Thursday 31 March 2016

25hari

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal 25hari ganti puasa sebab bersalin masa tengah bulan puasa
Start puasa bulan 12 dan bulan 3 baru habis ganti....huhu
Jenuh tau 4 bulan baru habis.....
Hari ni hari ke25 puasa ganti...
Di samping dapat pahala puasa sunat sekali...
Niat puasa ganti, tapi dapat dua2 sekali...
Puasa setiap isnin dan khamis....
Lepas ni nak puasa bulan rejab pulak...
Jom ramai2 kumpul pahala dengan puasa....
Puasa ni macam2 kelebihan....
Salah satunya dapat jimat beras kat rumah...hahaha....
Ok sekian untuk hari ni
Take care, wasalam....

Wednesday 30 March 2016

APC dunia atau akhirat

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal APC
Ape itu APC? APC ialah anugerah Pekerja Cemerlang/ Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
APC akan dapat setiap tahun berkhidmat dengan kerajaan
APC dapat bila markah SKT anda tinggi
Aku dah bekerja 8 tahun ~ 2008-2016 masih belum pernah dapat APC ni
Takperlah, bukan rezeki aku lagi...
Lagi pun aku bekerja 3 tempat, cukup 3 tahun pindah tukar tempat baru
So macam mana nak layak dapat APC
2008-2012 kat kementerian pelajaran
2012-2015 kat kementerian dalam negeri
2015 hingga sekarang kementerian kewangan (KASTAM)
So memang tak merasalah APC ni....
Tapi tak pe....yg penting aku bukan kaki bodek bos2 besar utk dapat APC
Biasanya yg rapat dgn semua bos2 senang dapat banyak kali
Ade tempat ikut giliran nak dapat APC tu
Aku bukan jenis macam tu
Aku suka buat kerja aku
Aku tak suka buang masa borak2 xde buat kerja
Aku tak kisah markah SKT aku tak tinggi setiap tahun....
Kat dunia manusia yg nilai
Yang penting APC di akhirat nanti
So tunggujelah nanti
Sekian untuk hari ni
Take care wasalam....

Tuesday 29 March 2016

Sayang awak 200%



Assalammualaikum dan selamat tengahari semua
Hari ni nak cerita pasal program opis kastam buat sayang awak 200%
Kita cabut undi nama, dan kita tak tahu sape yg bagi hadiah
Terima kasih kepada yg memberi hadiah kepada saya....
Alhamdulillah....
Dapat 3 barang, buku masakan, keronsang tudung dan alat zikir 1000kali
So sayang awak 300% ~ 3 barang
Program ni start Mac 2016
Saya dapat pada 29-3-2016
Huhu, risau jadi orang yg terakhir yg dapat hadiah...
So kiranya ade lagi yg tak dapat.....
Yang last tu special kata mereka.....
Sekian utk hari ni
Take care, wasalam....

genap 9 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua....
Hari nak cerita pasal anak kedua kami
Nur Azalia Hadirah Binti Mohd Azlan
Alhamdulillah dan genap 9 bulan hari ni 29-6-2015 ~ 29-3-2016
Berat, tinggi dan kepala tidak memuaskan....
Seperti setiap bulan, BMI kuning dan merah sentiasa
Berat tidak naik, tapi tinggi/panjang naik banyak...
So berat tidak teli dengan ketinggian...
Sebab tu BMI kuning dan merah setiap bulan....
Bayangkan setiap bulan naik 4cm tingginya....
Berat badan x naik2....6.4kg dan sekarang 6.5kg....
Naik 0.1kg jer????
Takpelah...janji kamu sihat.....
Kene refer pakar makanan sebab berat badan pada 27-4-2016 nanti....
Keputusan darah 4-4-2016 nanti....
Semoga keputusan ok nanti
Semoga anak2 ibu sentiasa sihat ceria panjang umur murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, amin
Sekian utk hari ni
take care wasalam...

Monday 28 March 2016

melawat arnab








Assalammualaikum dan selamat pagi semua...
Hari ni nak cerita pasal bawak anak2 pegi tengok arnab...
Kene bayar rm5 bagi seorang....
So haikal dan ibu jer yang pergi tengok arnab...
Cian adik hadirah tengok dari luar jer....
Taman arnab ni ade masa bila ade pasar malam or event malam2 kat presint 3 putrajaya....
Mulanya nak naik belon panas....last2 tak dapat naik belon panas dapat tengok jer dari jauh....
ramai sangat sebab tu tak dapat naik....
Sekian....

askrim homemade :)


Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal buat aiskrim sendiri....
Anak sulung suka sangat makan askrim so terpaksalah buat askrim sendiri
Kalau hari2 beli bankruplah ibu kamu...
So beli air kotak, beli puding dan guna plastik yg ade kat rumah ikat dgn getah
Senang jer....
first air kotak ducthlady perisa strawberry
Second puding or sumi satu paket, amik dlm 3 ketul je utk satu plastik
Masukkan dalam peti ais, simpan or bekukan dalam masa 24jam....
Gambar seperti di atas....
ok, sekian utk hari ni...
Selamat mencuba
take care, wasalam

 yg ni perisa soya :)

Friday 25 March 2016

stik ikan

STIK IKAN

Bahan-bahan:
5 keping ikan tenggiri
1 Biji ubi kentang
3 Hirisan lobak merah
2 Batang kacang Snow peas
1 Ketul kecil Bunga kobis
1 Biji lada benggala hijau-untuk hiasan
1 Biji Lada Benggala Merah-untuk hiasan
1/2 Biji Buah Lemon
1 sudu minyak zaitun
2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 hirisan lemon
garam secukup rasa
daun parsly untuk hiasan

Cara Membuat:
# Bersihkan ikan dan di perap bersama dengan garam,lada putih dan perahan limon selama 15 minit.
# Kemudian panggang sehingga separuh masak, dan ketepikan
# Kupas kentang dan potong sayur sayuran. bersihkan dan kemudian rebus separuh masak bersama sedikit garam dan setitik mentega. Bilas dengan air dan ketepikan.
# Ambil kentang yang telah direbus tadi, dan tumis bersama bawang putih dan sedikit garam.
# Untuk kuah, kisar lada benggala bersama sedikit minyak zaitun dan sedikit perahan lemon dan garam
# Tumis dengan sedikit minyak zaitun dan campurkan susu cair dan biarkan masak atau kuah menjadi pekat.
# Tuang diatas ikan yang telah dipanggang tadi dan siap untuk di hidangkan...

Thursday 24 March 2016

7 tahun jer

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal genap 7 tahun jer pergi kursus kat sabak bernam
Insitut perakaunan negara -IPN
Dulu tiap2 tahun pegi kursus kat IPN ni....
Sekarang start tahun 2016 dah tak pergi dah...
Sebab susah anak2 dah ade dua ni susah sikit...
Dan kerja ku hari2 susah nak pergi kursus jauh2....
So start 2016 aku pegi kursus yang dekat2 jerlah....
Sedih....
Best pegi IPN tiap tahun....
Kenangan 2008-2015 di dalam ingatan....
Ape yg best tentang IPN ni...
Macam2....
Makan mee udang. kuew tiau udang dan lain2...
Semua kursus best2 kat IPN ni...
Rugi korang tak pergi....
Aku cukuplah 7 tahun jer setiap tahun....
Sekian utk hari ni
Wasalam....

Wednesday 23 March 2016

sebulan dah....

Assalammualaikum dan selamat pagi semua....
Hari ni nak cerita pasal dah sebulan dah staff unit terimaan naik pangkat dan tempatnya belum ade pengganti....cian kak azi menanggung kerja w17 tu....
Kak izza naik pangkat w17 ke w22 setelah 13tahun berkhidmat dengan kerajaan....
Kak azi pun sepatutnya da 13tahun tapi ade cuti jaga anak so tolak 2 tahun....
Aku ni baru 8 tahun kerja lambat lagi nak tunggu naik pangkat....
Kan best kerja masa SPM mesti dah naik pangkat lama dah....
Penat weh belajar tinggi2 tapi kerja SPM jer....
Cian kami2 ni....huhu
Nak bagitahu pasal kerja kak izza ni banyak weh....
Aku pun tolonglah sikit2....
Kami ade 2 jer staff selain bos dan cc....
Cian kami tau...kekurangan staff....
Bila staff baru nak mai....iskh2....
Biasa tido makan pam susu tido makan pam susu hari2...
Dulu pam 4 kali, sekarang pam 2 kali jer....
Buzy kerja banyak....
Dulu asyik tido tengok citer best2....
Sekarang tak sempat dah....asyik kerja-kerja dan kerja....
Stress pulak rasanya....
Tapi kak azi lg stress....
Sekian utk hari ni
take care, wasalam....

Tuesday 22 March 2016

tugas suami

Assalammualaikum dan selamat pagi semua....

Hari ni nak cerita pasal tugas suami
Sebenarnya, segala urusan hal-ehwal rumahtangga pada asalnya terletak di bahu suami.
Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
  • Menjaga anak
  • Menyediakan makan-minum isteri
  • Mengurus segala keperluan rumahtangga
  • Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
  • Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagainya. 
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.

Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.

Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’

Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.

Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.
Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.

Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.
Ok, sekian sahaja perkongsian saya buat kali ini.

Semoga suami-suami di luar sana mula sedar akan perkara ini. "

kerap sakit

Assalammualaikum dan selamat pagi semua.....
Hari ni nak cerita pasal anak2 yg kerap sakit....
Al maklumlah hantar ke taska hari2, so anak2 pun sakit hari2...
Demam batuk selsema....
Ibu dahlah tak boleh kalau tak cukup tido....
Ibu skizo kene tido dan rehat yg cukup....
Anak2 pulak kerap sakit....
Stress ibu hari2...
Cian kamu dua beradik, hari2 ibu marah pukul maki setiap hari....
Ibu tak cukup rehat, penat bekerja, balik rumah uruskan umah pulak....
malam2 tak cukup tido pulak....
So maafkan ibu....
Ibu cuba jadi ibu yg baik...
tapi penyakit ibu tak boleh nak jaga kamu dua beradik dgn baik....
Maafkan ibu syg.....
Sekian utk hari ni
take care, wasalam...


Monday 21 March 2016

menjahit....

Assalammualaikum dan selamat tengahari semua....
Hari ni nak cerita pasal menjahit....
Org yg menjahit ni kaya raya tau....
Beruntunglah sape dpt yg pandai menjahit.....
Umiku pandai sangat menjahit....jahit baju kurung, jubah, baju melayu, baju baby, jahit langsir dan semualah....
Beruntung org yg pandai menjahit ni....
Serbaboleh serba serbi....
Jeles i....
Kalau umi sihat tak sakit2 mesti dah buka kedai or butik pakaian, chewah....
Berangan jelah....
Umi pandai jahit sulam....semua tudung dia ubah suai bagi ade sulam2....
Baju2 kurungpun dia bagi ade sulam....
Umi ade banyak mesin jahit....mesin tepi jer ade 2, mesin jahit biasa jer ade 2, mesin sulam ade 1
Kan bagus anak2 umi pandai menjahit....
Malangnyer tak de sape yg mengikut jejak langkah umi....
Maafkan kami umi....
Menjahit ni kene ade minat dan rajin.....
mana tau cicit umi kot....
Umi menjahit ikut arwah atuk (lelaki) yg pandai menjahit baju melayu....
Uwan (nenek) tidak pandai menjahit, pandai buat kerepek jual pada pasar malam....
dulu masa kecik2 ikut uwan pegi berniaga di KL
huhu
sekian utk hari ni....
wasalam....

Gambar uwan dan Ummi :)
Baju skirt yg opah-ummiku jahit utk cucunya :)

genap 6 tahun

Assalammualaikum dan selamat pagi semua....
Hari ni nak cerita pasal genap 6 tahun aku mengenali suamiku, 16-3-2010 ~ 16-3-2016 (6tahun)
Hari ni baru berkesempatan nak cerita....
Mula2 kenal melalui kawan baikku amalina abdullah yg bagi no hp ku kpd dia
First time dpt msg drp dia pd 16-3-2010 ms tgh keje...terus off hp...haha....cian
keje ku byk malas nak layan hp2 ni.....bz n bz keje.....
Kami sms je mula2....pastu dia yg rajin col....aku xpernahlah nk col atau sms dulu
Dia yg selalu col atau sms dulu....
Mula2 aku selalu off hp sebab tak nak diganggu....
Aku tak suka couple2 ni...xsuka buang masa....
So aku malas nak layan....
Dia rajin col malam2....
Aku mmg tido off hp....cian....
Aku buzzy keje....sabtu ahad keje...hari2 life aku keje dan keje....
keje banyak weh....keje kt PTJ keje kt PPD ni mmg byk keje....(2008-2012)
Baru kenal melalui hp jer tak pernah jumpa pun....
Dia nak jumpa sebab nak serius tak mau main2....
So jumpalah buat kali pertama kat umah kaklong, org yg dia jumpa kali pertama adalah abah dan umi....
Dia cakap nak masuk minang, abah ok jer....
So tetaplah tarikh 10-12-2010 bertunang....
keje gila...xkenal sangatpun terus tunang....
Jumpa family dia dua kali jer....
Dah tunang buzzy nak kursus kahwinlah....dan persiapan kahwin.....tunang 6 bulan jer.....
Kawan baikku amalina cakap dia ok, so aku pun ok jela....
Walaupun dah 6 tahun kenal, aku masih tak mengenali suamiku betul2.....
Masih banyak benda yg perlu belajar dan memahami antara satu sama lain....
ok, sekian utk hari ni
take care semua, wasalam....

Friday 18 March 2016

Kualiti atau kuantiti ~ part 1

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal kualiti atau kuantiti
Ape tu? pasal anak lah...
My abah adik beradik 13 orang yang hidup 6 org jer, abah yg ke 8
My ummi adik beradik 13 orang yang hidup 10 org jer....umi yg ke no 4
Ramai yg meninggal sebab masa zaman dulu hidup susah xde duit nak g hospital dan hospital pun jauh....so banyak adik beradik meninggal masa kecik2....
My abah adik beradik kebanyakannya kerja kerajaan....kebanyakan dah pegi haji waktu muda
My ummi adik beradik kebanyakannya juga kerja kerajaan....yg di indonesia keje kerajaan indonesia...semuanya gaji besar2 alhamdulillah....
Arwah atuk dan nenek belah abah dan umi beruntung anak2 membesar dan menjadi insan yg berguna....susah nak jaga amanah Allah SWT ni....kalau jaga elok, maka eloklah acuannya....
Walaupun ade lah sorang yg tak berjaya dlm SPM tetapi kira beruntung adik beradik kaya-raya....
Yg kaya-raya tu boleh bantu yg miskin....
My abah kalau boleh nak anak ramai...tapi ape kan daya...my ummi selalu sakit.....so redha dan pasrah....kalau umi tak sakit mesti abah dah g haji lama dah dan kaya-raya di waktu muda....Abah byk habis duit pergi berubat umi....Abah syg umi sbb tu sanggup habis byk duit.....tapi sakit Allah SWT yg bagi...ade hikmahnya setiap ape yg berlaku....
My umi pulak kalau boleh nak anak seorang jer....umi syg kaklong....tu kaklong yg paling pandai xde sakit ape2, menjadi kebanggaan semua org....Kaklong straight A drp tadika sampailah university dan sampai anak2nya pun pandai2....
Dalam familyku, kiranya semua adik beradik pandai2 straight A dlm pelajaran dan pointer 3.5 ke atas kecuali aku seorang.....tak perlah...mesti ade seorang yg kurang bijak drp semuanya....
yang penting adik beradikku semua kerja tetap kerja kerajaan gaji besar2 kecuali aku cukup2 makan....walaupun aku kerja kerajaan, tapi aku hanyalah kuli jer....redha dan pasrah....mungkin takat tu jer rezekiku....terima seadanya.....

Nak cerita pasal kualiti atau kuantiti
yg mana best anak ramai atau anak yg sikit???

Kalau anak yg ramai menjadi alhamdulillah....
Kalau anak yg ramai tapi semua SPM tak lepas macam mana tu.....


 

Antara Kualiti Dan Kuantiti Anak, Ini Jawapan Sentap Seorang Doktor Buat Pesakitnya

 



A 48 years old female, came to me for her maternal check up. She has underlying Chronic Hypertension, poorly controlled and IGT (Impaired Glucose Tolerance – kira sipi-sipi lagi nak kena kencing manis.)
So boleh bayangkan tak? An advanced age mother, with underlying chronic disease came in with a pink book. Saya berdebar bila baca buku pink dia. It is a high risk pregnancy.
To make sure every information written on her book is correct, I’m asking the patient again.
“Ini kandungan ke 8? Betul ke? Pernah gugur tak?
“Ya, ini kandungan ke 8, tak pernah gugur.”
“Pernah makan pil perancang, ubat cucuk atau alat untuk perancang keluarga?”
“Tak pernah. Saya yakin. Anak itu rezeki.”
Dah kenapa nak rasa offended?
“Saya tak pernah kata anak itu bukan rezeki,” kata saya.
“Takde lah. Mana-mana doktor, memang suka kalau kita ini tidak beranak lagi. Kalau orang Melayu dan Islam tak ramai di muka bumi, siapa lagi?” katanya melenting.
Saya pun mulakan ceramah agama. Kenapa saya panggil ceramah agama dan bukan ceramah kesihatan? Sebab pesakit gunakan agama mempertahankan pendiriannya.
“Anak adalah rezeki tapi jangan lupa, rezeki adalah hadiah daripada Tuhan untuk kita. Kena ingat, anak juga adalah amanah, iaitu tanggungjawab kita kepada anak dan Tuhan.”
“Bila kita sentuh tentang amanah kepada anak, bukan asal pakai baju tetapi menyediakan pakaian yang bersih dan menutup aurat. Asal cukup makan tetapi memberikan makanan yang sihat dan halal begitu juga pendidikan yang baik.”
“Soalan yang akan saya tanya kepada puan, anak sulung puan, umur berapa?”
“18 tahun. Baru habis SPM.”
“Berapa keputusan SPM dia?”
“Teruk. Tak pandai mana.”
“Anak puan yang sulung tu, perempuan ke lelaki?”
“Perempuan, kenapa doktor?”
“Pakai tudung menutup dada?”
“Tak… kadang pakai, kadang tak.”
“Cukup solat 5 waktu dijaga?”
Si ibu termenung jauh.
“Kalau puan dah berusaha berikan pendidikan yang baik kepada anak, Alhamdulillah.”
“Kalau puan dan berusaha berikan pakaian yang baik dan menutup aurat kepada anak, Alhamdulillah.”
“Kalau puan dan berusaha menjaga solat anak puan, Alhamdulillah.”
“Sesungguhnya, Allah menilai usaha, bukan hasil.”
“Cuma kalau puan gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik, semoga Tuhan ampunkan dosa puan dan suami kerana lalai menjalankan amanah.”
“Rezeki yang dimiliki jika tidak diuruskan dengan baik, akan jadi mudharat kepada kita.”
Ibu tadi mengalirkan airmata. Habis tudung, hujung lengan baju dijadikan kain mengesat airmata.
Saya memegang bahu pesakit dan menghulurkan tisu.
Nasihat itu bukan semata-mata untuk pesakit tetapi diri sendiri juga.
Moga menjadi iktibar untuk semua.

Thursday 17 March 2016

solat

Assalammualaikum dan selamat pagi semua....
Hari ni hari khamis, puasa tak korang semua?jom puasa sunat isnin dan khamis....
Hari aku puasa hari ke21, tak sabar nak habis ganti...pastu masuk bulan rejab nak puasa bulan rejab....
Hari ni nak cerita pasal solat....
Aku suka solat berjemaah dgn suami, tapi malangnya da lama dah sejak ade anak ni da x solat berjemaah dah....
Aku suka kalau suami rajin g surau solat berjemaah....
Tak sabar nak tunggu bulan puasa....solat terawih penuh....puasa 6 syawal setiap tahun....
Seronok zaman kecik2 dulu dan remaja....
Selalu g surau dgn abah dan umi...
Rindu abah dan umi....
Kan best dapat ustaz yg rajin bg ceramah n solat n jd imam sebagai suamiku.....
huhu....tapi siapalah kita nak dapat suami yg rajin solat rajin jd imam rajin g masjid dan surau.....
berangan jelah....
k, sekian utk hari ni...
take care, wasalam....

p/s : semoga suamiku membimbing kami ke syurga, amin....

Wednesday 16 March 2016

wasiat


Assalammualaikum dan selamat petang semua...
Hari ni nak cerita pasal wasiat....
Semua da buat wasiat siap2?
Kene buat mana la tahu kan tiba2 maut menjemput....
Sekurang2nya da siap wasiat utk anak2 yg ditinggalkan....
Semua buku simpanan da siap2 tulis penama waris....
So ape2 hal terjadi waris ade bekalan....
Ibu da siap daftar haji untuk anak2 ibu masa anak2 ibu lahir....
So korang semua xperlu nak risau....
Ibu da siap2 daftar utk ptptn...
Senang nanti nak sambung belajar.....
Beruntung anak2 sekarang....
Semuanya telah disediakan....
Termasuklah ibu....
Sayang abah ke syurga.....mmuahh
Sekian untuk hari ni, take care,
Wasalam

Tuesday 15 March 2016

Kad sspn-i

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua
Hari ni nak cerita pasal kad ptptn untuk anak2
Kad tu kad sspn-i
Masa haikal lahir aku da daftar guna bank bsn kat presint 2, putrajaya
guna duit yg dapat masa dia lahir,yang baki tinggal rm557.00
Yang lain semua masuk tabung haji
So dapatlah kad dan penyata print kat website
Ingatkan dia pos penyata tiap tahun kat rumah
Rupanya kena print sendiri
Pasword da lupa so tak dapatlah nak print
Nak col Ptptn ni punyalah susah....
Aje yg geram....
So sape2 yg nak buat sspn-i buatlah sekarang, utk masa depan anak2 gak
Ok, sekian, take care, wasalam

suka menjadi ahli

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal suka menjadi ahli kad2 yang berbayar atau free
Saya suka membeli barang2 yg dapat point
Sebab rugi membeli kalau tak dapat ape2 point
Tak kisahlah point tu espired ke tidak
Janji setiap kali beli ape2 ade kad....haha
Kad aku banyak hilang weh...
Da banyak kali kene rompak...
Letih buat kad ahli banyak kali...
So dalam gambar ni jela yang tinggal....
Sebenarnya banyak lagi kad, tapi da kene rompak dan hilang tercicir kat mana....
Tak perlah xde rezeki...maybe ade hikmahnya nape hilang or kene rompak....
Kan bagus perompak tu pos kad2 ku ke rumah....huhu
So sekian untuk hari ni...
Take care semua, wasalam....

Monday 14 March 2016

genap 2 bulan

Assalammualaikum dan selamat tengahari semua
Hari ni nak cerita pasal blog ni
13-1-2016 start buat blog, 13-1-16 hingga 13-3-16 semalam genap 2 bulan dah
Alhamdulillah....setakat ni yg baca blog 3596 org dah...yg view sahaja dah 26ribu dah....
Tapi masih banyak yg perlu belajar dan diperbaiki lagi
Ingat nak pegi kursus blog design pada 12-3-2016 tapi dibatalkan kerana tidak mendapat sambutan
So tak dapatlah nak belajar macam mana nak buat blog dengan menarik
hmm...tak perlah....xde rezeki....
Minggu ni suami kerja siang, so memang tak boleh g kursus, susah dengan suami wajib keje setiap sabtu...susah nak pegi kenduri kahwin or g jalan2 or balik kampung yg lama....
menyampah....
so sekian utk hari ni....
take care semua, wasalam....

p/s : gambar di atas (wanita or isteri memang suka berleter, ade paham!!!)

Sakit hati

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal sabtu ahad yang lepas.....
Sepatutnya saya kursus blog design pada hari sabtu 12-3-2016 jam 9.00am-2.00pm
Tapi dibatalkan, still pergi sana nak amik sijil dan resit bagi kursus bahasa arab pada 21-2-2016 yang lepas, aje yg geram sijil dan resit boleh diambil waktu opis hours isnin-jumaat.
Sakit hati kita da tulis siap2 suruh pos ke rumah sebab kita jauh rugi minyak petrol sebab jarak putrajaya ke kolej komuniti hulu langat ni amatla jauh....
Sakit hati dan geram sangat...kata nak pos ke rumah, sampai sekarang tak dapat lagi sijil dan resit tu.....malas dah nak pegi kursus kat sini lagi...menyakitkan hati betul....
Dahlah sijil dapat lambat.....jauh pulak tu....
Disebabkan nak kurus 7 hari setahun utk skt punya pasal, saya amik kursus sabtu ahad sebab hari bekerja sibuk dan xde org nak backup kerja kalau cuti or g kursus....
Menyampah dan tak suka kerja kat putrajaya ni....
Mohon perak tak dapat2, aje yg geram....
Susah nak cuti or g kursus jauh2 sebab kerja aku hari2 kene buat sebab duit kerajaan masuk hari2.....
Menyampah......
Sepatutnya g kenduri kahwin sedara kat shah alam tapi suami keje setiap sabtu, sabtu lepas dia keje petang....so tak dapatlah g kenduri kahwin sedara kat shah alam
Ingat nak naik belon panas di waktu pagi or malam, tapi tak dapat, aje yg geram
Ahad tak dapat pegi mana2 sebab duit dah xde, lambat lagi nak tunggu gaji....
Anak pulak meragam demam panas....
So dua hari yg menyakitkan hati....
Sekian utk hari ni....
Wasalam...take care semua

Friday 11 March 2016

Tsubasa Chronicle

Synopsis

During an excavation at the mysterious ruins in Clow Country, Syaoran discovers his childhood friend Princess Sakura appear on the site with wings that disperse into many feathers. As the feather's disappear to different dimensions, so does Sakura's memory. In attempts to save Sakura's life and restore her memory, Syaoran travels through to another world to find a solution. There's only one thing left he can do. Travel through to different dimensions to collect Sakura's feathers. Helping out with the quest is Kurogane, an exiled ninja from Japan Country who wishes to return to his world, the runaway magician, Fay, who desires to jump between each world never to return to his own and the white meat-bun shaped creature, Mokona.

Assalammualaikum dan selamat tengahari semua....
Nak cerita pasal cerita karton lagi...sorry kali ni bahasa english, hihi
best citer ni....sedih, seronok, hepi ending, rugi tak tengok.... :)

naruto

Assalammualaikum dan selamat tengahari semua
Hari ni nak cerita pasal naruto
Cerita kegemaran saya daripada kecil lagi
Dulu rajin beli komik kreko utk baca cerita naruto
Pastu da x beli dah...x larat nak beli dah
Banyak sangat episodenya...
Kat tv3 setiap jumaat ade siarkan,
tapi tak tau nape dah xde dah...ade drama pulak, jumaat sabtu ahad, aje yg geram
cerita naruto tergantung....xtau ape endingnya....
geram dan sakit hati
bertahun2 tengok cerita tu xhabis2 lagi....
yg lagi geram kalau tv3 ulang balik episode yg lama2....
saya peminat anime, karton, animax dll
dulu astro umah abah ade semua channel karton dan animax
seronok dapat tengok cerita macam2
rindu zaman remaja....
masa kecik2 xdapat tengok
bila da dewasa baru dapat tengok....huhu
ok sekian, take care semua

redeem point melalui beli barang2 kat pasaraya

Assalammualaikum dan selamat pagi semua....
Hari ni nak cerita pasal redeem point melalui beli barang2 kat pasaraya
Saya ada macam2 kad, salah satunya kad aeon big dalam alamanda presint 16 dan kad meriah mydin kat presint 15
Saya selalu beli barang2 keperluan harian di kedua pasaraya ini
Saya suka kumpul point
Bila da banyak point, saya amik redeem dengan duit-baucer, 1000 point dapat rm5
Selalu saya redeem 2000 point dapat rm10.00 baucer duit
Setiap tahun dapat redeem duit dalam 2-3 kali
Setiap kali hari jadi saya pun dapat duit rm5.00 baucer duit.
Saya suka membeli barang2 yg dapat point ni...
Aeon pulak 1800 point dapat redeem rm9.00
So kad meriah mydin lagi cepat dapat redeem berbanding kad aeon alamanda ni
Nak jadi ahli kad aeon free, manakala mydin kene bayar rm12 setahun
Aeon tak ade tarikh luput, kad meriah mydin ade tarikh luput,
Tapi berbaloi lah jugak sebab kita dapat redeem banyak kali dan hari jadi dapat duit rm5.00 baucer tunai, so kira untunglah kan....
So selamat membeli belah korang semua....jangan beli tak dapat point, rugi jer....
Ok, sekian, take care semua
Wasalam
Gambar 1000point dapat rm5.00 baucar :)

gambar menunjukkan redeem point dapat tolak duit :)

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...