Saturday 30 January 2016

Setiap hari tidur awal

Selamat malam semua
Hari2 sy n anak2 tido awai kul8pm da tido.
Penat bekerja hari2 tdo awai.
Bila da tdo awai so bgn tghmlm byk kali sbb buat susu si abg yg 2tahun 8bulan.anak lelaki kuat myusu.sehari 7-8 kali bancuh susu.
Maafkan ibu da 2tahun 8 bulan bancuh susu cair2 ibu xde duit nk beli walaupun susu tepung yg plg murah rm22.89 tp still kamu kuat menyusu smpi susu pam xcukup.sebulan 5 paket 900gram pun xcukup.sbb kamu kuat myusu.nsb baik adik kamu susu pam byk.so xdelah campur2 susu tepung.susu ibu adelah yg terbaik.semoga kekal smpi 2@4tahun.aminn
Si adik myusu bdn kurang menyusu hari2 buang susu pam yg xhbs di taska.nsb baik susu pam byk.so da 7bln asyik buang susu pam yg xhbs.xkn simpan balik kn.susu tu da basi.da lbh 8jam kt luar.
Biasa bila bgn mlm2 sy akan solat isyak sbb tdo awai xsolat lg.
Bila da bgn mlm susah nk tdo blk.
Solat isyak dgn solat taubat n tahajud.
Setiap hari kita xsedar buat dosa so diwajibkan setiap mlm or pg solat sunnat taubat.
Hari2 solat dhuha n taubat selepas pam susu kt surau.
Setiap hari kita doa nk yg baik2.semua orgpun mcm tu.
Kita cuba jd yg terbaik tetapi still msh byk kelemahan.
Tiada siapa yg sempurna di dunia ni.
Kita cuba selagi mampu.
Keadaan sekeliling penting bg kesihatan seseorg tu.
Kalo teruk sekeliling maka keadaan kita pun jd teruk.
Doakan sy kuat n tabah menghadapi hari2 yg mendatang.
Take care semua.gud nite.

Friday 29 January 2016

renungan.....



Renungan 1 :

" Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan penuh rasa cinta dan kasih) maka Allah SWT menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka "
(Hadis riwayat Maisaroh Ali daripada Abu Said Al-Hudri)

Renungan 2 :

" Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa di Bulan Ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya maka di persilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja kamu suka "
(Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani)

Renungan 3 :

" Tidak di halalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah SWT untuk mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya padahal suaminya tidak senang "
(Hadis riwayat Hakim)

Renungan 4 :

" Hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta,tidak berpuasa sunat walaupun sehari kecuali dengan izin suaminya.Jika dia tetap berbuat demikian maka dia berdosa dan tidak akan di terima puasanya.Dia tidak boleh memberi,maka pahalanya untuk suaminya dan dosa untuk dirinya sendiri.Dia tidak boleh keluar rumahnya kecuali dengan izin suaminya.Jika dia berbuat demikian maka Allah SWT akan melaknatnya dan para Malaikat memarahinya kembali dan bertaubat,sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim "
(Hadis riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)

Renungan 5 :
" Sesungguhnya setiap isteri yang meninggal dunia yang di redhai oleh suaminya maka dia akan masuk Syurga "
(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

 

hati, fikiran, perbuatan dan perkataan



Ada satu pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian... "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri. "Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok."
Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.
Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, "abang tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?"
Sang suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita." Isterinya terkesima.
Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (jendela), pabila kita memandangnya, jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita.
Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik. Kerana itulah segalanya.
HATI menentukan FIKIRAN.
FIKIRAN menentukan
PERKATAAN & PERBUATAN.
2 hal paling baik di atas kebaikan :
■ Sangka baik kepada Allah
■ Sangka baik kepada Hamba Allah
perbanyakkan selawat
ke atas Junjungan Mulia
Nabi Muhammad S.A.W"

p/s :  suami cermin bagi isteri, isteri cermin bagi suami....kalau baik suami tu maka baiklah isterinya dan anak2nya....suami catuan bagi isteri, suami yg membentuk isteri dan anak2nya.... 

Semoga suami yg dipilih bawa isteri dan anak2 ke syurga,aminn.....

Thursday 28 January 2016

permohonan pertukaran (insyaallah julai 2016)



4. Butir-butir permohonan :-
           
Tempat dipohon
Alasan

Jabatan Akauntan Negara Ipoh, Perak





  1. Memudahkan saya menghadiri temujanji doktor pakar setiap bulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak. (Hospital sekarang ialah Hospital Putrajaya tetapi masih rujuk di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh setiap kali balik Perak/bersalin di Perak- rekod asal adalah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh)

  1. Memudahkan saya menghantar anak-anak saya ke taska perak kerana taska di Perak hanya rm30 sebulan manakala taska di Putrajaya sangat mahal iaitu rm300 bagi seorang anak. Setiap bulan rm600.

  1. Memudahkan saya melawat dan menjaga ibubapa yang sudah uzur dan tua. Ayah saya cuci darah setiap isnin selasa khamis dan sabtu bagi rawatan dialysis, memudahkan saya menghantar dan mengambil ayah saya yang sudah tua yang tidak larat drive sendiri. Manakala ibu saya mendapat rawatan doktor pakar psychiatrist setiap bulan seperti saya, memudahkan saya pergi bersama ibu saya di hospital yang sama.

  1. Di samping itu ingin menambah pengalaman kerja di jabatan lain.

  1. Keadaan di Putrajaya dengan kos sara hidup yang tinggi serta gaji saya yang sederhana agak sukar menjalani kehidupan setiap hari.

  1. Jarak rumah sekarang dengan rumah ibubapa di Perak agak jauh sukar untuk saya hendak pulang ke Perak selalu. Kos minyak petrol dan tol tidak dapat nak menampung perbelanjaan lain-lain. Terpaksa balik perak dalam 4 bulan sekali. Dalam setahun 3 kali sahaja balik perak sejak pindah Putrajaya pada 23.04.2012. Tidak dapat balik perak setiap bulan kerana faktor kewangan tidak mencukupi.

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...