Wednesday 24 August 2016

mengigau

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal mengigau
Suami dan anak2 suka mengigau
Dah 5 tahun sebulan duk perati jer mereka tidur mengigau bercakap2

Yang sebenarnya, sleep-talking ataupun "mengigau" dalam bahasa kita yang lebih umum, adalah sejenis parasomnia. Mengikut psikologi lah kan, parasomnia ni sebenarnya adalah perkara-perkara luar biasa yang terjadi semasa tidur. Ye lah, sepatutnya waktu tidur badan kita berehat tapi boleh pulak mulut tu meracau-racau

Perbuatan berkata-kata dalam tidur ni juga ada nama rasminya iaitu somniloquy

Walaupun somniloquy adalah benda yang luar biasa semasa tidur, ianya bukanlah satu kejadian yang pelik sebabnya perkara ni sangat common dan biasanya tidak memerlukan rawatan melainkan atas sebab-sebab tertentu.

Setiap kali tidur, kebiasaannya, kita takkan bercakap lebih daripada 30 saat tetapi boleh bercakap banyak-banyak kali semasa tidur. Maksudnya, jika kita bersembang, perbualan tu takkan melebihi 30 saat dan ada kemungkinan selepas sembang tu, akan bercakap lagi selang beberapa lama kemudian. Benda yang kita cakapkan pula boleh jadi benda yang tak teratur, benda yang tak masuk akal, dan boleh juga mencarut. Kawan saya minggu lepas, tiba-tiba azan pukul 3 pagi. Terkejut aku. Anak buah saya pulak banyak kali menyanyi dalam tidur. Of course korang takkan perasan kalau korang mengigau. Biasanya orang lain yang akan bagitau kita

Jadi, adakah maksudnya yang kita mengigau (bercakap masa tidur) ni adalah petanda kita sedang bermimpi? Jawapannya ialah TAK SEMESTINYA.  Kajian menunjukkan bahawa somniloquy ni boleh berlaku dalam mana-mana peringkat tidur. Apabila bermimpi, kita berada di peringkat REM tapi jika mengigau boleh berlaku di mana-mana peringkat, maka maksudnya mengigau bukanlah petanda bahawa kita sedang bermimpi!

Mengikut data, hampir setiap 1 daripada 2 orang kanak-kanak berumur 3-10 tahun akan bercakap semasa tidur dan bagi orang dewasa pula, sebanyak 5% masih bercakap dalam tidur. Tiada perbezaan antara jantina dalam fenomena ini so jangan pula keluarkan "fakta" di laman sosial bahawa lelaki lagi kuat mengigau!

***
Walaupun tadi saya cakap yang mengigau ni tak bahaya, tapi ia boleh juga menjadi petanda kepada masalah psikologi dan kesihatan yang serius apabila menepati ciri-ciri tertentu. Antara masalah yang menyebabkan orang menjerit semasa tidur ialah REM Sleep Behaviour Disorder (RBD) dan sleep terrors. Mereka yang mempunyai RBD biasanya bertindak ganas dan mengamuk di dalam tidur. Kanak-kanak yang mengalami sleep terrors pula akan berjalan dan bercakap semasa tidur sama seperti dalam movie seram barat.

Semasa tidur, manusia boleh melakukan banyak perkara pelik. Sebagai contoh, NSRED (nocturnal sleep-related eating disorder) di mana manusia boleh makan semasa tidur (macam Monkey D. Luffy. lol), melakukan hubungan seks ketika tidur (sexsomnia) dan terdapat juga kes di New Zealand dalam 2 tahun lepas di mana kanak-kanak berumur 5 tahun bawa kereta mak bapak dia dan drive dalam keadaan tidur.

Jadi, kalau anda ada masalah kesihatan, apa yang menyebabkan anda meracau masa tidur?
  • Ubat-ubatan tertentu
  • Stress
  • Demam (saya meracau setiap kali demam teruk)
  • Masalah mental
  • Penyalahgunaan dadah
Sekian, terima kasih.

No comments:

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...