Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini jumaat zikir jumaat Ya Allah 1000 kali
Hari ni nak cerita pasal ape itu skizofrenia
Penyakit aku sejak 21.08.2006 lagi
Bagi yg x paham tu sila baca dan pahamkan
Letih dengan orang2 sekeliling yang x paham2 lagi keadaan aku ni
Penyakit skizofrenia seringkali menyebabkan pesakit berubah sikap
dan seolah-olah menjadi insan lain yang tidak dikenali oleh keluarga.
Ada juga pesakit yang sangat berjaya dalam bidang akademik, kerjaya dan
perniagaan sebelum mendapat penyakit ini namun, segala-segalanya
berubah setelah tidak dapat mengawal skizofrenia.
Ramai daripada mereka yang menghidap penyakit ini diganggu oleh
makhluk halus sehingga menyebabkan mereka menderita selain mengalami
kemurungan gara-gara bisikan-bisikan yang didengari sehinggakan mereka
sudah menjadi tidak siuman.
Apa itu skizofrenia
Skizofrenia adalah salah satu penyakit mental yang sangat serius dan
memberi kesan berpanjangan kepada pesakit dan keluarga. Skizo
bermaksud retak dan frenia pula bermakna jiwa. Maka, pesakit skizofrenia
ialah seseorang yang mengalami keretakan jiwa.
Pesakit akan mengalami perubahan personaliti yang berterusan dan
kegagalan dalam interaksi bersama dunia di sekeliling mereka. Mereka
akan mempunyai pola pemikiran, sikap dan bahasa komunikasi yang tidak
teratur dan sukar untuk difahami. Malah, mereka turut akan kelihatan
hidup tanpa sebarang emosi di dalam diri.
Di dalam dunia perubatan, skizofrenia sudah diiktiraf sebagai penyakit mental yang sangat serius.
Lelaki dan wanita sama-sama boleh diserang skizofrenia tetapi bagi
lelaki, skizofrenia selalunya berlaku di usia hujung remaja atau awal
20-an. Manakala bagi wanita pula, skizofrenia selalunya dikesan apabila
berumur 20-an hingga awal 30-an.
Tanda-tanda awal skizofrenia
Di peringkat awal, pesakit akan kelihatan keliru dengan
sekelilingnya dan kerapkali berubah perangai secara mengejut. Mereka
akan mengadu mendengar bisikan-bisikan yang tidak didengari oleh orang
lain dan kadangkala yakin bahawa orang lain boleh membaca dan mengawal
fikiran mereka. Apa yang lebih membimbangkan apabila pesakit mula yakin
ada orang yang mahu mencederakannya.
Pesakit skizofrenia boleh mengalami episod psikosis iaitu keadaan mental terganggu dan mengalami halusinasi.
Malah, pesakit turut boleh mengalami delusi atau keyakinan terhadap
khayalan sendiri akibat kegagalan membezakan dunia sebenar dengan
dunia khayalan yang terbit daripada gangguan skizofrenia.
Punca skizofrenia
Kajian menunjukkan risiko untuk mendapat skizofrenia adalah lebih
tinggi jika seseorang itu mempunyai ahli keluarga terdekat yang
menghidap skizofrenia.
Rawatan moden
Rawatan moden untuk pesakit skizofrenia melibatkan ubat-ubatan
anti-psikosis, kaunseling, rehabilitasi dan sokongan sosial serta
keluarga. Setiap aspek rawatan tersebut adalah penting kerana tiada satu
ubat moden yang boleh benar-benar menyembuhkan penyakit skizofrenia
ini. Ubat anti-psikosis untuk pesakit skizorenia hanya boleh merawat
simptom-simptom teruk skizofrenia seperti halusinasi dan paranoia.
Skizofrenia dan Gangguan
Makhluk halus suka mengganggu lima deria utama manusia iaitu
penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan. Maka, jin-jin dari
masa ke masa akan menyebabkan ilusi di mata manusia akan khayalan yang
tidak wujud seperti bayangan makhluk yang menakutkan di dalam rumah.
Ditambah pula dengan bau-bauan wangi atau busuk yang hanya boleh
disedari oleh mereka yang diganggu oleh jin tersebut. Ada pesakit yang
merasai seolah-olah ada serangga atau semut yang merayap di tubuh.
Tidak cukup dengan itu, jin-jin juga boleh membisik ke telinga
manusia dengan kata-kata yang hanya boleh didengari oleh mereka yang
diganggu. Dalam kes-kes gangguan yang teruk, ada pesakit kami sangat
yakin bahawa ilusi tersebut adalah benar dan makhluk yang dilihat oleh
mereka adalah insan yang betul-betul wujud dan boleh berkomunikasi
dengan mereka.
Bisikan-bisikan halus itu dilakukan oleh sejenis jin yang bernama
al-Maraddah yang membisikkan perkara bukan-bukan supaya timbul
kecelaruan di dalam hati sehingga boleh mempengaruhi pemikiran dan akal.
Di dalam surah An-Nas, ayat 1 hingga 6, Allah SWT berfirman;
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah)
Pemelihara sekalian manusia yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang
berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan bisikan syaitan
yang bersembunyi, yang membisikan kejahatan dan hasutannya ke dalam hati
manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Terdapat satu kes gangguan yang menarik terjadi kepada seorang gadis
yang hadir ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah bersama ibubapanya.
Pesakit yang dalam lingkungan awal 20-an kelihatan normal namun dia
sudah lama tidak mahu keluar rumah dan suka menyendiri di dalam bilik.
Alasannya ada kamera yang mengekori setiap kali dia keluar rumah. Dia
juga sering dilihat seolah-olah bercakap dengan seseorang dan
marah-marah apabila orang mengatakan tiada siapa di sebelahnya.
Rawatan al-Quran
Justeru setiap pesakit skizofrenia yang datang berubat akan diperiksa
terlebih dahulu jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus. Perawat
Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan membuang gangguan tersebut sekiranya
ada dan seterusnya memberikan ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan
disertai doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat
tersebut adalah:
1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
2. Surah Al-Baqarah ayat 244 hingga 255
3. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
4. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
Pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar tiga
kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Baqarah tiga kali
pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama
tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu
memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.
Selepas tiga minggu, pesakit dikehendaki membaca surah-surah yang
berikutnya pula. Pesakit haruslah ingat bahawa penyembuhan hanyalah
dengan izin daripada Allah. Oleh itu, janganlah berputus asa dan
sentiasalah berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12,
Allah berfirman;
"
.dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
Penutup
Skizofrenia tidak hanya menjejaskan pesakit tetapi turut memberi
kesan yang berpanjangan kepada keluarga. Maka, rawatan skizofrenia
tidak boleh hanya bergantung kepada ubat-ubatan tetapi harus ditambah
dengan sokongan orang sekeliling si pesakit tersebut.
Ahli keluarga dan rakan-rakan harus membantu dengan menunjukkan
sokongan supaya pesakit tahu mereka tidak berseorangan di dalam
perjuangan melawan penyakit skizofrenia ini. Biar pesakit tahu walaupun
mereka berkelakuan pelik dan tidak rasional, masih ada insan yang mahu
bersama mereka dan faham itu bukan personaliti sebenar si pesakit.
Kita juga harus ingat bahawa pesakit skizofrenia tidak tahu dan tidak
sedar yang mereka sudah mula berkelakuan pelik dan membuat pelbagai
pertimbangan yang tidak rasional. Maka, di sinilah pentingnya peranan
yang harus diambil oleh ahli keluarga dan sahabat yang banyak
menghabiskan masa bersama-sama pesakit.
Ahli keluarga harus proaktif dan berani membantu pesakit dan jangan
pula akibat perangai pelik pesakit, maka ahli keluarga menjauhkan diri.
Ingatlah akan firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 139:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih
hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu
orang yang beriman."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
susah tidur malam
Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera.... Da 4 tahun x tulis blog ni....Ade ke yg rindu...huhuhu....sekarang jam 1pagi still mata x boleh ti...
-
Assalammualaikum dan selamat pagi Hari ni nak cerita pasal ubat sakit mental aku Dari 2008 hingga 2017, start 2017 amik injection pulak ...
-
Assalammualaikum dan selamat pagi semua Doa hari ini doa selepas solat untuk semua Selamat beramal, sekian, wasalam
-
Assalammualaikum dan selamat pagi semua Doa hari ini surah al-fatihah Selamat beramal Hari ini rabu 12-10-2016 Zikir hari ini astaufir...
No comments:
Post a Comment