Tuesday 30 August 2016

merdeka

Assalammulaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal merdeka
Esok cuti, so post awai sehari
Esok cuti tak tahu nak pergi mana
Aku lagi suka keje, pam susu dll
Pasal merdeka ni, aku bersyukur lahir kat malaysia
Tapi aku lagi suka lahir kat mekah dan madinah, sebab tu tempat yg dajjal takkan masuk
Merdeka dalam hidup aku? belum lagi
Hutang banyak sekeliling pinggang
So belum merdeka lagi
Rumah beli sendiri pun tiada lagi
Menyewa dengan kerajaan sampai bila2
Tak mampu nak beli rumah
Gaji tak cukup sebab bayar banyak hutang
Kalau aku bujang rasanya dah mampu dah beli rumah sendiri
So berangan jela sampai bila2
Aku tak minat berniaga, so jangan nak suruh aku berniaga
So hidup makan gaji jer
Bagi aku mati bersalin tu dah kira merdeka
Mati syahid, masuk syurga
Dapat jumpa Allah SWT tu kira merdeka dah
Sekian, wasalam


doa tahajjud

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal doa tahajjud
Setiap malam bangun malam solat isyak dan solat tahajjud serta mengaji
Tidor dulu selepas maghrib, dan bangun malam dalam kul2/3am...
Semoga kita semua ditempatkan golongan orang2 yang beriman, amin...
Sekian, wasalam....

air lemon setiap hari

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal air lemon setiap hari
Minum air masak rendam lemon dan mandikan anak2 dengan air panas rendam lemon
Baik untuk kesihatan badan dan sebagai antibodi anak2
Dah amalkan ni dari dulu lagi
Mandikan anak2 dengan lemon atau limau nipis dari umur baby 3 bulan lagi
Anak pertama dan anak kedua
Walaupun anak2 kerap sakit, masih mandi lemon setiap hari
Sakit tu datang daripada Allah SWT
Sakit tu penghapus dosa, bersyukur dapat sakit
Sekian, wasalam

Monday 29 August 2016

setahun 2 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal anak keduaku, nur azalia hadirah
Hari ni 29-8-2016 genap setahun 2 bulan umur anak dara ibu ni
29-6-2015 ~ 29-8-2016
Masih susu badan sepenuhnya
Alhamdulillah....
Masa setahun sebulan berat badan 7.4kg jer
Masa injet setahun 7.2kg, naik sikit jer
Sekarang tak tahu berat berapa dah....
Harap2 dah naik banyak dah....
Next appointment masa setahun 3 bulan pada 29-9-2016 nanti
Appointment hospital doktor pakar 6-10-2016
Semoga keputusan darah cek vitamin dalam badan ok
Anak2 ibu susah nak makan
Memilih makanan
Sabarjelah....
Sekian, terima kasih

doa taubat

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal taubat
Hari2 kita wajib buat solat taubat nasuha
Kita tak tahu bila kita akan mati-tu kerja Allah SWT
Hari2 tak sedar buat dosa sengaja atau tak sengaja
So digalakkan setiap hari buat solat taubat nasuha
Buat malam2 or semasa selepas solat dhuha setiap hari
Aku lebih suka waktu pagi selepas solat dhuha dalam kul10am
Malam2 tahajud dan mengaji
Semoga kita semua diampunkan dan dimasukkan di dalam golongan yang beriman, amin....
Sekian, wasalam

bukit fraser

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal bukit fraser
Hari tu pergi bukit fraser pada 26-8-16 hingga 27-8-16, jumaat dan sabtu sekejap jer
Booking dan bayar masa awai 6 bulan yang lepas, masa mac 2016
First time booking rumah kerajaan, rm60 semalam dan rm50 deposit
Deposit akan dipulangkan kemudian selepas penginapan
Perjalanan sungguh dasyat dan muntah aku dibuatnya
Jalan bengkak bengkok
Sejuk yg amat sangat
Satu banglo ade 6 bilik, 2 bilik kecik bawah, dan 4 bilik besar di atas
Yang rm50 kecik semalam dan rm60 bilik besar semalam
Baik lepas ni amik yg rm50 jer, rumah yg sama
Dapur besar, ruang tamu besar, tempat makan pun besar
So amik yg murah2 jer lepas ni....
Sekejap je rugi tak sempat pergi jalan2, naik bot dan lain2
takperla, lain kali jerlah
masa suntuk tak sempat pergi mana2
sebab jarang jumpa so borak2 jer dalam bilik
makan2 umi masak so makan dalam banglo jer
seronok dapat jumpa abah umi kaklong dan nenek
walaupun tido kat toto sakit pinggang, sebab katil king ade satu dan single ade satu
orang tua tidur atas katil, kami yg muda tido atas toto, huhu
sekian, wasalam

Thursday 25 August 2016

taman permainan


Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal bawak anak2 pergi taman permainan di bawah rumah
Maafkan ibu jarang bawak kamu
Boleh dikira berapa kali dalam setahun
Hari2 bawak memang tak dapat
Nak cepat sampai rumah nak memasak
Maafkan ibu ye sayang
Sepatutnya wajib setiap hari
Sekian, wasalam

Wednesday 24 August 2016

mengigau

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal mengigau
Suami dan anak2 suka mengigau
Dah 5 tahun sebulan duk perati jer mereka tidur mengigau bercakap2

Yang sebenarnya, sleep-talking ataupun "mengigau" dalam bahasa kita yang lebih umum, adalah sejenis parasomnia. Mengikut psikologi lah kan, parasomnia ni sebenarnya adalah perkara-perkara luar biasa yang terjadi semasa tidur. Ye lah, sepatutnya waktu tidur badan kita berehat tapi boleh pulak mulut tu meracau-racau

Perbuatan berkata-kata dalam tidur ni juga ada nama rasminya iaitu somniloquy

Walaupun somniloquy adalah benda yang luar biasa semasa tidur, ianya bukanlah satu kejadian yang pelik sebabnya perkara ni sangat common dan biasanya tidak memerlukan rawatan melainkan atas sebab-sebab tertentu.

Setiap kali tidur, kebiasaannya, kita takkan bercakap lebih daripada 30 saat tetapi boleh bercakap banyak-banyak kali semasa tidur. Maksudnya, jika kita bersembang, perbualan tu takkan melebihi 30 saat dan ada kemungkinan selepas sembang tu, akan bercakap lagi selang beberapa lama kemudian. Benda yang kita cakapkan pula boleh jadi benda yang tak teratur, benda yang tak masuk akal, dan boleh juga mencarut. Kawan saya minggu lepas, tiba-tiba azan pukul 3 pagi. Terkejut aku. Anak buah saya pulak banyak kali menyanyi dalam tidur. Of course korang takkan perasan kalau korang mengigau. Biasanya orang lain yang akan bagitau kita

Jadi, adakah maksudnya yang kita mengigau (bercakap masa tidur) ni adalah petanda kita sedang bermimpi? Jawapannya ialah TAK SEMESTINYA.  Kajian menunjukkan bahawa somniloquy ni boleh berlaku dalam mana-mana peringkat tidur. Apabila bermimpi, kita berada di peringkat REM tapi jika mengigau boleh berlaku di mana-mana peringkat, maka maksudnya mengigau bukanlah petanda bahawa kita sedang bermimpi!

Mengikut data, hampir setiap 1 daripada 2 orang kanak-kanak berumur 3-10 tahun akan bercakap semasa tidur dan bagi orang dewasa pula, sebanyak 5% masih bercakap dalam tidur. Tiada perbezaan antara jantina dalam fenomena ini so jangan pula keluarkan "fakta" di laman sosial bahawa lelaki lagi kuat mengigau!

***
Walaupun tadi saya cakap yang mengigau ni tak bahaya, tapi ia boleh juga menjadi petanda kepada masalah psikologi dan kesihatan yang serius apabila menepati ciri-ciri tertentu. Antara masalah yang menyebabkan orang menjerit semasa tidur ialah REM Sleep Behaviour Disorder (RBD) dan sleep terrors. Mereka yang mempunyai RBD biasanya bertindak ganas dan mengamuk di dalam tidur. Kanak-kanak yang mengalami sleep terrors pula akan berjalan dan bercakap semasa tidur sama seperti dalam movie seram barat.

Semasa tidur, manusia boleh melakukan banyak perkara pelik. Sebagai contoh, NSRED (nocturnal sleep-related eating disorder) di mana manusia boleh makan semasa tidur (macam Monkey D. Luffy. lol), melakukan hubungan seks ketika tidur (sexsomnia) dan terdapat juga kes di New Zealand dalam 2 tahun lepas di mana kanak-kanak berumur 5 tahun bawa kereta mak bapak dia dan drive dalam keadaan tidur.

Jadi, kalau anda ada masalah kesihatan, apa yang menyebabkan anda meracau masa tidur?
  • Ubat-ubatan tertentu
  • Stress
  • Demam (saya meracau setiap kali demam teruk)
  • Masalah mental
  • Penyalahgunaan dadah
Sekian, terima kasih.

Tuesday 23 August 2016

doa dipermudahkan urusan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Semoga kita semua dipermudahkan urusan kita semua setiap hari, amin...
Sekian, wasalam....

doa kebahagiaan di dunia dan akhirat

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal doa lagi
Biar sentiasa banyak berdoa setiap hari
Semoga semua sihat ceria dan diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat, amin....
Sekian, wasalam

Monday 22 August 2016

kelebihan ade anak perempuan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua

Hari ni nak cerita pasal anak perempuan

Masih ingat lagi tentang masyarakat Jahiliyah yang kita belajar satu ketika dahulu? Dalam masyarakat Jahiliyah, memperoleh anak perempuan merupakan satu musibah kepada keluarga tersebut.
Apa tidaknya, pada waktu itu anak perempuan dianggap hanya mendatangkan sial dan memalukan keluarga. Lantaran itu, ramai ibu bapa yang merasa terhina dengan anugerah ini, bahkan sehingga ada yang sanggup membunuh dan menanam hidup-hidup demi menjaga maruah keluarga. Malangnya, pemikiran orang-orang zaman sekarang pun masih sama seperti mereka di zaman Jahiliyah dahulu. Pernah saya mendengar perbualan seorang bapa bertanyakan jantina bayi yang baru dilahirkan oleh isterinya di wad bersalin. Setelah dimaklumkan nurse bertugas yang si bapa dikurniakan bayi perempuan, saya terdengar nada suaranya sedikit mengeluh, “Oh.. perempuan lagi…” Saya yang mendengar, sedikit terkilan, seolah-olah si bapa kecewa dengan anugerah Allah SWT.
GANJARAN BAGI MEREKA MEMILIKI ANAK PEREMPUAN
Kehadiran anak dalam rumah tangga muslim merupakan nikmat yang besar dari Allah Ta’ala. Namun, sebahagian orang ada yang lebih mendambakan kehadiran anak laki-laki daripada anak perempuan. Anak laki-laki dianggap lebih mulia daripada anak perempuan. Mereka bangga dan bergembira tatakala dikurniai anak laki-laki. Sebaliknya, bagi sebahagian orang kehadiran anak perempuan merupakan aib dan dianggap bencana. Mereka sedih dan kecewa jika dikurniai anak perempuan. Padahal kehadiran anak perempuan juga termasuk nikmat dari Allah. Bahkan Islam secara khusus menjelaskan tentang keutamaan anak perempuan dan ganjaran bagi orangtua yang memelihara dan mendidik anak-anak perempuan mereka. 

Al Imam Muslim rahimahullah membuat sebuah bab dalam kitab shahihnya dengan judul (باب فَضْلِ الإِحْسَانِ إِلَى الْبَنَاتِ) “Keutamaan Berbuat Baik kepada Anak-Anak Perempuan”. Beliau membawakan tiga hadits sebagai berikut : 
Pertama.
Hadits dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata, 
جَاءَتْنِى امْرَأَةٌ وَمَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا فَسَأَلَتْنِى فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِى شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ وَاحِدَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَأَخَذَتْهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا شَيْئًا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ وَابْنَتَاهَا فَدَخَلَ عَلَىَّ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- فَحَدَّثْتُهُ حَدِيثَهَا فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « مَنِ ابْتُلِىَ مِنَ الْبَنَاتِ بِشَىْءٍ فَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنَ النَّارِ » 
“Ada seorang wanita yang datang menemuiku dengan membawa dua anak perempuannya. Dia meminta-minta kepadaku, namun aku tidak mempunyai apapun kecuali sebiji buah kurma. Lalu aku berikan sebuah kurma tersebut untuknya. Wanita itu menerima kurma tersebut dan membaginya menjadi dua untuk diberikan kepada kedua anaknya, sementara dia sendiri tidak ikut memakannya. Kemudian wanita itu bangkit dan keluar bersama anaknya. Setelah itu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam datang dan aku ceritakan peristiwa tadi kepada beliau, maka Nabi shallallhu ‘alaii wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan, kemudia dia berbuat baik kepada mereka, maka anak-anak perempuan tersebut akan menjadi penghalang dari siksa api neraka”
(H.R Muslim 2629) 
Kedua.
Diriwayatkan juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata, 
جَاءَتْنِى مِسْكِينَةٌ تَحْمِلُ ابْنَتَيْنِ لَهَا فَأَطْعَمْتُهَا ثَلاَثَ تَمَرَاتٍ فَأَعْطَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا تَمْرَةً وَرَفَعَتْ إِلَى فِيهَا تَمْرَةً لِتَأْكُلَهَا فَاسْتَطْعَمَتْهَا ابْنَتَاهَا فَشَقَّتِ التَّمْرَةَ الَّتِى كَانَتْ تُرِيدُ أَنْ تَأْكُلَهَا بَيْنَهُمَا فَأَعْجَبَنِى شَأْنُهَا فَذَكَرْتُ الَّذِى صَنَعَتْ لِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ « إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَوْجَبَ لَهَا بِهَا الْجَنَّةَ أَوْ أَعْتَقَهَا بِهَا مِنَ النَّارِ » 
“Seorang wanita miskin datang kepadaku dengan membawa dua anak perempuannya, lalu aku memberinya tiga biji kurma. Kemudian dia memberi untuk anaknya masing-masing sebiji buah kurma, dan satu kurma hendak dia masukkan ke mulutnya untuk dimakan sendiri.
Namun kedua anaknya meminta kurma tersebut. Maka si ibu pun membagi dua kurma yang semula hendak dia makan untuk diberikan kepada kedua-dua anaknya. Peristiwa itu membuatku takjub sehingga aku ceritakan perbuatan wanita tadi kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, : Sesungguhnya Allah telah menetapkan baginya syurga dan membebaskannya dari neraka” (H.R Muslim 2630) 
Ketiga.
Diriwayatkan dari sahabat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 
مَنْ عَالَ جَارِيَتَيْنِ حَتَّى تَبْلُغَا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنَا وَهُوَ وَضَمَّ أَصَابِعَهُ 
“Barangsiapa yang memelihara dua anak perempuan hingga dewasa maka ia akan datang pada hari kiamat bersamaku” (Anas bin Malik berkata : Nabi menggabungkan jari-jari jemari beliau). (HR Muslim 2631) 
Faedah Hadits 
Hadits-hadits di atas mengandung beberapa faedah : 
1. Hadits-hadits di atas menunjukkan keutamaan anak-anak perempuan dalam agama Islam. Imam An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Hadits-hadits di atas menunjukkan keutamaan berbuat baik kepada anak-anak perempuan, memberi nafkah kepada mereka, serta bersabar dalam mengurus seluruh urusan mereka“ 
2. Anak perempuan merupakan ujian bagi orangtua. Sebahagian orang tidak suka dengan kehadiran anak perempuan dan sangat bergembira ketika memiliki anak laki-laki. Oleh kerana itu kehadiran anak-anak perempuan dianggap sebagai ujian. Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Anak perempuan disebut sebagai ibtilaa’ (ujian) kerana umumnya manusia tidak menyukai mereka”. Hal ini juga sebagaimana Allah Ta’ala firmankan : 
وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالأُنثَى ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدّاً وَهُوَ كَظِيمٌ يَتَوَارَى مِنَ الْقَوْمِ مِن سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ أَيُمْسِكُهُ عَلَى هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ أَلاَ سَاء مَا يَحْكُمُونَ 
“Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah , Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup) ? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu “ (An Nahl:58) 
3. Yang dimaksud memelihara anak perempuan adalah menunaikan hak-hak mereka seperti makan, pakaian, pendidikan, dan lain-lain. Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Yang dimaksud (عَالَ) adalah menunaikan hak-hak dengan menafkahi dan mendidik mereka serta memenuhi keperluan-keperluan yang lainnya”. 
4. Terdapat ganjaran yang besar bagi orangtua yang memelihara anak perempuan mereka, berupa nikmat syurga, terhalangi dari siksa api neraka, dan kedekatan bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di akhirat. 
Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a.,dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan,
lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud :
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”
Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.
Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
"..menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?"
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Berbanggalah anda jika anda mempunyai anak perempuan kerana dengan didikkan sempurna boleh memasukan anda kedalam syurga Allah S.W.A.


4 TIPS MENDIDIK ANAK PEREMPUAN

Mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah terutama dalam mendidik anak perempuan. Namun begitu ia terpulang kepada persepsi masing-masing kerana ada yang menganggap sebaliknya. Anak perempuan itu sukar adalah kerana ia umpama seorang bidadari yang perlu dilindungi kehormatannya sehinggalah ia diserahkan kepada suaminya. Tambahan pula kaum wanita ini mudah timbulnya fitnah terhadap diri sendiri dan keluarga.

#1 Menerapkan soal penjagaan aurat

Antara kesukaran menjaga anak perempuan adalah dalam menitikberatkan soal menutup aurat. Memang agak sukar untuk mendidik anak memakai tudung ketika dirinya dewasa. Maka, latihlah dirinya memakai tudung ketika mulai usia 2 atau 3 tahun. Memang pada awalnya mereka akan berasa tidak selesa, tetapi lama kelamaan ia akan menganggap satu kebiasaan.

Selain itu juga, elakkan daripada membeli pakaian-pakaian yang dikhaskan untuk lelaki. Ini penting supaya ia akan lebih cenderung kepada sifat kewanitaan.

#2 Kerja rumah

Kaum wanita memang tidak boleh lari dari masuk ke dapur. Itu betul. Ketika anak perempuan sedang meningkat dewasa, galakkan dirinya untuk membantu ibu di dapur. Belajar untuk cara memasak, mengemas rumah, melipat baju dan sebagainya. Latihan ini perlu diasah daripada kecil. Jika anak kita rajin tanpa disuruh, itu merupakan satu kelebihan.

Tetapi jangan terkejut, dalam lembut-lembut anak perempuan juga mereka kadangkala terpengaruh dengan perangai budak lelaki. Jadi kita seharusnya memantau supaya dirinya tidak terikut-ikut atau melakukan perkara-perkara yang terlalu lasak kerana wanita itu fitrahnya lembut.

#3 Alat permainan

Anak perempuan lebih sesuai diberikan permainan seperti mainan masak-masak, set barang make-up dan lain-lain lagi. Jangan sesekali membelikan mainan anak lelaki seperti robot, pistol dan sebagainya. Biarpun ia tidaklah salah, namun biarlah pendedahan awal ini lebih kepada kecenderungan sifat wanita.

#4 Sopan santun

Perempuan lebih sinonim dengan watak yang lembut. Maka, latihlah anak perempuan kita agar lebih bersifat sopan santun dan berlembut dengan orang lain. Apabila ia duduk, kadangkala latih agar ia duduk bersimpuh berbanding bersila. Jika dididik dari awal, sifat kelembutan itu akan berpanjangan apabila meningkat dewasa nanti. Tidak salah untuk bergaul dengan budak lelaki, tetapi perlu dikawal agar ia tidak terpengaruh dengan sifat-sifat yang tidak sepatutnya.

Kelembutan seorang perempuan boleh dizahirkan dari segi perbuatan, pertuturan, dan tingkah lakunya. Oleh itu, jangan terlalu berkeras dengan anak perempuan bimbang mereka akan rasa tertekan dan cuba melakukan protes.


5 PENDEKATAN MENDIDIK ANAK PEREMPUAN

Anak perempuan permata keluarga dan masyarakat. Melihat anak perempuan sama seperti kita melihat gambaran generasi yang akan dating. Mendidik dan mempersiapkan mereka dengan ilmu dan wawasan mampu merubah wajah dunia. Dari rumah merekalah kelak akan lahir generasi berikutnya yang berkualiti. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa mereka dapat menjadi hijab api neraka bagi kedua-dua ibu bapanya yang mendidik mereka dengan kesempurnaan dan keindahan islam. (riwayat al-Bukhari dan muslim). 

Huraian ini lebih berkait dengan psikologi anak perempuan.

1. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak perempuan mestilah memenuhi keperluan emosi mereka. Caranya adalah dengan mencurahkan kasih sayang dan perhatian kepada mereka. Sayidatina Aisyah pernah menggambarkan betapa suburnya kasih sayang antara rasulullah dan anakanda perempuannya sayidatina Fatimah al-Zahra: aku tidak melihat seseorang yang lebih mirip dengan rasulullah dalam berbicara berbanding Fatimah. “Ketika Fatimah menemui Rasullah,maka Baginda segera berdiri dan menyambutnya,menciumnya dan mendudukinya di tempat baginda. Begitu juga ketika baginda mengunjungi Fatimah, lalu Fatimah berdiri menyambut Baginda ,memegang tangan baginda lalu mendudukkan Baginda di tempat duduknya. Ketika baginda sakit kuat,Fatimah menziarahi Baginda,lalu Baginda menyambut dan mengucupnya .”(Riwayat al-Bukhari).

Jangan kita terlepas perhatian terhadap soal ini. Nabi kita telah menunjukkan teladan yang terbaik buat para ibu dan ayah,bahawa anak-anak perempuan khususnya perlu dikasihi,dibelai,dipeluk dengan kasih sayang dan dihormati perasaan dan naluri mereka. Imam al-Alusi berkata: “yang diketahui dari orang yang mulia itu ialah mereka sangat menjiwai perasaan wanita. Mereka selalu berusaha untuk membahagiakan dan menghiburkan hati wanita kerana tabiat wanita yang lemah dan perlukan perlindungan. Oleh kerana itu, ketika orang tua ingin memberikan sesuatu kepada anak-anaknya, maka dianjurkan untuk mendahulukan anak perempuan,.”

Begitulah juga teladan yang boleh kita pelajari daripada insan mulia Sayadina Abu Bakar al-Siddiq, seperti yang diriwayatkan oleh al-Barra”: “bagaimana keadaanmu puteriku?” lalu beliau mencium pipi puterinya itu.” (Riwayat al-Bukhari).

2. Menanam dalam jiwa anak perempuan perasaan takut kepada allah dan ancaman azab-Nya. Islam tidak menggesa ibu bapa untuk menanam ketakutan dalam jiwa anak-anak terhadap mereka dengan menjadi garang dan sebagainya. Sebaliknya islam menyuruh ibu bapa agar menanam ketakutanterhadap allah dalam diri anak-anak. Rasulullah bersabda.mafhumnya: “Jangan kamu mengangkat tongkatmu terhadap keluargamu. Buatkanlah mereka takut kepada allah.”(Riwayat Ahmad). Dalam hal ini juga, kita boleh melihat penekanan yang diberi rasulullah kepada anakanda Baginda supaya memiliki kekuatan rasa takut kepada Allah. Sabda Rasululah, Maksudnya: “Wahai Fatimah,mintalah daripadaku apa sahaja yang kamu inginkan daripada hartaku. Namun aku tidak berupaya menolak seksaan Allah terhadapmu.” (Riwayat al-Bukhari).

3. Menghukum dengan cara merenggangkan komunikasi dan interaksi dalam tempoh yang sesuai. Adalah diriwatyatkan bahawa jika ada salah seorang anggota keluarga Rasulullah yang berbohong sekali, maka baginda akan tetap menjauhinya sehinggalah dia bertaubat. (Riwayat Ahmad). Sekiranya kita mendidik anak-anak dengan asas akidah, ibadah dan akhlak maka jika berlaku perlanggaran terhadap mana-mana asas tadi, maka ibu dan ayah boleh membuat pemulauan sementara selama dirasakan tidak sampai menyebabkan anak perempuan memberontak.

4. Tanamkan dalam diri anak-anak perempuan sikap untuk mengadu hanya kepada Allah. Kita sedia maklum bahawa secara psikologinya anak-anak perempuan lebih suka meluahkan masalah, memerlukan pendengar yang setia berkenaan runtunan kehidupan mereka. Lumrah inilah yang akhirnya menyebabkan anak perempuan ini cenderung untuk memiliki teman istimewa daripada kaum lelaki. Maka ibu dan ayah wajib menanam asas tauhid dalam diri anak-anak dengan meletakkan pengaduan dan kebergantungan kepada Allah. Ibnu Qayyim berkata : Telah sampai kepada kami satu kisah. Pada suatu hari seorang penguasa daerah tempat hatim al-Asham tingal melewati pintu rumah beliau. Lalu sang penguasa meminta air minuman. Sebaik selesai minum, penguasa itu melemparkan wang kepada hatim dan teman-temannya. Mereka semua bergembira menerima wang tersebut kecuali seorang gadis. Dia menangis melihat keadaan tersebut. “apa yang membuatkan kamu menangis?” Gadis itu menjawab: “Tatkala seorang makhluk memandang kita, lalu memberi bantuan, pun kita sudah berasa bergembira. Lalu bagaimana jika sekiranya yang memandang kepada kita dan menghulurkan bantuan itu ialah Allah yang maha pencipta?”

5. Memperkayakan mereka dengan kisah wanita-wanita solehah. Gunakanlah kesempatan bersama anak-anak perempuan untuk memperkenalkan tokoh-tokoh wanita solehah sepanjang zaman antaranya Asiah dan Maryam. Jadilah ibu yang menyambungkan silaturahim antara mereka dengan wanita-wanita agung tersebut. Caranya dengan mengambil iktibar daripada kehidupan mereka yang mulia.

Saudaraku, kesimpulannya,
lihatlah bagaimana Islam memuliakan anak perempuan dan memberi ganjaran khusus bagi orang tua yang mau memelihara anak-anak perempuan mereka. Semoga Allah Ta’ala senantiasa memberikan kita keturunan yang shalih dan shalihah. 
Wallahu A’lam…

doa hutang

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal hutang
Keje dah 8 tahun, hutang banyak sekeliling pinggang
Hutang loan kawen, katil, tilam, penapis air, loan asb, dll
Semoga dapat menjelaskan hutang dengan cepat, amin...
Sekian, wasalam

Friday 19 August 2016

doa kesihatan yang sihat

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Semoga semua sentiasa sihat, ceria, panjang umur, murah rezeki, berjaya di dunia dan akhirat di samping keluarga tersayang, aminn....
Semoga ibubapa kami, anak2 kami, diri kami sentiasa sihat, ceria, panjang umur, murah rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, aminn...
Sekian, wasalam

Thursday 18 August 2016

genap 8 tahun

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal genap 8 tahun anak buah kami
Harith, cucu yg pertama dan anak buah yang pertama kami
18-8-2008 hingga 18-8-2016
Anak buah pertama dan cucu pertama kedua2 belah family
Semoga menjadi anak yg soleh, baik, penyayang, berjaya dunia dan akhirat,amin
Genap 8 tahun makngah keje kerajaan
Lahirnya kamu di dunia rezeki makngah mencurah2
Dapat keje kerajaan masa kamu lahir
Makngah dapat tempat kerja di tapah, perak
Dapat temuduga setiap tahun masa setiap kali hari jadi kamu
Akhirnya makngah dapat juga jawatan Penolong Akauntan W29
Tak perlu pergi temuduga lagi
Alhamdulillah....
Makngah sayang kamu sangat2....
Gambar di atas kamu sebelah makngah, hehe
Sekian, wasalam

Wednesday 17 August 2016

cameron highlands

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal cameron highlands
Dulu masa kecik2 tinggal di cameron
Sekolah rendah dan menengah di cameron highlands
Masa umur darjah 6 sampai tingkatan 3 jer
Family tinggal lama selama 8 tahun
Abah kerja di sana
Gambar di atas masa anak umur 3 bulan
Pergi melawat adik no.3 yang menetap di cameron highlands, dia kerja di sana
Semua tempat dah pergi masa kecik2
Cuaca dulu dan sekarang tak sama dah
Saje pergi lagi melawat kawasan
Rindu wei....
Sekian, wasalam

legoland


Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal legoland
Gambar lama pergi masa tahun 2013, masa tu anak baru umur 6 bulan
Dapat tiket diskaun 50%, sebab tu pergi walaupun tak dapat main sebab anak masih kecil
So tengok orang main jelah....rugi pergi masa anak2 kecik2
Elok pergi masa mereka besar, boleh main semua
Masuk legoland ni mahal
Sebab tu sekali seumur hidup jer....
Ade rezeki lebih kita pergi lagi ye
Sekian, wasalam

Tuesday 16 August 2016

jom menabung

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal menabung
Alhamdulillah, dari lahir lagi suka menabung
Anak2 pun menabung daripada lahir lagi
Anak2 da siap2 ibu daftar untuk pergi haji
Semua tabung haji dan ASB ibu menabung tolak gaji ibu setiap bulan
Ayah kamu sekali tolak gaji ibu, untung suami aku....
Menabung sikit2 lama2 jadi bukit
Alhamdulillah....
Sekarang anak2 
Haikal umur 3tahun 2 bulan
Hadirah umur setahun sebulan
Haikal rm3000 dah simpanan
Hadirah rm2000 dah simpanan
Ibu masih rm3000 sebab dah keluar banyak kali
ASB ibu tak pernah keluar baru keluar 2 kali, so ade 10ribu
Sepatutnya ade rm12685.47, huhu
Dah keluar 2 kali, bayar yuran taska dan akikah anak2
Letih nak tunggu 20tahun, rm20 ribu
Ibu buat loan 20tahun, rm20 ribu, bayar bulan2 rm136
Sekarang baru 7tahun, ade 13tahun lagi
Walaupun banyak hutang sekeliling pinggang sempat lagi menabung,huhu
Sekian, wasalam....

taman wetland putrajaya

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal taman wetland putrajaya kat presint 1
Gambar masa 2013 lama dah...
Banyak tempat menarik kat taman wetland ni
Ade pusat penghayatan alam dan lain2
Seronok dan rugi sape2 yang tak pernah pergi lagi sejak tinggal di putrajaya ni
Banyak lagi tempat2 yang menarik kat putrajaya ni
Rugi kalau tak pergi
Nanti update lagi tempat2 yang lain
Sekian, terima kasih

gold cost morib resort


Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal gold cost morib resort banting
Familyday Kastam pada 14-8-2016 ahad lepas
Baru hari ni nak update blog sebab semalam busy pegi klinik dan buat kerja opis
Hari ni kene update untuk 4hari punya, so 4 post, haha
Keje opis da siap so blh update blog
Nak cerita pasal gold cost morib resort
Hanya bayar rm40 untuk makan minum pagi dan tengahari serta baju familyday sepasang suami isteri serta pas untuk main theme water park untuk sehari
Rugi tak main sebab masuk dalam ni mahal, rm128 harga promosi
Nasib baik opis buat familyday kat sini so dapatlah harga murah
Ingat nak main air sampai tutup pukul 7pm
Tp ape kan daya, penat, ngantuk dan letih so balik awai dalam kul3.30pm dah bertolak balik
Bergerak dari putrajaya pukul 7am sampai 8.30am kat gold cost resort
Balik gerak 3.30pm sampai umah 7.30pm sebab singgah umah kawan kat banting makan petang, hehe, penat2 pun berjalan ke rumah kawan jugak
Sekian, wasalam

Friday 12 August 2016

genap 7 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal dah genap 7 bulan dah blog dibuat, 13-1-16 sampai esok 13-8-16
Awai update sebab sabtu ahad x on internet for blog
Alhamdulillah, setakat ni dah 17,010 yang baca blog, 82,889 yang views
Setakat ni masih rm2.50 lagi duit nuffnang
Sikit2 lama2 jadi bukit, huhu
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya hari2
Sekian, wasalam

Thursday 11 August 2016

buku appointment

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
hari ni nak cerita pasal buku appointment klinik dan hospital
Oleh kerana kerap pergi hospital dan klinik, so banyaklah buku appointment
Tu belum lagi buku pink dan biru anak2
Berat handbag ibu banyak bawak barang2
Tu belum lagi buku bank dan lain2....
Buku klinik dan hospital kene bawak selalu
Sebab bila tiba2 sakit doktor nak tengok buku appoinment semua bagai
Eloklah buku anak2 letak dalam kete ye...berat nak angkut sana sini
Yang kecik2 jer ibu bawak 24jam
Sekian, wasalam

Wednesday 10 August 2016

setiap hari catit

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal setiap hari catit perbelanjaan harian
Dah biasa tulis daripada universiti lagi
Tulis ni sebagai bukti dan boleh tengok belanja setiap bulan
Senang nak tuntut fasakh nanti, haha
Semua resit ibu photostate dan simpan di dalam fail
Semua tu akan dituntut, haha
Setiap satu sen ibu catit
Ayah kamu kene bayar semuanya.....haha
Hidup lebih berkat kalau suami sahaja yang bekerja
Duit ayah jadi duit ibu sepatutnya
Duit ibu adalah duit ibu
Ibu tak pernah pegang gaji ayah kamu
Tak tahu habis ke mana
Sekian, wasalam


Tuesday 9 August 2016

doa anak pintar

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Semoga semua sihat dan anak2 menjadi anak yang cerdik dan pandai, amin....
Ibu selalu baca doa setiap kali kamu berdua menyusu badan dan setiap kali kamu berdua tidur, semoga menjadi anak yang soleh dan solehah berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Sekian, wasalam....

doa murah rezeki

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Semoga semua sihat sejahtera dan dimurahkan rezeki setiap hari, amin....
Sekian, wasalam

Monday 8 August 2016

aktiviti hujung minggu

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita aktiviti setiap hujung minggu
Biasalah mendobi memang setiap hari
Melipat kain baju memang setiap hari
Ade yg tak dapat nak lipat, so lipat pada hujung minggu
Kalau 5 hari isnin-jumaat nanti 5 bakul, pengsan
Biasa memang setiap hari melipat baju, sebab membasuh baju hari2
Mop rumah, sapu rumah memang setiap hujung minggu
Anak2 suka buat sepah, tumpahkan makanan dan lain2
So memang wajib mop dan sapu rumah
Kalau nak ikutkan setiap hari kene mop
Tapi apakan daya....buzy sangat so hari minggu jer....
Kalau balik kampung hari minggu memang kene buat hari jumaat sebelum balik ke kampung
Penapis air memang kene cuci setiap minggu
Bilik air memang kene cuci setiap minggu
Kalau tak, licin jatuh nanti masuk hospital
Nak pergi berjalan2 memang fikir banyak kali
Banyak benda nak buat kat rumah, so memang jarang sekali pergi holidays or jalan2
Biasanya ganti tidur yang tak cukup tidur
Hari bekerja memang tak cukup tidur dan rehat
Lebih2 lagi dengan anak2 yang selalu sakit
So memang ibu tak cukup rehat
Hari minggu baru ganti tidur yg tak cukup
Anak2 pun tidur jer sepanjang hari, haha
Tengok ibubapa tidur, so anak2 pun ikut tidur sekali
Nak bawak anak2 g taman waktu petang2, tapi anak2 tidur so asyik tak jadi bawak g main taman permainan kat bawah rumah.....
Sekian, wasalam


habis harta benda

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal habis harta benda ibu di rumah
Anak2 nakal suka buat sepah suka pecahkan barang2 rumah
Hp dah banyak kali rosak dan pecah
Habis jag air kaca dan bekas air kopi, teh pecah
Orang datang rumah ibu nak hidang pakai ape, semua dah pecah
Semua tu hadiah kahwin ibu
Ibu takde duit nak beli set pinggan mangkuk dan set cawan or gelas
Menyampahnyer lahai....
Anak oh anak....
Pandai kamu buka almari dan pecahkan semua barang2 kat dalam almari tu
Nak harapkan ayah kamu belikan memang taklah....
Sedih ibu nak....
Sekian...

Friday 5 August 2016

tujuan blog

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal tujuan aku buat blog ni
Aku suka tulis diari masa sekolah or universiti dulu
Blog ni aku tulis setiap hari
Sebagai diari hidup aku setiap hari
Aku suka menaip menulis ape yang aku suka
Lantaklah sape2 yang tak suka dengan blog aku ni
Blog aku suka hati aku nak tulis ape
Ko sibuk ape pasal
Nanti bila aku dah mati anak2 aku boleh baca ape yang ibu mereka tulis setiap hari
Walaupun aku ni sakit mental, aku bekerja dan bekerjaya
Walaupun selalu disisihkan aku dah biasa dah
Dah 10 tahun dah
Dah banyak tempat keje aku kerja
Dah macam2 orang aku jumpa
Biasalah orang OKU macam aku memang susah sikit
Memang selalu sorang2
Walaupun aku akan jadi bos suatu hari nanti
Akan ku cuba jadi bos yang terbaik
Sebab aku mula daripada bawah
Aku pernah buat kerja susah macam korang
Hanya orang yang sakit memahami orang yang sakit
Sekian, wasalam

tak tahu nak cakap ape dah....

Assalammulaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal minta tolong boleh tak
Nak bagitahu depan2 rasanya tiap hari dah cakap benda yang sama
Tak tahu nak minta tolong sape dah....
Boleh tolong jangan merokok dalam rumah
Boleh tak lepas makan minum sila basuh
Boleh tak letak kasut kat tempat kasut
Boleh tak letak baju kotor kat dalam bakul bukan letak merata2
Boleh tak lepas guna tuala gantung
Boleh tak lepas guna sejadah gantung sejadah tu
Boleh tak lepas makan minum letak kat singki dan tolong basuh
Jangan biar kat atas meje berhari2....
Boleh tolong tak setiap kali aku masak tolong jaga anak2 ni....
Kalau aku mandi or solat or mengaji tolong jaga anak2 boleh tak
Dahlah aku susah nak dengar ko mengaji
Nak solat sama2 memang taklah...
Even nak makan sama2 pun jarang sekali
Tolonglah memahami isterimu ini
Dah 10 tahun aku meroyan
Sampai bila2 aku meroyan kalau keadaan sekeliling macam neraka
Sekian luahan hati isterimu
Wasalam....

P/S : dah 5 tahun sebulan dah ni

Thursday 4 August 2016

si abang dan si adik

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal si abang dan si adik
Anak lelaki aku dan anak perempuan aku
Dua-dua susu badan selama 2 tahun 3 bulan
Si abang dapat kaki umur setahun 3 bulan
Si adik dapat kaki umur setahun sebulan
Si abang duduk merangkak umur 8 bulan
Si adik duduk merangkak umur 9 bulan
Si abang dapat gigi pertama umur 10 bulan 15hari
Si adik dapat gigi pertama sekali 4 batang umur setahun 10hari
Si abang lambat bercakap
Si adik pun lambat bercakap
Si abang dan si adik kerap sakit
Si abang suka buli si adik
Si adik pun suka buli si abang
Dua2 ibu sayang
Walaupun ibu kamu berdua ni sakit mental
Ibu selalu maki dan pukul kamu berdua setiap hari
Ibu selalu doakan yang terbaik untuk kamu berdua
Semoga sentiasa sihat, ceria panjang umur murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, aminn
Sekian....

cuti lagi menjaga anak

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal amik cuti rehat menjaga anak yg sakit
Cuti aku da tinggal 10hari...
Habis semua cutiku....patut ade 26hari....asyik cuti jaga anak2 jer....
Tahun 2016 ni tahun sakit agaknyer....
Banyak sakit daripada sihat....
Chikenpox dah banyak kali
Rotavirus lagi
Sekarang sakit kaki tangan dan mulut
Demam batuk selsema jangan cakaplah....selalu sangat....
Menyampah aku....
Sekian

Monday 1 August 2016

Penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD)




Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal penyakit kaki tangan dan mulut
Sedih betul anak2 aku asyik sakit jer daripada lahir sampai sekarang asyik sakit dan menyusahkan hidup aku...stress aku hari2....
Baru baik daripada chickenpox dah kene sakit lain pulak....
Sentiasa macam tu...baru baik daripada demam batuk selsema, sakit lain pulak....
Asyik masuk wad hospital jer anak2 aku....stress aku....

HFMD adalah penyakit jangkitan virus yang merbahaya dan selalunya akan sembuh sendiri
Walaupun mengambil masa beberapa hari...
Digalakkan meminum air yang banyak
Bonjela untuk luka di dalam mulut
Mudah berjangkit melalui sentuhan...
Perlu kurantin dan jaga sendiri anak2 yang kene penyakit ini

Sekian....gambar di atas di dalam wad kecemasan hospital putrajaya...sebab tak makan minum so masuk air dalam badan....kene tahan satu hari.....

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...