Thursday 8 November 2018

genap 10 tahun

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni khamis zikir khamis subhanallah 1000kali
Dah lama x update blog ni, maklumlah mabuk peknen sungguh teruk kali ni
Berat badan asyik turun, muntah banyak kali, kaki gatal sampai berdarah2, kencing asyik kotor sepanjang peknen ni....Doakan saya dan baby sihat ye kawan2
Hari ni nak cerita pasal genap 10 tahun keje kerajaan ni
10 nov 2008 sampai 10 nov 2018
Alhamdulillah....dari gred w17 sampai dah naik pangkat gred w29
Rezeki buat anak2....
Walaupun gaji naik setiap tahun, setiap bulan masih meminjam duit x cukup
Nasib baik ade kaklong doktor yg gaji besar yg boleh bantu adik2nya
Bersyukur seadanya....
Sekian, wasalam

Wednesday 15 August 2018

peknen lagi



Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni rabu zikir rabu astaufirullahhalhazim 1000kali
Hari ni nak cerita pasal mengandung lagi kali ketiga
Alhamdulillah....si adik dah 3 tahun 2 bulan dah boleh ade adik lagi
Nanti adik lahir si kakak dah 4 tahun
Masih susu badan lagi entah bila nak berhenti entah
Sabar jelah....
Gambar di atas masa mula2 buat urine test
Gambar buku buat masa dah 8 minggu 2hari
Sekarang dah 11 minggu sehari
Semoga baby sihat dan ibu sihat sepanjang mengandung kali ni
Tak kisah dapat baby boy ke girl, janji sihat
Sekian, wasalam

Tuesday 10 July 2018

genap 7 tahun

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ni nak cerita pasal genap 7 tahun perkahwinanku
10.07.2011 ~ 10.07.2018
Semoga kekal bahagia hingga ke JannahMu
Semoga fasa pertama ni berakhir dengan baik, amin....
Dah lama x beli kek sambut anniversarry ni....
Maklumlah x gaji lagi....
Sekian, wasalam.....

Wednesday 27 June 2018

Gelang tangan dan rantai leher

Assalammualaikum dan selamat petang
Hari ni nak cerita pasal gelang tangan dan rantai leher hadirah
Beli kat habib jewel alamanda, rm800 gelang tangan dan rm800 rantai leher
Gelang tangan baru beli masa bulan puasa baru-baru ni
Rantai leher baru beli dua tahun dah putus baru2 ni masa raya ke 4
Sedih betul, gelang tangan tak pakai simpan untuk tahun depan
Nampak gayanya kene keluar tabung haji lagi untuk beli rantai leher yang baru
Sabarjelah....
Sekian, wasalam

Genap 5 tahun

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni rabu zikir rabu astaufirullahhalhazim 1000kali
Dah lama x update blog, baru hari ni dapat update blog
Hari ni nak cerita pasal genap 5 tahun anak sulung aku
9.6.2013 ~ 9.6.2018
Muhammmad Haikal Hakimi Bin Mohd Azlan
Semoga sentiasa sihat ceria panjang umur murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Walaupun kamu selalu nakal dan memenatkan ibumu, ibu tetap sayang kamu, muaah
Sekian, wasalam

Monday 21 May 2018

Menu berbuka puasa

 Ayam goreng kunyit - hari pertama
 Sup sayur campur - hari pertama

Sup ikan bawal - hari keempat

Assalammualaikum dan selamat tengahari
Hari ni isnin zikir isnin Laahaulawalakuataillahbillahhilhalimhazim 1000kali
Hari ni nak cerita pasal menu berbuka puasa
Selamat berpuasa semua
Menu masak simple2 jer
Hari pertama ayam goreng kunyit dan sup sayur campur
Hari kedua ikan masak asam pedas
Hari ketiga tomyam sotong
Hari keempat sup ikan bawal
Gambar hanya ade 3 jer, tak sempat nak amik gambar hari2
Semoga terus istiqomah memasak hari2, amin....
Tak pernah g bazar ramadhan....dah 7 tahun dah....
Makan je ape yang ade di rumah
Sekian wasalam

Tuesday 24 April 2018

genap 6 tahun

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ni nak cerita pasal genap 6 tahun tinggal di Putrajaya ni
23.04.2012 hingga 23.04.2018
Surat tukar masih tak dapat lagi
Semoga cepat dapat surat tukar, amin...
Keluar kuarters jimat sikit gaji tu, huhu
Best ke tak best tinggal Putrajaya ni
Jawapannya adalah tidak best
Lagi seronok tinggal di kampung perak
Boleh menabung di perak
Sejak tinggal putrajaya ni tak dapat nak menabung, hmmm
Sekian, wasalam

Tuesday 3 April 2018

Dinner opis n cabutan bertuah



Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal dinner opis dan cabutan bertuah
Dinner opis hari tu buat pada 24.02.2018 sabtu di Boraombak Hotel, putrajaya
Baru hari ni nak update blog...huhu
Dapat kuali alhamdulillah....
Macam tahu2 jer kuali kat rumah ade 2 jer
So sekarang ade 3 kuali, huhu
Makan dinner malam tu x berapa best pun
Lupa letak garam kot, huhu
Ade pertandingan kanak2
Geram anak2 aku xnak naik pentas
Sakit hati betul
Sekian, wasalam

6 tahun 9 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ni nak cerita pasal genap 6 tahun 9 bulan perkahwinan kami
10.07.2011 hingga 10.04.2018
Saje post awal....dah lama x update blog baru hari ni nak update blog
Semoga perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke jannah Allah SWT
Semoga fasa pertama 5-10 tahun pertama habis dengan cepat
Semoga fasa pertama hidup susah ni berakhir dengan baik
Sekian, wasalam

Thursday 22 February 2018

4 tahun 8 bulan dan 2 tahun 8 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni khamis zikir khamis subhanallah 1000kali
Hari ni nak cerita pasal anak2 aku
Genap 4 tahun 8 bulan dan 2 tahun 8 bulan pada bulan 2 ni
Haikal dan hadirah
Si adik masih susu badan lagi....bila nak berhenti entah
Si abang dah x kencing malam lagi dah
Alhamdulillah.....
Semoga anak2 ibu sentiasa sihat, ceria, panjang umur, murah rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Sekian, wasalam

Wednesday 21 February 2018

Rumah Persekutuan Langkawi

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni rabu zikir rabu astaufirullahhalhazim 1000kali
Hari ni nak cerita pasal rumah persekutuan Langkawi iaitu Holiday Villa
Selama 3hari 2malam di Holiday villa ni
10.2.2018-12.2.2018
Kali ni pergi yg kali ketiga, tahun 2012, 2017 dan 2018
Kali ni bayar yg had murah sekali rm80 semalam
Rugi bayar yang rm100 semalam sebab dapat bilik yg sama
So amik yg rm80 semalam...
Kami dapat bilik yg sama setiap tahun tapi harga yg berbeza
So pilih yg murah2 jer lepas ni
Kene mohon awal2 6 bulan
Ape yg seronok sangat g Langkawi banyak kali ni
Saje nak beli coklat dan minyak gamat, haha
Kali ni naik boat pergi 3 pulau ke pulau
Rm25 dewasa, kanak2 rm15
Pergi pulau dayang bunting, beras basah dan pulau ape entah lupa nama
Dulu dah naik cable car kali ni tak naik dah....
Banyak tempat tak pergi lagi sebab semuanya kene bayar
Menyampah wei....habis duit banyak g jalan2 ni....hahah
Sekian, wasalam

p/s : gambar banyak malas nak upload

Friday 26 January 2018

Rumah Persekutuan Cameron Highlands




Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni jumaat zikir jumaat ya allah 1000 kali
Hari ni nak cerita pasal rumah persekutuan cameron highlands
Hari tu pergi cameron pada 14.1.2018-15.1.2018
Semalam rm100 - rumah apartment 2 bilik tidur  3 bilik air
Selesa dan luas rumahnya
Murah pun murah weh
Seronok weh....
Rugi lah sape2 yg tak mohon rumah kerajaan ni
Mohon kene awal 6 bulan
Aku mohon masa bulan 11 2017
Rumah cameron ni sentiasa penuh
Ni kira nasib baik je dapat yg hari ahad dan isnin
Sabtu ahad memang sentiasa penuh
Aku kene amik cuti sehari - isnin
Jadilah....nanti nak g lagi pada 25.3.18-26.3.18
Sekian, wasalam

Tuesday 23 January 2018

Genap 2 tahun

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal dah genap 2 tahun buat blog ni
13-1-2016 hingga 13-1-2018
Baru hari ni dapat post blog ni
Kerja opis dah siap so bolehlah kita buat blog...huhu
Setakat ni yg baca blog ni dah 60,860 orang dah
Alhamdulillah....
Terima kasih sebab sudi membaca blog saya ni
Setakat ni duit nuffnang masih rm2.75...huhu
Dah give up dengan nuffnang ni
Tak dapat pun xperlah, xde rezeki
Sekian wasalam

cuti tanpa gaji

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ni nak cerita pasal cuti tanpa gaji
Walaupun dah setahun berlalu, baru hari ni nak post pasal cuti tanpa gaji ni
Saje amik sejak kematian ayah tersayang pada 5.3.2017
Start cuti 23.3.2017 sampai 21.4.2017
Cuti tenangkan fikiran
Disebabkan cuti tanpa gaji ni cuti rehat kene potong 2 hari
Pastu bonus tahunan tak dapat penuh
Rugi2...menyesal pulak amik cuti tanpa gaji ni, huhuhu
Sekian wasalam

Friday 5 January 2018

2 tahun 6 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ni nak cerita pasal anak kedua kami
Nur Azalia Hadirah Binti Mohd Azlan
Genap 2 tahun 6 bulan
29.06.2015 - 29.12.2017
Masih susu badan lagi...bila nak berhenti adik oii....
Semoga sentiasa sihat, ceria, panjang umur, murah rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, amin...
Ibu sayang kamu sangat2
Sekian, wasalam

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...