Wednesday 30 November 2016

sebiji setiap hari bekerja

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini rabu zikir rabu astaufirullahhalazim 1000kali
Hari ini nak cerita pasal sebiji kurma setiap hari bekerja
Kurma ni sepaket rm10.00, so sebiji 52sen
Mahal sangat makanan sunnah ni
So tak boleh selalu makan
Masa time gaji bila ade jualan kat opis baru beli sepaket ni
Kalau dah habis tunggu gaji bulan seterusnya baru beli
Sedih....nak banyakkan susu punyalah susah
Kalau kaya raya boleh beli macam2 makanan sunnah
Doakan kami murah rezeki ye, aminn
Sekian, wasalam

Tuesday 29 November 2016

madu stick setiap minggu :)

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini nak cerita pasal madu stick ni
Beli kat farmasi rm1.00 satu
Harga mahal so makan madu stick ni jarang2 sekali
Seminggu sekali or 2 kali seminggu
Kalau kaya raya boleh makan setiap hari
Doakan kami murah rezeki, amin....
Banyak kebaikan makan madu ni
Untuk kesihatan semua
Sekian, wasalam....

setahun 5 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ini genap setahun 5 bulan umur anak ibu yg kedua ni
Nu Azalia Hadirah Binti Mohd Azlan
29-6-2015 hingga 29-11-2016
Semoga anak ibu sentiasa sihat, ceria, panjang umur, murah rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, amin....
8-12-2016 ni chekup for 18month
29-12-2016 keputusan darah anak ibu ni
Semoga anak ibu tak perlu amik darah lagi
Dari lahir sampai sekarang asyik amik darah
Walaupun keputusan darah ok, still kene amik darah lagi
Aje yg geram.....
Dapat multivitamin, asid folix, iron besi, zat besi, vitamin c dan d dari lahir sampai sekarang
Cian anak ibu makan ubat macam2 seperti org dewasa
Semoga Allah SWT melindungimu wahai anakku, aminn....
Sekian, wasalam

Monday 28 November 2016

chia seed

Assalamualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini nak cerita pasal chia seed
Dah berjangkit dgn budak opis, kak wan hasni, hehe
Ramai yg beli, semua dah berjangkit
Aku beli kat farmasi, rm20.90 satu paket 150gram
Setiap hari guna satu sudu kecil bancuh dgn air masak 1.5liter
Nak minum goncang dulu
Baik untuk kesihatan semua
Sekian, wasalam

kelebihan berzikir setiap masa :)

KELEBIHAN BERZIKIR

BISMILLAH'HIRAHMANIRAHIM...
Dengan nama ALLAH S.W.T yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ditujukan keatas Baginda Rasulullah S.A.W, keatas para sahabat dan keluarga Baginda. 
"DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI AKAN MENJADI TENANG"

Zikir merupakan bukti keterikatan seorang hamba kepada Penciptanya. Seorang muslim perlu sentiasa membasahkan lidahnya dengan zikir-zikir yang ma’tsur (diambil daripada Al-Quran dan sunnah) seperti zikir selepas solat, zikir pada waktu pagi dan petang serta zikir-zikir yang dibaca berkaitan dengan peristiwa atau sebab yang tertentu.

Allah SWT sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikir-zikir memuji Allah. Ganjaran pahala juga telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang berzikir. Hal tersebut dijelaskan dengan turunnya surah Al-Ahzab ayat 35, maksudnya:

 “Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.

Menurut Imam al-Nawawi, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya zikir tidak hanya tasbih, tahlil, tahmid dan takbir, bahkan zikir ialah setiap amalan ketaatan yang dilakukan kerana Allah SWT”.

Dari Rasulullah s.a.w, "Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga." ( H.R Muslim)
Amalan membiasakan diri dengan berzikir setiap waktu dan ketika sangat besar fadilatnya dan kelebihannya Berzikir satu-satunya cara yang terbaik sebagai amalan untuk Membersihkan hati dan naluri dari sifat dan penyakit Mazmuzah saperti hasad dengki,takbur,bongkak,  sombong dan segala penyakit penyakit hati.

Kelebihan Zikir:

1)Mendapat keredaan ALLAH dan memperolihi ketenangan pada hati serta dapat merasa kelazatan iman.
2)Mendapat kasih sayang ,kecintaan serta keampunan daripada ALLAH S.W.T,serta dimurahi rezeki
3)Mendapat pembelaan daripada ALLAH S.W.T apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
4)Menghampiri diri kepada ALLAH serta membuka seluas luasnya 
pintu masuk segala kebaikan.
5)Mendapat penghormatan dan kemuliaan dan doa dari daripada sekelian malaikat
6)Dapat merasa keagungan kebesaran kehebatan dan kekuasaan
kerajaan ALLAH S.W.T.
7)Mendapat nur(cahaya) daripada ALLAHS.W.T di dunia dan ketika berada di alam barzakh dan ketika melalui titian sirat kelak.
8)Menjadi pendinding dan perisai dari seksa neraka.
9)Menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan juga sifat buruk juga niat seseorang.
 
Selamat beramal semua :)
Sekian, wasalam

solat sunat istikharah

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini isnin zikir isnin Lahaulawalakuataillahbillahhilalihilazim 1000kali
Hari ini nak cerita pasal solat sunat istikharah
Selamat beramal semua
Sekian, wasalam

Thursday 24 November 2016

vitamin ibu sejak ade anak

setiap 3 bulan sekali

Assalammualaikum dan selamat pagi semua

Hari ini khamis zikir khamis subhanallah 1000kali

Hari ini nak cerita pasal setiap 3 bulan wajib mengurut sekali dalam masa 3 bulan

Mengurut seperti dalam pantang

Wajib mengurut seluruh badan bila balik melaka

Urut satu badan rm40 sahaja selama 2jam

Seronok mengurut badan ni


Kelebihan Mengurut

Anda pernah diurut?Mesti best kan?Kadang-kadang saya boleh tertidur bila diurut. hihi...Dari segi fizikal, urutan secara dasarnya meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasai lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan.
segarkan badan dengan berurut

Keadaan ini memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Apabila berurut, oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan menjadi sihat dan segar.

Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan. Mengurut juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu.

Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja.

Bagi wanita antara manfaat urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dan melancarkan perjalanan darah, menghilangkan rasa kebas dan lesu serta membantu wanita untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing.

Wanita yang melahirkan anak secara normal boleh mula mengurut selepas dua minggu bersalin, manakala yang menjalani pembedahan dinasihatkan berurut sebulan selepas bersalin.

Urut dikatakan membantu melambatkan menopaus jika wanita itu mengamalkan urutan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua atau tiga bulan.

Mengurut juga dikatakan, baik untuk wanita yang mengalami rasa sakit senggugut disebabkan perjalanan darah haid tidak teratur atau datang bulan sekali dalam tempoh tiga atau empat bulan.

Antara pantang-larang berurut:-

  • Tidak boleh kenyang. Jika makan hidangan berat, tunggu hingga sekurang-kurang sejam kerana dalam keadaan kenyang, urut boleh menyebabkan darah mengalir keluar dari perut ke arah jantung. Jika ini berlaku, makanan akan mengambil masa lebih lama untuk hadam.
  •  Bagi wanita mengandung urut tidak boleh dilakukan bagi tiga bulan pertama kerana boleh meningkatkan simptom `morning sickness'. Urut terhadap wanita mengandung perlu dilakukan dengan lembut dan elakkan bahagian perut.
  •  Tidak digalakkan diurut bagi mereka yang mempunyai masalah jantung  kerana menyebabkan peningkatan pengaliran darah dari dan ke jantung menyebabkan jantung bekerja lebih keras. Ini dikhuatiri menyebabkan serangan sakit jantung.
  • Mereka yang baru menjalani pembedahan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan jahitan luka terbuka dan pendarahan dalaman atau luaran berlaku.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Selamat beramal, sekian, wasalam

Tuesday 22 November 2016

solat sunat hajat

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Ni cara2 nak solat sunat hajat
Selamat beramal
Semoga semua yg dihajati termakbul, amin
Sekian, wasalam

solat sunat tahiyyatul masjid

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ni nak cerita pasal solat sunat tahiyyatul masjid
Solat ini bila pergi masjid
Selamat beramal
Sekian, wasalam

Monday 21 November 2016

doa selamat

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini doa selamat yg ringkas
Selamat beramal
Sekian, wasalam

doa tahlil

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini isnin zikir isnin Lahaulawalakuataillabillahilalihilazim 1000kali
Hari ni nak cerita pasal doa tahlil yg ringkas
Selamat beramal
Sekian, wasalam

Friday 18 November 2016

besday abah 63tahun

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ini 18-11-2016 besday abah yg ke63tahun
18.11.1953 ~ 18.11.2016
Tak dapat nak sambut besday abah sejak duduk putrajaya ni
Dah 4 tahun da 4 kali tak dapat sambut....
Sedih betul....
Menyesal pindah jauh....
Dah elok duduk perak bersama family
Gatai pindah ikut suami
Menyesal seumur hidup....
Maafkan angah abah umi...
Tak dapat nak jaga abah dan umi yg tgh uzur
Dulu masa kat perak abah umi sihat
Sekarang ni dah setahun 6 bulan abah ulang alik g hospital
Angah da mohon tukar perak, doakan angah dapat perak semula
Sayang abah umi, mmuahh...
Sekian, wasalam....

Thursday 17 November 2016

burger tajima




Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini khamis zikir khamis subhanallah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal makan burger di tajima di ara damansara dan galaxy futsal bangi
Sedap dan murah
Rugi korang tak cuba
Aku dan family da try banyak kali
Otw balik perak akan singgah makan dulu
Kedai buka dalam kul10pm sampai 2am
Macam2 ade
Daripada makan kfc, mcd or pizza
Baik makan sini lagi best
Atas tu gambar lama dan baru
Sekian, wasalam
Selamat Mencuba :)

Wednesday 16 November 2016

hadiah ibu

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini rabu zikir rabu astaufirullahhalazim 1000kali
Hari ini nak cerita pasal hadiah ibu dapat masa kecik2 setiap tahun setiap kali besday ibu
Gambar di atas hanya separuh jer, lg separuh di tapah, perak
Termasuklah hadiah ibu dapat masa di universiti (uniten) tq kawan2
Sejak dah bekerja dan berkahwin ni dah tak dapat teddy bear dah....
Semua teddy bear ibu ni ibu bagi anak2 ibu main
Rasa macam nak jual jer, tapi tak sampai hati
So simpan sampai ke tua, huhu
Seronok masa kecik2 dapat hadiah
So ibu nak anak2 ibu dapat hadiah setiap bulan, bukan setiap tahun, kalau boleh hari2
Doakan ibu murah rezeki ye, aminn....
Sayang korang semua, mmuahh
Sekian, wasalam

Tuesday 15 November 2016

sehari rm1.00

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ini nak cerita pasal rm1.00 sehari menderma/sedekah
Setiap hari wajib menderma/sedekah tak kira lah di mana jua
Kat masjid ke, surau ke, kt org tepi jalan ke, di mana sahaja
Menderma ni bagi urusan rezeki kita di dunia dipermudahkan
Alhamdulillah, dah genap 8 tahun sejak bekerja ni menderma/sedekah
Menyesal pulak masa kecik2 tak menderma/sedekah
Banyak kebaikan menderma/sedekah ni
Cepat atau lambat jer hikmahnya
Sabar dan terus bersabar
Jangan ingat masa ni menderma terus serta merta dapat ganjaranNya
Kene terus sabar serta ikhlas dalam menderma/sedekah ni
Walaupun nilainya sedikit, hanya Allah SWT yg menilai manusia
Setiap bulan time gaji pasti ade yg kutip derma
Walaupun kita bagi sedikit drp org lain, jgn pandang hina kat org tu
Allah SWT bayar cash bg yg suka menghina org yg sedekah hanya rm1.00
Sedekah/derma ni tak payah nak tunjuk
Cukup hanya Allah SWT yg tahu
Aku terpaksa post enty pasal menderma/sedekah ni sebab ade org yg ingat aku ni susah nak menderma/sedekah sebab tu hidup aku susah-amboi sedap mulut ko bercakap
Semoga Allah SWT membalas perbuatan korang yg suka pk negative kat aku ni
Org OKU macam aku ni memang selalu dihina, disisihkan disalahertikan dan lain2
Alhamdulillah Allah SWT sayang aku dan bayar cash kat org2 yg selalu sakitkan hati aku
Sekian, wasalam

p/s: jgn pandang org sebelah mata



Monday 14 November 2016

pampers murah

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini nak cerita pasal pampers murah
Anak2 ibu dari lahir sampai sekarang pakai pampers murah2 yg tak de jenama
Pampers murah ni rm22.85 jer, semua saiz harga sama
Si abg kongsi2 dengan si adik
Sebab anak2 ibu semua kurus dan kecik jer
So boleh kongsi2 pampers
Time gaji 25hb baru ibu beli saiz L untuk si abg dan saiz M untuk si adik
Anak2 ibu dah biasa pakai yg murah2 daripada lahir lagi
Alhamdulillah tak meragam dan sesuai sgt2
Tak bocorpun, alhamdulillah
Maafkan ibu syg semuanya murah2 untuk kamu berdua
Ibu tak mampu nak beli mahal2 untuk kamu berdua
Baju pun pakai yg 8 tahun punya baju abg hafiz harith safwan dan kakak hannah safiya
Baju anak2 buah ibu
Semua barang2, katil, tempat mandi, stroller, car sit, dan lain2 semuanya anak2 buah punya
Ibu tak mampu nak beli sayang, harap kamu berdua paham
Sekian, wasalam

susu murah

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini nak cerita pasal susu murah
Anak2 semua minum susu yg paling murah, susu dumex
Susu dugro (dumex) masa tgh promosi rm21.90 bagi 900gram
Harga asal mahal rm25.90, so beli banyak2 masa tengah promosi masa tgh murah
Walaupun anak2 susu badan selama 2 tahun 3 bulan, susu fm bagi jugak sebab kamu kuat menyusu
Si abang kuat menyusu si adik pula kuat berak
Si adik susu badan banyak dalam peti ais
Si abang tak cukup susu badan, so campur2
Selang seli bagi susu badan dengan susu fm
Maafkan ibu tak dapat bagi susu yg mahal2
Ibu tak mampu sayang.....ibu dapat beli yg murah2 jer
Semoga anak2 ibu sentiasa sihat, ceria, panjang umur, murah rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Ibu syg anak2 ibu walaupun ibu ni pesakit mental
Sekian, wasalam


genap 10 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini isnin zikir isnin Laahaulawalakuataillahbillahhilalihilazim 1000kali
Hari ini nak cerita pasal semalam genap 10 bulan dah buat blog ni
13-1-2016 hingga 13-11-2016 semalam
Hari ini baru dapat update blog
Sabtu ahad tak buka internet for blog
Setakat ni nuffnang masih rm2.75
Rajin2 lah clik atas bawah iklan kat blog saya tu
Sedih tau dah berbulan2 masih rm2.75, huhu
Setakat ni yang baca blog ni 28480 org dah
Terima kasih sebab baca blog saya hari2
Target 50ribu org baca tahun ni, 365 post, satu hari satu post
Aminn.....
Semoga semua yg baca blog saya ni dimurahkan rezeki, aminn
Sekian, wasalam



Friday 11 November 2016

setiap selasa atau jumaat

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal setiap selasa dan jumaat ade pasarmalam di presint 3
Pasar tani setiap selasa dan jumaat, kadang2 ade jualan di opis masa time lepas gaji setiap 25hb
Setiap selasa dan jumaat memang pegi sana nak beli ayam or ikan
Setiap hari selasa or jumaat juga beli mainan untuk haikal n hadirah
Setiap minggu wajib beli walaupun harganya rm2 sahaja
Kadang2 nilai rm15
Kalau selasa dah beli, jumaat tak beli dah
Sebagai tanda kasih syg ibu sebab ibu selalu marah dan pukul kamu berdua
So beli hadiah tanda minta maaf dr ibu buat kamu berdua
Maafkan ibu sayang....
Kamu dapat ibu sakit mental
Terpaksa lalui hari2 dgn pukul dan maki
Sekian, wasalam


Thursday 10 November 2016

genap 5 tahun 4 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini khamis zikir khamis subhanallah 1000kali
Hari ini nak cerita genap 5 tahun 4 bulan hari ini 10-07-2011 hingga 10-11-2016
Genap perkahwinan kami 5 tahun 4 bulan dan masih menghitung lagi
Masih menunggu fasa pertama hidup susah berlalu pergi, insyaallah, aminn
Semoga kekal hingga ke jannah, aminn....
Sekian, wasalam

Wednesday 9 November 2016

setiap minggu


Assalammualaikum dan selamat pagi
Hari ini nak cerita pasal astro best dan astro first
Astro best rm10.60 satu cerita, astro first rm15.90 satu cerita
Setiap minggu wajib beli satu cerita (movie)
Astro kami yg basic punya, rm42 setiap bulan
Bila beli movie, so bayar lebihlah setiap bulan
Bulan lepas beli 2 cerita, bil rm68
Beli astro best dan astro first
Bulan ni baru beli satu astro best
Wajib beli setiap minggu bila ade di rumah bila tak pegi mana2, bosan di rumah
Kalau sedara mara dtg or family datang wajib beli supaya tak bosan
Sekian, wasalam

genap 3 tahun 5 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini rabu zikir rabu astaufirullahhalazim 1000kali
Hari ini 9-11-2016 genap anak sulung ibu 3 tahun 5 bulan
Muhammad Haikal Hakimi Bin Mohd Azlan
09-06-2013 hingga 09-11-2016
Menyusu badan selama 2 tahun 3 bulan
Kuat menyusu, 10 botol sehari
Tak suka makan, susah nak bagi makan
Kene berperang nak bg makan
Masih pakai pampers
Ibu malas nak ajar kamu sebab nanti takut kamu ikut keturunan ayah kamu
Sampai ke tua kencing malam or siang
So kamu belajar sendirilah nak kencing or berak kat bilik air ye
Semoga anak ibu ni sentiasa sihat, ceria, panjang umur, murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, aminn....ibu syg kamu sgt2 walaupun ibu ni hari2 jadi singa betina
Sekian, wasalam

Tuesday 8 November 2016

setiap bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini selasa zikir selawat nabi 1000kali
Hari ini nak cerita pasal setiap bulan beli kasut
Biasa beli kasut rm10 or rm19.90 jer
Beli kat pasaraya aeon or mydin
Kasut cepat rosak sebab kasut tulah pergi keje dan jalan2
Baru2 ni je beli kasut mahal sikit dengan harapan supaya tahan lama
Malangnyer sama jer....
Kasut bertahan paling lama pun 2 bulan jer
Wajib beli kasut ni...nak guna setiap hari....
Mahal ke murah jer sama jer....
Bulan 10 habis rm160 beli 2 kasut (kasut keje n sukan)
Bulan 11 habis rm100 dapat 2 pasang kasut (keje n jalan2)
Harap tahan lama kali ini
Sekian, wasalam....

Monday 7 November 2016

genap 8 tahun

Assalammualaikum dan selamat tengahari semua
Hari ini nak cerita pasal genap 8 tahun keje kerajaan
3-11-2008 hingga 3-11-2016
Surat aku minta tangguh so 10-11-2008 hingga 10-11-2016 baru genap 8 tahun
Sempatlah melapor diri dua kali, masa 3 nov dan 10 nov, huhu
Seronok tak keje kerajaan ni
Jawapan aku syukur alhamdulillah, seronok
Macam2 org yg aku jumpa
Dah 8 tahun dah 3 kementerian
Kem.Pelajaran, Kem.dalam negeri dan kem.kewangan skrg ni
Kastam diraja malaysia
Dah naik pangkat w29 masa julai 2016
Syukur alhamdulillah
Letih setiap tahun pegi temuduga
Asyik tak dapat
Akhirnya dapat jugak....semua sama ramai2 naik pangkat
Alhamdulillah....
Sekian, wasalam

joging




Assalammualaikum dan selamat tengahari semua
Hari ini isnin zikir laahaulawalaquataillahbillahilalihilazim 1000kali
Hari ini nak cerita pasal pegi joging semalam dalam kul5.45pm sampai umah 6.45pm
Joging kat belakang rumah jer
Bukit presint 11, taman saujana putrajaya
Dah 4 tahun 7 bulan duduk putrajaya ni baru kali pertama pegi joging kat sini
Aku nak joging???berat 54kg rasa xperlulah
Badan kurus kering
Aku memang susah nak joging
Susah nak dpt berat asal 60kg
60kg tu perfert okay
163cm 60kg patutnya
hmm....
Sejak ade anak2 da tak dapat berat badan mcm dulu2 dah....
Suami berat 94kg, tinggi 170cm
So mmg patut dia kuruskan badan
Kami anak beranak duduk kt tempat istirehat jer
Lawa taman ni
Ramai yg buat outdoor kahwin
Sekian, wasalam

Friday 4 November 2016

simpan resit

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal simpan resit setiap bulan
Start 2008-2012 simpan dalam fail kat rumah tapah, perak
2012- sekarang fail seperti gambar di atas
Semua pembayaran adalah bukti pembayaran
Start keje 2008 start menyimpan resit dan photocopy
Senang nanti sebagai rekod
Sekian, wasalam....

Thursday 3 November 2016

buku peknen

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini nak cerita pasal buku peknen aku
Setiap kali mengandung buku aku warna kuning
Orang normal biasa warna hijau, yg xde masalah ape2
Setiap kali mengandung aku checkup setiap 2 minggu
Orang lain yg biasa checkup sebulan sekali
Setiap orang tak sama lain2
Aku minum air gula 2 kali
Masa 16minggu dan 28minggu
Amik darah setiap kali mengandung
Mabuk teruk sepanjang mengandung
Da nak bersalin baru tak muntah dah....
Sekian, wasalam

buku appointment anak2

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini khamis zikir hari khamis subhanallah 1000kali
Hari ini hujan lebat lama 1 jam aku tunggu bas
Habis basah kuyup aku dan anak2
Payung pulak tak bawak
Ade yg sedekahkan payung....iskh2....sedih aku
Payung dalam beg entah ke mana peginya
Nanti nak cari balik
Terima kasih pada adik perempuan yg sudi bagi payung
Lupa pulak nak amik no hp dan tanya nama....iskh2
Hari ni nak cerita pasal buku appointment anak2
Anak2 semua injet ikut jadual dalam buku
Checkup gigi 6 bulan sekali
Sekian, wasalam

Tuesday 1 November 2016

welcome november :)

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Selamat beramal semua :)
Hari ini nak cerita pasal best november ni
Sebab besday abah 18-11-53, besday adik no.3,  21-11-86
November jugak dapat gaji baru w29, huhu
Tertunggak 5 bulan, julai-nov 2016
Tak sabar nak tunggu gaji 24-11-16 ni
Dah setahun 4 bulan 3 hari tak piod
Harap2 piod bulan ni, aminn....
November ni jugak dapat surat tukar, aminn
Sekian, wasalam.....

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...