Assalammualaikum dan selamat pagi semua,
Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan.....
Aripiprazole ialah ubat yang boleh digunakan untuk merawat psikosis dan juga menenangkan orang yang agresif atau terganggu fikiran akibat psikosis. Ia boleh diambil melalui mulut atau suntikan (intramuskular). Walau bagaimanapun, aripiprazole juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak menyenangkan seperti sakit kepala, sakit perut, dan tidur yang berlebihan atau mengantuk.
Ulasan ini mencari bukti daripada ujian rawak terkawal yang menilai keberkesanan aripiprazole intramuskular untuk orang yang terganggu fikiran dan agresif akibat menghidap psikosis.
Pencarian
Pakar Maklumat kumpulan Skizofrenia Cochrane menjalankan pencarian elektronik pada tahun 2014 dan 2017 untuk kajian yang merawakkan orang dewasa dengan keagresifan akibat psikosis untuk menerima sama ada suntikan aripiprazole atau suntikan plasebo (rawatan palsu) atau suntikan antipsikotik yang lain. Carian tersebut menemukan 63 rekod yang berkaitan, merujuk kepada 21 kajian. Penulis ulasan menyaring rekod ini untuk kemasukan dan pengecualian.
Keputusan utama
Hanya tiga kajian yang boleh dimasukkan. Bukti adalah terhad kerana bilangan kajian yang kecil dan kualiti data yang rendah
dilaporkan. Orang yang menerima aripiprazole memerlukan lebih banyak
suntikan untuk menjadi tenang berbanding mereka yang menerima plasebo atau haloperidol. Secara keseluruhannya, aripiprazole menyebabkan kesan buruk yang sama ke atas plasebo atau haloperidol. Berbanding olanzapine,
aripiprazole adalah kurang berkesan untuk menenangkan orang tetapi boleh
menyebabkan kurang tidur atau mengantuk
Kesimpulan
Beberapa bukti boleh didapati, tetapi adalah berkualiti rendah, dan sukar untuk membuat kesimpulan tentang keberkesanan aripiprazole dari data tersebut. Oleh itu,
para profesional kesihatan dan orang dengan masalah kesihatan mental
dibiarkan tanpa bimbingan yang jelas tentang penggunaan aripiprazole
sebagai penenteram yang cepat. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk membantu orang mempertimbangkan ubat yang lebih baik untuk menenangkan orang, kurang kesan buruk, dan berfungsi dengan cepat dan pantas.
Sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment