Friday 22 December 2017

ape itu schizofrenia

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini jumaat zikir jumaat Ya Allah 1000 kali
Hari ni nak cerita pasal ape itu skizofrenia
Penyakit aku sejak 21.08.2006 lagi
Bagi yg x paham tu sila baca dan pahamkan
Letih dengan orang2 sekeliling yang x paham2 lagi keadaan aku ni

Penyakit skizofrenia seringkali menyebabkan pesakit berubah sikap dan seolah-olah menjadi insan lain yang tidak dikenali oleh keluarga. Ada juga pesakit yang sangat berjaya dalam bidang akademik, kerjaya dan perniagaan sebelum mendapat penyakit ini namun, segala-segalanya berubah setelah tidak dapat mengawal skizofrenia.
Ramai daripada mereka yang menghidap penyakit ini diganggu oleh makhluk halus sehingga menyebabkan mereka menderita selain mengalami kemurungan gara-gara bisikan-bisikan yang didengari sehinggakan mereka sudah menjadi tidak siuman.
Apa itu skizofrenia
Skizofrenia adalah salah satu penyakit mental yang sangat serius dan memberi kesan berpanjangan kepada pesakit dan keluarga. Skizo bermaksud retak dan frenia pula bermakna jiwa. Maka, pesakit skizofrenia ialah seseorang yang mengalami keretakan jiwa.
Pesakit akan mengalami perubahan personaliti yang berterusan dan kegagalan dalam interaksi bersama dunia di sekeliling mereka. Mereka akan mempunyai pola pemikiran, sikap dan bahasa komunikasi yang tidak teratur dan sukar untuk difahami. Malah, mereka turut akan kelihatan hidup tanpa sebarang emosi di dalam diri.
Di dalam dunia perubatan, skizofrenia sudah diiktiraf sebagai penyakit mental yang sangat serius.
Lelaki dan wanita sama-sama boleh diserang skizofrenia tetapi bagi lelaki, skizofrenia selalunya berlaku di usia hujung remaja atau awal 20-an. Manakala bagi wanita pula, skizofrenia selalunya dikesan apabila berumur 20-an hingga awal 30-an.
Tanda-tanda awal skizofrenia
Di peringkat awal, pesakit akan kelihatan keliru dengan sekelilingnya dan kerapkali berubah perangai secara mengejut. Mereka akan mengadu mendengar bisikan-bisikan yang tidak didengari oleh orang lain dan kadangkala yakin bahawa orang lain boleh membaca dan mengawal fikiran mereka. Apa yang lebih membimbangkan apabila pesakit mula yakin ada orang yang mahu mencederakannya.
Pesakit skizofrenia boleh mengalami episod psikosis iaitu keadaan mental terganggu dan mengalami halusinasi.
Malah, pesakit turut boleh mengalami delusi atau keyakinan terhadap khayalan sendiri akibat kegagalan membezakan dunia sebenar dengan dunia khayalan yang terbit daripada gangguan skizofrenia.
Punca skizofrenia
Kajian menunjukkan risiko untuk mendapat skizofrenia adalah lebih tinggi jika seseorang itu mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap skizofrenia.
Rawatan moden
Rawatan moden untuk pesakit skizofrenia melibatkan ubat-ubatan anti-psikosis, kaunseling, rehabilitasi dan sokongan sosial serta keluarga. Setiap aspek rawatan tersebut adalah penting kerana tiada satu ubat moden yang boleh benar-benar menyembuhkan penyakit skizofrenia ini. Ubat anti-psikosis untuk pesakit skizorenia hanya boleh merawat simptom-simptom teruk skizofrenia seperti halusinasi dan paranoia.
Skizofrenia dan Gangguan
Makhluk halus suka mengganggu lima deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan. Maka, jin-jin dari masa ke masa akan menyebabkan ilusi di mata manusia akan khayalan yang tidak wujud seperti bayangan makhluk yang menakutkan di dalam rumah. Ditambah pula dengan bau-bauan wangi atau busuk yang hanya boleh disedari oleh mereka yang diganggu oleh jin tersebut. Ada pesakit yang merasai seolah-olah ada serangga atau semut yang merayap di tubuh.
Tidak cukup dengan itu, jin-jin juga boleh membisik ke telinga manusia dengan kata-kata yang hanya boleh didengari oleh mereka yang diganggu. Dalam kes-kes gangguan yang teruk, ada pesakit kami sangat yakin bahawa ilusi tersebut adalah benar dan makhluk yang dilihat oleh mereka adalah insan yang betul-betul wujud dan boleh berkomunikasi dengan mereka.
Bisikan-bisikan halus itu dilakukan oleh sejenis jin yang bernama al-Maraddah yang membisikkan perkara bukan-bukan supaya timbul kecelaruan di dalam hati sehingga boleh mempengaruhi pemikiran dan akal. Di dalam surah An-Nas, ayat 1 hingga 6, Allah SWT berfirman;
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan bisikan syaitan yang bersembunyi, yang membisikan kejahatan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Terdapat satu kes gangguan yang menarik terjadi kepada seorang gadis yang hadir ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah bersama ibubapanya. Pesakit yang dalam lingkungan awal 20-an kelihatan normal namun dia sudah lama tidak mahu keluar rumah dan suka menyendiri di dalam bilik. Alasannya ada kamera yang mengekori setiap kali dia keluar rumah. Dia juga sering dilihat seolah-olah bercakap dengan seseorang dan marah-marah apabila orang mengatakan tiada siapa di sebelahnya.
Rawatan al-Quran
Justeru setiap pesakit skizofrenia yang datang berubat akan diperiksa terlebih dahulu jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan membuang gangguan tersebut sekiranya ada dan seterusnya memberikan ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan disertai doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
2. Surah Al-Baqarah ayat 244 hingga 255
3. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
4. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
Pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Baqarah tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.
Selepas tiga minggu, pesakit dikehendaki membaca surah-surah yang berikutnya pula. Pesakit haruslah ingat bahawa penyembuhan hanyalah dengan izin daripada Allah. Oleh itu, janganlah berputus asa dan sentiasalah berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman;
"….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
Penutup
Skizofrenia tidak hanya menjejaskan pesakit tetapi turut memberi kesan yang berpanjangan kepada keluarga. Maka, rawatan skizofrenia tidak boleh hanya bergantung kepada ubat-ubatan tetapi harus ditambah dengan sokongan orang sekeliling si pesakit tersebut.
Ahli keluarga dan rakan-rakan harus membantu dengan menunjukkan sokongan supaya pesakit tahu mereka tidak berseorangan di dalam perjuangan melawan penyakit skizofrenia ini. Biar pesakit tahu walaupun mereka berkelakuan pelik dan tidak rasional, masih ada insan yang mahu bersama mereka dan faham itu bukan personaliti sebenar si pesakit.
Kita juga harus ingat bahawa pesakit skizofrenia tidak tahu dan tidak sedar yang mereka sudah mula berkelakuan pelik dan membuat pelbagai pertimbangan yang tidak rasional. Maka, di sinilah pentingnya peranan yang harus diambil oleh ahli keluarga dan sahabat yang banyak menghabiskan masa bersama-sama pesakit.
Ahli keluarga harus proaktif dan berani membantu pesakit dan jangan pula akibat perangai pelik pesakit, maka ahli keluarga menjauhkan diri.
Ingatlah akan firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 139:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman."
Sekian, wasalam....

Tuesday 12 December 2017

6 tahun 5 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ni nak cerita genap 6 tahun 5 bulan perkahwinanku
10.07.2011 hingga 10.12.2017
Semoga fasa pertama 5 tahun ke 10 tahun ni berakhir dengan cepat
Semoga hidup susah ni berakhir dengan baik
Semoga hubungan kami sekeluarga kekal bahagia hingga ke syurga
Amin....
Sekian, wasalam

Tuesday 21 November 2017

pusat sains negara



Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari sabtu lepas 18.11.2017 pergi ke pusat sains negara
Masa tengah free ni kami pergi lah
Biasa jer tak berapa bestpun
Sekian, wasalam

konvo anak


Assalammualaikum dan selamat petang
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ni nak cerita pasal konvo anak sulung kami
Dah lepas 17.11.2017, baru dpt update bila free
Start 9am habis kul12pm sepatutnya
Tapi 10.30am dah habis dah
Ade penyampaian sijil sahaja
Tiada persembahan
Okla tu...
Dah besar anak ibu ni
Sekian, wasalam

Monday 13 November 2017

9 tahun

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal genap 9 tahun keje dengan kerajaan
10.11.2008 hingga 10.11.2017
Baru hari ni nak update post
Alhamdulillah dah 9 tahun keje kerajaan
Lambat lagi nak pencen
Ade lagi 28 tahun lagi services
Nak capai 60 tahun lambat lagi
Nak pencen awal arahan doktor kene sakit dulu, huhuhu
Kira baguslah pesakit mental bekerja lagi ni
Kalau ikutkan hati nak duduk hospital selamanya
Best apa duduk hospital
X payah pergi kerja
Makan tidur makan tidur jer...huhuhu
Semoga terus kuat dan bertahan, amin....
Sekian, wasalam....

Wednesday 8 November 2017

4 tahun 5 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni rabu zikir rabu astaufirullahhalhazim 1000kali
Hari ni nak cerita pasal genap 4 tahun 5 bulan anak sulungku
Muhammad Haikal Hakimi Bin Mohd Azlan
09.06.2013 hingga 09.11.2017
Semoga panjang umur murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Sekarang dah x pakai pampers dah....alhamdulillah....
Sekian, wasalam.....

Monday 2 October 2017

2 tahun 3 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni isnin zikir isnin Laahaulawalakuataillahbillahhilhalilazim 1000kali
Hari ni nak cerita pasal anak perempuanku
Nur Azalia Hadirah Binti Mohd Azlan
Genap 2 tahun 3 bulan
29-6-2015 hingga 29-9-2017
Masih susu badan lagi
Bila nak berhenti adik oi....
Ibu da penat ni....
Semoga sentiasa sihat, ceria, panjang umur, murah rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Sekian, wasalam

Friday 15 September 2017

pil regevidon - pil perancang start 2017 until now

Rigevidon Tablet - Kegunaan, Komposisi, Kesan Sampingan dan Ulasan

Rigevidon Tablet dinyatakan bertujuan untuk merawat mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan, hypogonadism perempuan, kawalan kelahiran, mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam masa 72 jam yang mempunyai hubungan seks tanpa perlindungan, kontraseptif hormon, mengelakkan kehamilan sehingga tiga tahun serta keadaan lain. Rigevidon Tablet mengandungi bahan-bahan aktif berikut: Ethinyloestradiol, and Levonorgestrel. Ia boleh didapati di dalam bentuk tablet. Gedeon Richter menghasilkan Rigevidon Tablet. Maklumat lanjut berkaitan kegunaan, komposisi, dos, kesan sampingan dan ulasan Rigevidon Tablet disenaraikan seperti di bawah:
 
 
Rigevidon Tablet digunakan dalam rawatan, sebagai kawalan, pencegahan, & penambahbaikan penyakit, keadaan dan gejala berikut:
  • mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan
  • hypogonadism perempuan
  • kawalan kelahiran
  • mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam masa 72 jam yang mempunyai hubungan seks tanpa perlindungan
  • kontraseptif hormon
  • mengelakkan kehamilan sehingga tiga tahun
  • mengurangkan atau berhenti perubahan jangka pendek menopause
  • pengurusan gejala menopaus

    Rigevidon Tablet Fungsi, Mekanisma Tindakan dan Farmakologi

    Rigevidon Tablet menambah baik kesihatan pesakit dengan cara:
    Rujukan: 1, 2

    Rigevidon Tablet Komposisi dan Bahan Aktif

    Rigevidon Tablet mengandungi bahan aktif berikut (garam)
    Sila ambil maklum bahawa ubat ini mungkin boleh didapati pada pelbagai tahap kekuatan untuk setiap bahan aktif yang disenaraikan diatas.
     
  • Rigevidon Tablet - Kesan Sampingan
  • Senarai berikut adalah kesan sampingan yang mungkin berlaku disebabkan dari semua bahan aktif yang terkandung di dalam Rigevidon Tablet. Ini bukanlah sebuah senarai yang lengkap. Kesan-kesan sampingan ini mungkin boleh berlaku, tetapi ia sangat jarang berlaku. Sebahagian kesan-kesan sampingan ini mungkin jarang berlaku tetapi boleh terjadi pada tahap yang serius. Dapatkan nasihat doktor jika anda mendapati salah satu kesan sampingan yang berikut berlaku, terutamanya jika tandanya berlarutan.
  • Pening
  • Payu dara
  • Loya
  • Pendarahan yang tidak teratur
  • Penolakan alahan
  • Sakit perut yang lebih rendah
Jika anda mendapati terdapat kesan sampingan lain yang tidak disenaraikan di atas, hubungi doktor anda untuk khidmat nasihat. Anda juga boleh melaporkan kesan sampingan terhadap pihak berkuasa serta badan pentadbiran makanan dan ubatan tempatan anda. 

Rigevidon Tablet Langkah Pengawasan & Cara Penggunaan

Sebelum mengambil ubat ini, maklumkan kepada doktor anda mengenai senarai ubat-ubatan semasa anda, termasuk produk yang boleh didapati di kaunter farmasi (seperti vitamin, makanan tambahan herba, dan lain-lain), alahan, penyakit yang sedia ada, dan keadaan kesihatan semasa (contohnya kehamilan, pembedahan yang akan datang, dan lain-lain ). Beberapa keadaan kesihatan boleh membuat anda lebih terdedah kepada kesan-kesan sampingan ubat. Ambil ubat seperti mana yang diarahkan oleh doktor anda atau ikut arahan seperti yang tertera pada lampiran di dalam produk. Cara pengambilan adalah berdasarkan kepada keadaan kesihatan anda. Beritahu doktor anda jika keadaan anda tidak berubah atau menjadi lebih teruk. Nota kaunseling yang perlu dititik-berat oleh pengguna telah disenaraikan di bawah.
  • HIV
  • Kehamilan ektopik
  • kehamilan yang sedia ada
  • pendarahan haid
 Sekian, wasalam

kesan suntikan depo

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ni nak cerita pasal suntikan perancang keluarga
Suntikan depo setiap 3 bulan sekali
Start injet julai 2013 sampai akhir bulan 2016
Start 2017 makan pil perancang
Malas nak amik injet depo lagi
Sebab x piod2 selama bertahun2
Ni kesan suntikan depo :
1. Kitaran haid tidak menentu
2. Mengalami sakit kepala
3.  Rasa berdebar-debar
4. Pening(berpusing)
5. Jerawat
6. Perubahan selera amkan , sama dada rasa cepat lapar dan ada yang lambat lapar
7. Penambahan berat badan
9. Keguguran rambut
10. Kereputan pada tulang
sekian, wasalam

Tuesday 12 September 2017

Injection fluanxol 20mg

Assalammualaikum dan selamat pagi

Hari ni nak cerita pasal injection aku setiap bulan start jan 2017

Fluanxol Depot Injection - Kegunaan, Komposisi, Kesan Sampingan dan Ulasan

Fluanxol Depot Injection dinyatakan bertujuan untuk merawat schizophrenia, kemurungan serta keadaan lain. Fluanxol Depot Injection mengandungi bahan-bahan aktif berikut: Flupenthixol Decanoate. Ia boleh didapati di dalam bentuk injection. H Lundbeck menghasilkan Fluanxol Depot Injection. Maklumat lanjut berkaitan kegunaan, komposisi, dos, kesan sampingan dan ulasan Fluanxol Depot Injection disenaraikan seperti di bawah:
 

Fluanxol Depot Injection Kegunaan

Fluanxol Depot Injection digunakan dalam rawatan, sebagai kawalan, pencegahan, & penambahbaikan penyakit, keadaan dan gejala berikut:
  • schizophrenia
  • kemurungan  

Fluanxol Depot Injection Fungsi, Mekanisma Tindakan dan Farmakologi

Fluanxol Depot Injection menambah baik kesihatan pesakit dengan cara:

Fluanxol Depot Injection Komposisi dan Bahan Aktif

Fluanxol Depot Injection mengandungi bahan aktif berikut (garam)
Sila ambil maklum bahawa ubat ini mungkin boleh didapati pada pelbagai tahap kekuatan untuk setiap bahan aktif yang disenaraikan diatas. 
 

Fluanxol Depot Injection - Kesan Sampingan

Senarai berikut adalah kesan sampingan yang mungkin berlaku disebabkan dari semua bahan aktif yang terkandung di dalam Fluanxol Depot Injection. Ini bukanlah sebuah senarai yang lengkap. Kesan-kesan sampingan ini mungkin boleh berlaku, tetapi ia sangat jarang berlaku. Sebahagian kesan-kesan sampingan ini mungkin jarang berlaku tetapi boleh terjadi pada tahap yang serius. Dapatkan nasihat doktor jika anda mendapati salah satu kesan sampingan yang berikut berlaku, terutamanya jika tandanya berlarutan.
  • Otot ketegaran
  • Hypokinesia
  • Hyperkinesia
  • Parkinson
  • Tremor
  • Akathisia
 Sekian, wasalam

ubat olanzapine

Assalammualaikum dan selamat pagi
Hari ni nak cerita pasal ubat sakit mental aku
Dari 2008 hingga 2017, start 2017 amik injection pulak sebab ubat selalu x makan sebab susu badan
Olanzapine adalah jenama olanzapine, ubat preskripsi yang digunakan untuk merawat skizofrenia dan gangguan bipolar. Ia juga digunakan untuk merawat kemurungan apabila digunakan dengan ubat-ubatan lain.
Olanzapine adalah sebahagian daripada kelas ubat yang dikenali sebagai antipsikotik atipikal, yang bekerja untuk membantu mengembalikan keseimbangan dopamin, yang bahan-bahan semula jadi di dalam otak anda dikenali sebagai neurotransmitter yang. Dengan mengambil ubat ini anda mungkin boleh untuk mengurangkan halusinasi, mengurangkan perasaan gelisah, dan berfikir dengan lebih jelas dan positif.
Ubat ini juga digunakan untuk mencegah loya kemoterapi yang disebabkan dan muntah-muntah.Kecuali diarahkan oleh doktor anda, tidak pernah menggunakan Olanzapine untuk kegunaan off-label.
Dikeluarkan oleh Eli Lilly, Olanzapine telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) untuk rawatan gangguan psikotik pada tahun 1996.
Pada tahun 2009, FDA meluluskan Olanzapine Relprevv dilanjutkan melepaskan penggantungan suntikan untuk merawat orang dewasa dengan skizofrenia. Suntikan intramuskular, yang datang dalam 210 miligram (mg), 300 mg dan 405 mg, boleh mengekalkan penghantaran dadah sehingga empat minggu.

Teva Pharmaceuticals Amerika Syarikat, Labs Dr. Reddy, dan syarikat-syarikat lain mengeluarkan tablet olanzapine dan tablet berpecah belah dibuat oleh, Dr Reddy Syarikat Apotex Par Farmasi, dan syarikat-syarikat lain. Eli Lilly and Co. membuat suntikan extended-release, Olanzapine Relprevv.

 

AMARAN OLANZAPINE

Olanzapine boleh membantu mengawal gejala-gejala anda, tetapi ia bukan ubat. Ia mengambil masa beberapa minggu atau lebih sebelum anda akan merasa kesan penuh dengan dadah. Jangan sekali-kali berhenti mengambil Olanzapine tanpa terlebih dahulu bercakap dengan doktor anda, walaupun anda tidak berasa sihat.
Dewasa demensia yang menggunakan Olanzapine mungkin menghadapi risiko yang sedikit meningkat kesan sampingan yang serius seperti strok, kegagalan jantung, degupan jantung yang cepat / tidak teratur, dan pneumonia. Dadah ini tidak diluluskan untuk merawat masalah tingkah laku yang berkaitan demensia.
Kerana risiko untuk ubat pelali yang teruk (termasuk koma) dan kecelaruan selepas setiap suntikan, pesakit mesti dipatuhi untuk sekurang-kurangnya tiga jam di kemudahan berdaftar dengan kemudahan untuk mendapatkan perkhidmatan kecemasan.
Mengambil ubat ini boleh menyebabkan anda untuk membangunkan hiperglisemia, peningkatan gula dalam darah anda, walaupun anda tidak mempunyai diabetes. Jika anda mengalami skizofrenia, anda sudah mempunyai peluang besar untuk kencing manis dan ubat ini hanya meningkatkan risiko itu.
Jika anda mendapati bahawa anda sedang membuang air kecil dengan kerap, mempunyai dahaga yang melampau, penglihatan kabur, atau kelemahan, beritahu doktor anda dengan segera kerana ia boleh menjadi tanda-tanda gula dalam darah tinggi, yang boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius.
Olanzapine juga mungkin menyebabkan anda untuk mempunyai degupan jantung, pening, dan ringan kepala yang cepat atau perlahan. Anda mungkin juga pengsan jika anda bangun terlalu cepat ketika berbaring. Ini adalah lebih mungkin berlaku apabila anda memulakan ubat. Di samping itu, Olanzapine boleh membawa kepada peningkatan paras lemak dalam darah anda.
Menggunakan Olanzapine telah dikenali untuk membuat penyejukan ke bawah selepas terdedah kepada haba yang melampau atau sukan berat lebih sukar.
Sesiapa yang mempunyai keadaan yang diwarisi, phenylketonuria, yang memerlukan diet khas untuk mencegah kecacatan mental, harus sedar bahawa tablet berpecah belah mempunyai aspartame, yang membentuk phenylalanine.
Walaupun ubat ini diluluskan untuk merawat remaja, ia adalah hanya satu bahagian daripada program yang perlu termasuk kaunseling dan pendidikan. Remaja yang mengambil ubat ini lebih cenderung untuk mendapatkan berat badan daripada orang dewasa dan juga untuk membangunkan tahap peningkatan lemak dalam masalah darah dan hati mereka. Mereka juga mungkin mengalami kesan sampingan yang terdiri daripada pelepasan payudara dan pembesaran payudara untuk mengantuk.

Beritahu doktor anda jika anda pernah mempunyai strok atau mini strok atau serangan jantung, atau jika anda mempunyai penyakit jantung, degupan jantung yang tidak teratur, sawan, kanser payudara, atau apa-apa syarat yang boleh membuat ia sukar bagi anda untuk menelan.
Pastikan untuk membincangkan tinggi dan rendah tekanan darah, kiraan sel darah putih yang rendah, dan tahap lemak dalam darah anda.
Keadaan lain yang boleh membuat anda daripada menggunakan Olanzapine termasuk:
  • Penyakit hati atau prostat
  • ileus lumpuh, di mana makanan tidak boleh bergerak melalui usus anda
  • glaucoma
  • gula darah tinggi
  • Perut atau usus masalah, termasuk pergerakan otot menurun
  • pembesaran prostat
  • Sejarah payudara, pankreas, atau kanser pituitari atau jika anda mempunyai risiko kanser payudara
  • sindrom malignan neuroleptik (NMS)
  • aspirasi pneumonia
  • Sejarah keluarga yang mempunyai diabetes
  • muntah-muntah atau cirit-birit yang teruk
  • pemikiran membunuh diri / percubaan
  • penyakit Alzheimer atau demensia
Sebelum doktor anda menetapkan ubat ini dan semasa rawatan anda, biarkan dia / dia tahu jika anda mengalami dehidrasi. Di samping itu, beritahu doktor anda jika anda pernah mempunyai untuk berhenti mengambil ubat penyakit mental pada masa lalu kerana kesan sampingan yang teruk.
Sekiranya anda menjalani pembedahan, termasuk pembedahan gigi, pastikan operasi orang itu tahu anda berada di Olanzapine.

 

KEHAMILAN DAN OLANZAPINE

Anda tidak boleh mengambil Olanzapine jika anda mengandung atau merancang untuk mengandung. Selain itu, anda tidak boleh menggunakan ubat ini jika anda sedang menyusukan anak.

 

KESAN-KESAN SAMPINGAN OLANZAPINE

KESAN-KESAN SAMPINGAN BIASA DAN SERIUS OLANZAPINE

Tanda-tanda biasa mungkin termasuk keresahan, kemurungan, mengantuk, pening, lemah, kesukaran berjalan, atau tingkah laku yang luar biasa. Jika mana-mana masalah-masalah ini menjadi teruk atau tidak hilang, beritahu doktor anda.
Juga beritahu doktor anda jika mana-mana syarat-syarat ini menjadi lebih buruk atau berterusan:
  • Sakit di bahagian lengan, kaki, belakang, atau sendi
  • pembesaran payudara atau pelepasan
  • tempoh haid lewat atau terlepas
  • keupayaan seksual menurun
  • Masalah jatuh / tinggal tidur
  • sembelit
  • penambahan berat badan
  • Mulut kering
Jika anda mengalami tanda-tanda berikut, hubungi doktor anda dengan segera:
  • sawan
  • Perubahan dalam penglihatan
  • otot yang sangat sengit
  • Bengkak di lengan, tangan, kaki, pergelangan kaki, atau kaki yang lebih rendah
  • pergerakan luar biasa pada muka atau badan yang anda tidak dapat mengawal anda
Juga, hubungi doktor anda jika anda mempunyai sakit tekak, demam, menggigil, atau tanda-tanda jangkitan, atau jika anda mengalami peluh berlebihan atau denyutan jantung yang cepat / tidak teratur, ruam / gatal-gatal, dan kesukaran menelan atau bernafas.


OLANZAPINE DAN INTERAKSI LAIN

Semasa menggunakan Olanzapine ia adalah penting bahawa anda minum air yang banyak setiap hari.
Olanzapine boleh membuat anda mengantuk, jadi jangan memandu kereta atau mengendalikan mesin sehingga anda tahu bagaimana ia memberi kesan kepada anda.
Selain itu, anda tidak perlu minum alkohol semasa mengambil ubat ini, kerana ia boleh menambah mengantuk yang telah disebabkan oleh Olanzapine.
Ia juga penting untuk membolehkan doktor anda jika anda menggunakan produk tembakau kerana menghisap rokok mungkin mengurangkan keberkesanan Olanzapine ini.

 

OLANZAPINE DOS

Olanzapine dan generiknya, olanzapine, boleh didapati dalam tablet (2.5 miligram (mg), 5 mg, 7.5 mg, 10 mg, 15 mg dan 20 mg) dan tablet berpecah belah (5 mg, 10 mg, 15 mg, 20 mg ) yang larut di dalam mulut. Terdapat juga suntikan pelepasan segera yang datang dalam 10 botol mg.
Olanzapine boleh diambil dengan perut kosong; makanan tidak mempunyai kesan yang besar ke atas cara kerja ubat. Ambil tablet atau berpecah belah tablet sekali sehari, pada masa yang sama setiap hari supaya anda ingat.
Ambil Olanzapine seperti yang ditetapkan. Jika anda mengambil tablet yang berpecah belah, pastikan tangan anda kering dan kemudian mengupas kembali pembungkusan foil, meletakkan pil terus ke dalam mulut anda. Jangan cuba untuk menolak pil melalui foil. tablet ini akan larut dengan cepat dan tidak memerlukan anda untuk minum cecair.

 

OLANZAPINE OVERDOSE

Adalah penting bahawa anda tidak melebihi dos yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, jika anda percaya anda atau orang lain mungkin telah menggunakan terlebih, hubungi doktor anda dengan segera, hubungi 911 atau pergi ke bilik kecemasan terdekat. Gejala berlebihan Olanzapine termasuk:
  • mengantuk
  • pergolakan
  • denyutan jantung yang cepat
  • Percakapan yang tidak jelas
  • pergerakan tiba-tiba yang anda tidak dapat mengawal
  • Kehilangan kesedaran

 

TERLEPAS DOS OLANZAPINE

Jika anda terlepas satu dos, ambil ia sebaik sahaja anda ingat. Jika ia hampir masa untuk dos seterusnya, abaikan satu yang tidak dijawab dan meneruskan jadual dos biasa anda. Jangan sekali-kali “menggandakan” dan mengambil lebih daripada satu dos pada satu masa.

Sekian, wasalam

6 tahun 2 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi
Oleh kerana dah lama x update blog, so hari ni update banyak sikit
Kerja da siap so bolehlah update blog
Hari ni nak cerita pasal genap 6 tahun 2 bulan perkahwinanku
10.7.2011 hingga 10.9.2017
Semoga hidup susah fasa pertama ni berakhir dengan cepat, amin....
Sekian, wasalam

4 tahun 3 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ni nak cerita pasal anak pertamaku
Dah lama x update blog ni
Tahun ni xde mood sejak abah dan adik meninggal tahun ni
Anakku Muhammad Haikal Hakimi Bin Mohd Azlan
Genap 4 tahun 3 bulan
9-6-2013 hingga 9-9-2017
Semoga sentiasa sihat ceria panjang umur murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, amin...
Masih pakai pampers di waktu malam sahaja
Tu pun kadang2 lupa pakai habis tilam semua dah bau kencing
Kene beli tilam baru lg ni....hmm
Sekian, wasalam


Thursday 10 August 2017

kubur abah dan adik


Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni khamis zikir khamis subhanallah 1000 kali
Hari ni nak cerita pasal kubur abah dan adik no.3
Rindunyer kat mereka
Kalau dekat boleh melawat hari2
Sedih betul sebab duduk jauh ni
Minta tukar perak tak dapat2
Dah 4 tahun dah ni
Mohon tukar setiap 2 tahun
Tahun depan genap 2 tahun
Mohon tukar lagi
Kesian rumah perak xde sape duduk
Lagi kesian kubur abah dan adik xde sape jaga
Doakan kami dapat tukar perak dengan cepat, amin...
Sekian wasalam


Tuesday 25 July 2017

besday haikal dan hadirah 2017





Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal besday haikal dan hadirah
Buat kat taska JANM
Taska Narizan
Baru dapat buat pada 25.7.2017
Bulan jun puasa dan taska cuti raya
So hari ni baru dapat buat
Semoga anak2 ibu sentiasa sihat ceria panjang umur murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, amin...
Sekian, wasalam

raya 2017


Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal raya opis kastam 2017
Baru hari ni dapat upload
Hp problem tak dapat upload gambar...huhu
Gambar raya family tahun ni tiada
So gambar raya opis jela
Rindu abah dan pian
Sekian, wasalam

wedding sepupu


Assalammulaikum dan selamat petang semua
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ni nak cerita pasal wedding sepupu
Anak abah alang yang ke3
Wedding Ammar pada 7.5.2017
Lama dah ni baru boleh upload
7-5-2017 kenangan bersama arwah adik no.3 pian
Isteri pian selamat bersalin normal pada 10.07.2017
Berat baby 4.1, baby boy
Muhammad Zaidan Eiman Bin Mohd Sofian
Semoga membesar dengan sihat serta berjaya di dunia dan akhirat, aminn
Rindu sangat kat kamu adikku
Jumpa di syurga nanti
Sekian, wasalam

Friday 14 July 2017

genap 2 tahun


Assalammualaikum dan selamat petang
Hari ni khamis zikir khamis subhanallah 1000kali
Hari ni nak cerita pasal anak kedua aku
Genap 2 tahun
29-6-2015 hingga 29-6-2017
Baru la ni dapat update
Alhamdulillah tak perlu pergi hospital dan klinik lagi
Keputusan semua ok dah
Semoga anak ibu sentiasa sihat, ceria, panjang umur, murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, amin...
Ibu sayang anak2 ibu walaupun ibu hari2 jadi singa betina
Sekian, wasalam

Thursday 13 July 2017

raya tanpa abah dan adik

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal raya tahun 2017
Tahun ni sedih banyak kematian
Tiada lagi gambar raya satu family
Rindu kat abah dan adik
Aku tak sambut sangat raya tahun ni
Seperti biasa tak cuti raya
Raya ke3 dah kerja
Sama setiap tahun
Dah 9 tahun kerja kerajaan
Tak pernah cuti raya
Nak cuti raya pun tak seronok
Baik tak payah cuti lansung
Rasa menyesal pulak tak gambar banyak2 dengan arwah
Tak tahu pulak abah dan adik pergi awal
Dapat cuti lama bila cuti bersalin setiap kali bersalin masa time nak raya
Last bergambar ramai2 tahun 2015 seperti gambar di atas
Masa tu aku dalam pantang 17hari
Gigih jugaklah bergambar sakan masa raya
Abah dan pian...tunggu kakngah ye
Kakngah nak ikut korang....
Kakngah tak suka hidup lama2 kat dunia ni
Dunia tak penting...yang penting akhirat kekal abadi....
Tunggu kakngah ye....
Sayang korang semua.....

Monday 10 July 2017

genap 6 tahun

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini isnin zikir isnin Laahaulawalakuataillahbillahhilalihilazim 1000kali
Hari ni genap 6 tahun perkahwinanku
10.7.2011 hingga 10.7.2017
Semoga fasa pertama hidup susah ni berakhir dengan cepat
Semoga perkahwinan kami hingga ke syurga, amin....
Genap 6 tahun meminjam duit setiap bulan
Walaupun dah naik pangkat gaji naik masih tak cukup setiap bulan
Sabarjelah....
Sekian, wasalam

Friday 16 June 2017

besday haikal



Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ni nak cerita pasal besday haikal
Sepatutnya sambut 9.6.2017 ~ tarikh lahir
Sambut di melaka lewat sikit pada isnin malam 12.6.2017
Semoga anak ibu sentiasa sihat ceria panjang umur murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, amin...
Ibu sayang anak2 ibu....
Sekian, wasalam

Thursday 15 June 2017

abah 100hari, adik 14hari dah

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal kematian ayah dan adik tersayang pada 5.3.2017 dan 1.6.2017
Belum cukup 100hari abah meninggalkan kami, adik no.3 pula meninggalkan kami
Dia accident motor semasa hendak pergi kerja petang pada 30.05.2017
31.5.2017 operate kaki kanan tetapi jantung tak berfungsi semasa operation dijalankan
Meninggal pada 1.6.2017 pada 1.00am
Sebab kematian di sijil masih pending lab investigation
Doktor ada bagitahu yg saluran darah tersumbat, tapi masih perlukan hitam putih yg mengatakan mati sebab ape, adikku umur 30 tahun
Tiada merokok, tiada sakit apa2, tetiba je jantung berhenti
Terasa ralat dan tak puas hati
Memang tak boleh terima kematiannya
Sedih sangat2
Kakngah sayang sangat kat kamu dik....
Rindu sangat2 kat kamu, pian
Jumpa di syurga ye adikku
Sekian, wasalam

5 tahun 11 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini khamis zikir khamis subhanallah 1000kali
Hari ni nak cerita pasal genap 5 tahun 11 bulan perkahwinanku
10-7-2011 hingga 10-6-2017
Semoga fasa pertama hidup susah ni berakhir dengan cepat,amin...
Semoga perkahwinan kami hingga ke jannah, aminn
Semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa, aminn
Sekian, wasalam

Tuesday 13 June 2017

setahun 5 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ni nak cerita pasal genap setahun 5 bulan buat blog ni
13-1-2016 hingga 13-6-2017
Setakat ni yg baca blog ni 51,537 org dah
Alhamdulillah....
Tapi duit nuffnang masih rm2.75 jer tak naik2
Sedih i....huhu
Rajin2 lah clik iklan atas bawah kat blog i tu,,,,huhu
Sekian, wasalam

Friday 9 June 2017

genap 4 tahun

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal anak sulung aku
Muhammad Haikal Hakimi Bin Mohd Azlan
09-06-2011 hingga 09-06-2017
Genap 4 tahun anak ibu ni
Happy Birthday sayang ibu
Masih pakai pampers
Kadang2 je x pakai
Kat sekolah tak pakai dah
Dia malas nak g toilet tu yg pakai pampers lagi
Ikut perangai sape ler tu....
Checkup 4 tahun 13.6.2017 nanti
Semoga semuanya ok, amin....
Semoga anak ibu ni sentiasa sihat ceria panjang umur murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Sekian, wasalam

Wednesday 31 May 2017

setahun sebelas bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini rabu zikir rabu astaufirullahhalhazim 1000kali
Hari ni nak cerita pasal anak kedua aku
Nur Azalia hadirah Binti Mohd Azlan
Setahun 11 bulan
29-6-2015 hingga 29-5-2017
Semalam appoitment hospital keputusan darah semua ok dah
Alhamdulillah, lepas ni tak payah pergi hospital lagi
Tak perlu amik darah lagi
Alhamdulillah semua dah ok dah
Lega dah....lepas ni timeslip hospital dah kurang dah.....
Sekian, wasalam

Saturday 13 May 2017

setahun 4 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni isnin zikir isnin Laahaulawalakuataillahbillahilalilhilazim 1000kali
Hari ini nak cerita pasal genap setahun 4 bulan buat blog ni
13-1-2016 hingga 13-5-2017
Setakat ni 50,157 orang yg baca blog ni
Duit nufnang masih rm2.27 lagi
Terima kasih sebab baca blog saya hari2
Sekian , wasalam

Wednesday 10 May 2017

5 tahun 10 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal genap 5 tahun 10 bulan perkahwinanku
10.7.2011 hingga 10.5.2017
Semoga kekal hingga ke jannah, amin...
Tak sabar nak tunggu fasa pertama hidup susah ni berakhir
Semoga tabah menghadapi hari2 yg mendatang, amin....
Sekian, wasalam

Tuesday 2 May 2017

Labuan 29.4.17-1.5.17








Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal pergi Labuan Sabah pada 29.4.2017 sampai 1.5.2017
3Hari 2Malam di rumah transit persekutuan kerajaan Labuan
Rm70 semalam booking awal 6 bulan
Sewa sebab nak naik kapal terbang jer sebenarnya
Ini kali pertama dan terakhir
Macam2 dugaan
Tak pergi tempat2 menarik
Setakat pergi shoping je
Sewa kereta rm60 selama 3hari, rm120 sahaja
Geram sebab invoice original aku dia amik tak pulangkan
Aje yg geram...tu aku punya salinan
Sampai2 aircond rosak, tv rosak
Macam2 hal, mula2 salah rumah
Sabarjelah.....
Sekian, wasalam

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...