Tuesday 19 July 2016

Kencing malam or tidur siang pun kencing

Assalammualaikum dan selamat pagi semua


Kencing Malam perkara lumrah dialami kanak-kanak akibat ketidakupayaan mengawal pundi kencing. Kira-kira 40 peratus mereka kencing sewaktu tidur dan lebih merisaukan jika perkara itu berlarutan hingga usia meningkat remaja. Ia tindakan di luar kawalan dan sering dihadapi kanak- kanak berusia bawah tiga tahun. Kemungkinan bagi kanak-kanak berusia lima tahun menghadapi masalah itu ialah 20 peratus, usia enam tahun (10 peratus) manakala 10 tahun (lima peratus). Kencing malam masih dianggap normal bagi kanak- kanak bawah usia enam tahun. Biasanya kanak-kanak perempuan lebih mudah mengawal kencing berbanding lelaki. Kencing malam bagi orang dewasa dianggap serius kerana ini mungkin suatu penyakit dimana pundi kencing rosak atau sukar untu mengawal pundi kencing.
 

kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB). Apa yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka adalah, malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing (tincontinen) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian. Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat. 

Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur. Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB. A kibatnya, mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas



Faktor Penyebab Sering Buang Air Kecil :

Bila frekuensi buang air kecil jauh lebih sering dari biasanya maka hal itu dapat menunjukkan adanya masalah atau gangguan dalam tubuh. Permasalahan yang dapat menyebabkan naiknya frekuensi buang air kecil antara lain : 

1) Infeksi Saluran Kemih (ISK)


2) Diabetes

3) Prostatitis akut

4) Kandungan saluran pundi kencing terlalu aktif (overactive bladder)

5) Pembesaran prostat

6) Menstruasi

7) Kehamilan

8) Sistitis intestisial

9) Stroke atau penyakit neurologis lainnya (kerosakan saraf yang mengendalikan saluran pundi kecing dapat menyebabkan masalah fungsi pundi kencing, termasuk berlakunya membuang air kecil secara tibaa-tiba

10) Berat badan berlebihan atau usia meningkat yang menyebabkan otot pelvik lemah.



 Rawatan kerap kencing malam :
1) Jumpa doktor segera untuk mengenalpasti rawatan bagi kebocoran kencing

2) Lakukan senaman - fisioterapi untuk menguatkan otot pelvik

3) Ramai lelaki menggunakan kaedah ‘penile clamp’ (pengepit zakar) di tengah zakar bagi mengurangkan pengeluaran air kencing. Pengepit zakar boleh menyebabkan zakar melecet

4) Kurangkan berat badan

5) Elakkan merokok

6) Pembedahan - jika fisioterapi tidak berkesan, kaedah lain boleh digunakan iaitu ‘male sling’ (sling lelaki) dan ‘artificial urinary sphincter’ (sphincter kencing tiruan)

 

No comments:

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...