Lemak Chili Padi:

500gram ayam digaul dgn kunyit dan garam
2 batang serai diblender
1 inci halia diblender
1 inci kunyit hidup diblender
9 biji cili padi diblender
1 kotak santan
air masak secukupnya

Resepi Popia Sardine

4 kulit popia
sardine yg siap dihancurkan
Telur untuk lekat kulit popia
minyak untuk menggoreng

Selamat Mencuba :)

menu hari ke27


Resepi Popia hotdog cheese:

2 batang hotdog cheese dikerat 2 memanjang
4 kulit popia
telur untuk lekat kulit popia
minyak masak untuk menggoreng

Resepi sardine:

1 tin sardine ayamas
3 biji cili padi dihiris
1 keping asam keping
1 bawang merah dihiris
sedikit minyak untuk menumis

Selamat Mencuba :)

menu hari ke26


Resepi Sayur Kacang Goreng Telur:

7 batang sayur kacang panjang
1 biji telur
sedikit perencah cukup rasa
sedikit minyak goreng

Resepi Ayam Sambai:

500gram ayam yg telah digoreng
5 sudu makan cili blender (siap bwg merah dan putih)
1/2 cawan air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis

Selamat Mencuba :)

Friday 1 July 2016

menu hari ke25


Resepi Telur Cheese Meleleh:

3 biji telur
1 keping cheese
Goreng telur dulu baru masukkan cheese, cheese tu dikerat 4 bahagian

Resepi Popia Hotdog Cheese Meleleh:

kulit popia 4 keping
hotdog cheese 2 batang dikerat 2 bahagian
1 biji telur untuk lekatkan kulit popia

Selamat Mencuba :)

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...