Monday 7 September 2020

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua,

Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan.....

Aripiprazole ialah ubat yang boleh digunakan untuk merawat psikosis dan juga menenangkan orang yang agresif atau terganggu fikiran akibat psikosis. Ia boleh diambil melalui mulut atau suntikan (intramuskular). Walau bagaimanapun, aripiprazole juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak menyenangkan seperti sakit kepala, sakit perut, dan tidur yang berlebihan atau mengantuk.

Ulasan ini mencari bukti daripada ujian rawak terkawal yang menilai keberkesanan aripiprazole intramuskular untuk orang yang terganggu fikiran dan agresif akibat menghidap psikosis.

Pencarian
Pakar Maklumat kumpulan Skizofrenia Cochrane menjalankan pencarian elektronik pada tahun 2014 dan 2017 untuk kajian yang merawakkan orang dewasa dengan keagresifan akibat psikosis untuk menerima sama ada suntikan aripiprazole atau suntikan plasebo (rawatan palsu) atau suntikan antipsikotik yang lain. Carian tersebut menemukan 63 rekod yang berkaitan, merujuk kepada 21 kajian. Penulis ulasan menyaring rekod ini untuk kemasukan dan pengecualian.

Keputusan utama
Hanya tiga kajian yang boleh dimasukkan. Bukti adalah terhad kerana bilangan kajian yang kecil dan kualiti data yang rendah dilaporkan. Orang yang menerima aripiprazole memerlukan lebih banyak suntikan untuk menjadi tenang berbanding mereka yang menerima plasebo atau haloperidol. Secara keseluruhannya, aripiprazole menyebabkan kesan buruk yang sama ke atas plasebo atau haloperidol. Berbanding olanzapine, aripiprazole adalah kurang berkesan untuk menenangkan orang tetapi boleh menyebabkan kurang tidur atau mengantuk

Kesimpulan
Beberapa bukti boleh didapati, tetapi adalah berkualiti rendah, dan sukar untuk membuat kesimpulan tentang keberkesanan aripiprazole dari data tersebut. Oleh itu, para profesional kesihatan dan orang dengan masalah kesihatan mental dibiarkan tanpa bimbingan yang jelas tentang penggunaan aripiprazole sebagai penenteram yang cepat. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk membantu orang mempertimbangkan ubat yang lebih baik untuk menenangkan orang, kurang kesan buruk, dan berfungsi dengan cepat dan pantas.

Sekian terima kasih

Thursday 27 August 2020

konvo pra sekolah si abang




 Assalammualaikum dan selamat petang semua

Gambar di atas ialah gambar konvo si abang anak sulung kami....

Gambar tahun 2019 baru sekarang nak upload.....

Disebabkan terlalu sibuk....

Ibu sayang abang....

Sekian, terima kasih.....

EGG - Scan kepala Azim



 Assalammualaikum dan selamat petang semua

Dah hampir dua tahun saya tidak update ape2 di blog ni...

Sejak ade anak tiga ni urusan sangatlah sibuk sehingga tiada masa untuk update blog.....

Hari ni nak cerita pasal anak bongsu kami, Muhammad Azim Hambali Bin Mohd Azlan.

Gambar di atas adalah gambar semasa buat egg di hospital kuala lumpur pada 8.11.2019

Buat egg sebab nak check sama ada ade sawan atau tidak....

Syukur alhamdulillah anak kami tiada sawan....

Semoga anak ibu membesar dengan sihat dan berjaya di dunia dan akhirat, amin....

Sekian, terima kasih....

Wednesday 14 August 2019

Azim - anak yg terakhir

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Lama x update blog al maklumla cuti bersalin dan cuti menjaga anak tanpa gaji dan bz dgn kerja...
Baru hari ni dapat update blog...
Doa mati bersalin x dapat jugak...
Dah 3 kali beranak 3 kali doa mati bersalin x dapat2 jugak....
Sekarang ade tyroid pulak...harap mati dpt kanser pulak...
Nak cerita pasal azim anak ketiga kami
Anak yg terakhir sebab ibu dah ikat dah...x boleh ade anak ramai....
Muhammad Azim Hambali Bin Mohd Azlan
Nama macam biasa semua anak2 ibu, ibu yg bagi nama
Lahir 08.02.2019-08.08.2019 genap 6 bulan anak ibu...
Macam2 dugaan dan ujian sepanjang mengandung dan bersalin
BP tinggi dan emergency czer masa 36 minggu
Masuk wad hospital banyak kali dalam tahun ni
Meroyan macam biasa tiap kali bersalin....
Doa ibu semoga anak2 ibu sentiasa sihat....biar ibu jer sorang yg sakit macam2....
Sakit itu penghapus dosa...
Ibu lebih suka mati awal daripada hidup lama kat dunia ni
Dunia x penting, yg penting akhirat....
Sekian terima kasih...
                                                                    hari pertama
                                                                             3 bulan








                                                                dengan sepupu
                                                                         5 bulan

Tuesday 22 January 2019

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...