Wednesday, 13 January 2016

assalamualaikum......hai semua



Surah Mariam: ayat 22 hingga 26 :

(22) Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.
(23) (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! 
(24) Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: ”Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. 
(25) Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. 
(26)“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”. 

1. Rintihan Isteri
Isteri yang hendak bersalin kebanyakkannya mengalami stres terutama sekali jika dia bersendirian atau tiada sesiapa terutama sekali suami disisinya. Apa saja ungkapan yang diluahkan itu, anggaplah cara ia meringankan tekanannya. Jangan ambil kira. Sebagaimana Mariam meluahkan ungkapan, "Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!". Allah amat memahami fikiran HambaNya ini ketika itu. Maka begitu jugalah suami. Dengar ajelah rintihannya dengan tenang. (suami tidak pernah paham malah menyakitkan hati isteri semasa isteri sedang sakit utk melahirkan anak) ~ hikmahnya Allah SWT memudahkan bersalin normal dan sekejap sahaja di labour room hanya 2 jam sahaja anak pertama dan kedua.

2. Sentiasa berada di sisi isteri 

Sentiasa berada disisi isteri dan rendahkan diri melayannya sebagaimana terdapat pada ayat 24 "Lalu diseru sebelah bawahnya". Hormati dia kerana dia pada ketika itu adalah insan yang sangat mulia disisi Tuhan. Dia sedang berjuang fisabilillah. (suami tidak pernah nk paham yg suami patut berada di samping isteri berada di sisi isteri semasa isteri nak bersalin – kerja di opis lg penting drp isteri nk bersalin?)

3. Berkomunikasi
Terus berkomunikasi dengannya dengan pujuk rayu kasih sayang sebagaimana ayat 24: " Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam)". ( suami menyakiti hati isteri sebelum bersalin dan selepas bersalin – tidak pernah nk jaga hati isteri setelah penat melahirkan anak – tidak ucapkan terima kasihpun)


4. Sediakan kurma & air zam-zam
 
Sediakan minuman dan makanan yang berkhasiat untuknya sebagaimana ayat 24 - 25 Allah menyediakan minuman daripada sungai yang banyak mineral dan buah tamar rutob yang berkhasiat: "Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. " (isteri sgt lapar n dahaga selepas bersalin, tidak pernah nak belikan makanan n minuman utk isteri kerana masa tu bukan waktu hospital yg sediakan makanan sbb waktu mkn malam sudah lepas – isteri berlapar sepanjang malam sampai waktu makan pagi 8.30am di hospital esoknya – aje yg kejam…sama je ms anak pertama n kedua berlapar sepanjang mlm…tidak memahami isteri yg tgh lapar) ~ alasan sebab nanti keluar g cari makanan nanti xde parking kereta.~ aje yg geram….

5. Tenangkan hati isteri
Teruskan bersembang dan bertukar fikiran disisinya semasa dia sedang berjuang. Kalau boleh berada disisi katil semasa dia melahirkan anak anda itu sebagaimana ayat 26: "“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan". (bukan nak tenangkan hati isteri malah suka bergaduh dan menyakitkan hati isteri sepanjang tempoh berpantang 44hari)

ITU 5 Perkara yg saya tidak dapat semasa anak pertama dan anak kedua. Beruntunglah mereka2 yg mempunyai suami yg ada ciri2 kelima itu….Hargailah isteri anda yg melahirkan zuriatmu wahai para suami….


No comments:

susah tidur malam

Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera.... Da 4 tahun x tulis blog ni....Ade ke yg rindu...huhuhu....sekarang jam 1pagi still mata x boleh ti...