Thursday, 28 January 2016

permohonan pertukaran (insyaallah julai 2016)



4. Butir-butir permohonan :-
           
Tempat dipohon
Alasan

Jabatan Akauntan Negara Ipoh, Perak





  1. Memudahkan saya menghadiri temujanji doktor pakar setiap bulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak. (Hospital sekarang ialah Hospital Putrajaya tetapi masih rujuk di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh setiap kali balik Perak/bersalin di Perak- rekod asal adalah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh)

  1. Memudahkan saya menghantar anak-anak saya ke taska perak kerana taska di Perak hanya rm30 sebulan manakala taska di Putrajaya sangat mahal iaitu rm300 bagi seorang anak. Setiap bulan rm600.

  1. Memudahkan saya melawat dan menjaga ibubapa yang sudah uzur dan tua. Ayah saya cuci darah setiap isnin selasa khamis dan sabtu bagi rawatan dialysis, memudahkan saya menghantar dan mengambil ayah saya yang sudah tua yang tidak larat drive sendiri. Manakala ibu saya mendapat rawatan doktor pakar psychiatrist setiap bulan seperti saya, memudahkan saya pergi bersama ibu saya di hospital yang sama.

  1. Di samping itu ingin menambah pengalaman kerja di jabatan lain.

  1. Keadaan di Putrajaya dengan kos sara hidup yang tinggi serta gaji saya yang sederhana agak sukar menjalani kehidupan setiap hari.

  1. Jarak rumah sekarang dengan rumah ibubapa di Perak agak jauh sukar untuk saya hendak pulang ke Perak selalu. Kos minyak petrol dan tol tidak dapat nak menampung perbelanjaan lain-lain. Terpaksa balik perak dalam 4 bulan sekali. Dalam setahun 3 kali sahaja balik perak sejak pindah Putrajaya pada 23.04.2012. Tidak dapat balik perak setiap bulan kerana faktor kewangan tidak mencukupi.

No comments:

susah tidur malam

Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera.... Da 4 tahun x tulis blog ni....Ade ke yg rindu...huhuhu....sekarang jam 1pagi still mata x boleh ti...