Friday 22 December 2017

ape itu schizofrenia

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini jumaat zikir jumaat Ya Allah 1000 kali
Hari ni nak cerita pasal ape itu skizofrenia
Penyakit aku sejak 21.08.2006 lagi
Bagi yg x paham tu sila baca dan pahamkan
Letih dengan orang2 sekeliling yang x paham2 lagi keadaan aku ni

Penyakit skizofrenia seringkali menyebabkan pesakit berubah sikap dan seolah-olah menjadi insan lain yang tidak dikenali oleh keluarga. Ada juga pesakit yang sangat berjaya dalam bidang akademik, kerjaya dan perniagaan sebelum mendapat penyakit ini namun, segala-segalanya berubah setelah tidak dapat mengawal skizofrenia.
Ramai daripada mereka yang menghidap penyakit ini diganggu oleh makhluk halus sehingga menyebabkan mereka menderita selain mengalami kemurungan gara-gara bisikan-bisikan yang didengari sehinggakan mereka sudah menjadi tidak siuman.
Apa itu skizofrenia
Skizofrenia adalah salah satu penyakit mental yang sangat serius dan memberi kesan berpanjangan kepada pesakit dan keluarga. Skizo bermaksud retak dan frenia pula bermakna jiwa. Maka, pesakit skizofrenia ialah seseorang yang mengalami keretakan jiwa.
Pesakit akan mengalami perubahan personaliti yang berterusan dan kegagalan dalam interaksi bersama dunia di sekeliling mereka. Mereka akan mempunyai pola pemikiran, sikap dan bahasa komunikasi yang tidak teratur dan sukar untuk difahami. Malah, mereka turut akan kelihatan hidup tanpa sebarang emosi di dalam diri.
Di dalam dunia perubatan, skizofrenia sudah diiktiraf sebagai penyakit mental yang sangat serius.
Lelaki dan wanita sama-sama boleh diserang skizofrenia tetapi bagi lelaki, skizofrenia selalunya berlaku di usia hujung remaja atau awal 20-an. Manakala bagi wanita pula, skizofrenia selalunya dikesan apabila berumur 20-an hingga awal 30-an.
Tanda-tanda awal skizofrenia
Di peringkat awal, pesakit akan kelihatan keliru dengan sekelilingnya dan kerapkali berubah perangai secara mengejut. Mereka akan mengadu mendengar bisikan-bisikan yang tidak didengari oleh orang lain dan kadangkala yakin bahawa orang lain boleh membaca dan mengawal fikiran mereka. Apa yang lebih membimbangkan apabila pesakit mula yakin ada orang yang mahu mencederakannya.
Pesakit skizofrenia boleh mengalami episod psikosis iaitu keadaan mental terganggu dan mengalami halusinasi.
Malah, pesakit turut boleh mengalami delusi atau keyakinan terhadap khayalan sendiri akibat kegagalan membezakan dunia sebenar dengan dunia khayalan yang terbit daripada gangguan skizofrenia.
Punca skizofrenia
Kajian menunjukkan risiko untuk mendapat skizofrenia adalah lebih tinggi jika seseorang itu mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap skizofrenia.
Rawatan moden
Rawatan moden untuk pesakit skizofrenia melibatkan ubat-ubatan anti-psikosis, kaunseling, rehabilitasi dan sokongan sosial serta keluarga. Setiap aspek rawatan tersebut adalah penting kerana tiada satu ubat moden yang boleh benar-benar menyembuhkan penyakit skizofrenia ini. Ubat anti-psikosis untuk pesakit skizorenia hanya boleh merawat simptom-simptom teruk skizofrenia seperti halusinasi dan paranoia.
Skizofrenia dan Gangguan
Makhluk halus suka mengganggu lima deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan. Maka, jin-jin dari masa ke masa akan menyebabkan ilusi di mata manusia akan khayalan yang tidak wujud seperti bayangan makhluk yang menakutkan di dalam rumah. Ditambah pula dengan bau-bauan wangi atau busuk yang hanya boleh disedari oleh mereka yang diganggu oleh jin tersebut. Ada pesakit yang merasai seolah-olah ada serangga atau semut yang merayap di tubuh.
Tidak cukup dengan itu, jin-jin juga boleh membisik ke telinga manusia dengan kata-kata yang hanya boleh didengari oleh mereka yang diganggu. Dalam kes-kes gangguan yang teruk, ada pesakit kami sangat yakin bahawa ilusi tersebut adalah benar dan makhluk yang dilihat oleh mereka adalah insan yang betul-betul wujud dan boleh berkomunikasi dengan mereka.
Bisikan-bisikan halus itu dilakukan oleh sejenis jin yang bernama al-Maraddah yang membisikkan perkara bukan-bukan supaya timbul kecelaruan di dalam hati sehingga boleh mempengaruhi pemikiran dan akal. Di dalam surah An-Nas, ayat 1 hingga 6, Allah SWT berfirman;
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan bisikan syaitan yang bersembunyi, yang membisikan kejahatan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Terdapat satu kes gangguan yang menarik terjadi kepada seorang gadis yang hadir ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah bersama ibubapanya. Pesakit yang dalam lingkungan awal 20-an kelihatan normal namun dia sudah lama tidak mahu keluar rumah dan suka menyendiri di dalam bilik. Alasannya ada kamera yang mengekori setiap kali dia keluar rumah. Dia juga sering dilihat seolah-olah bercakap dengan seseorang dan marah-marah apabila orang mengatakan tiada siapa di sebelahnya.
Rawatan al-Quran
Justeru setiap pesakit skizofrenia yang datang berubat akan diperiksa terlebih dahulu jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan membuang gangguan tersebut sekiranya ada dan seterusnya memberikan ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan disertai doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
2. Surah Al-Baqarah ayat 244 hingga 255
3. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
4. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
Pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Baqarah tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.
Selepas tiga minggu, pesakit dikehendaki membaca surah-surah yang berikutnya pula. Pesakit haruslah ingat bahawa penyembuhan hanyalah dengan izin daripada Allah. Oleh itu, janganlah berputus asa dan sentiasalah berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman;
"….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
Penutup
Skizofrenia tidak hanya menjejaskan pesakit tetapi turut memberi kesan yang berpanjangan kepada keluarga. Maka, rawatan skizofrenia tidak boleh hanya bergantung kepada ubat-ubatan tetapi harus ditambah dengan sokongan orang sekeliling si pesakit tersebut.
Ahli keluarga dan rakan-rakan harus membantu dengan menunjukkan sokongan supaya pesakit tahu mereka tidak berseorangan di dalam perjuangan melawan penyakit skizofrenia ini. Biar pesakit tahu walaupun mereka berkelakuan pelik dan tidak rasional, masih ada insan yang mahu bersama mereka dan faham itu bukan personaliti sebenar si pesakit.
Kita juga harus ingat bahawa pesakit skizofrenia tidak tahu dan tidak sedar yang mereka sudah mula berkelakuan pelik dan membuat pelbagai pertimbangan yang tidak rasional. Maka, di sinilah pentingnya peranan yang harus diambil oleh ahli keluarga dan sahabat yang banyak menghabiskan masa bersama-sama pesakit.
Ahli keluarga harus proaktif dan berani membantu pesakit dan jangan pula akibat perangai pelik pesakit, maka ahli keluarga menjauhkan diri.
Ingatlah akan firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 139:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman."
Sekian, wasalam....

Tuesday 12 December 2017

6 tahun 5 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ni nak cerita genap 6 tahun 5 bulan perkahwinanku
10.07.2011 hingga 10.12.2017
Semoga fasa pertama 5 tahun ke 10 tahun ni berakhir dengan cepat
Semoga hidup susah ni berakhir dengan baik
Semoga hubungan kami sekeluarga kekal bahagia hingga ke syurga
Amin....
Sekian, wasalam

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...