Tuesday, 31 May 2016

sakit jiwa or mental

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal sakit jiwa or sakit mental
Aku salah seorang pesakit mental, so aku nak cerita pasal ni
 
Di zaman ini, selain daripada penyakit fizikal, manusia semakin ramai yang mengalami masalah sakit jiwa atau mental. Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 1 dalam setiap 5 orang akan mengalami penyakit mental dalam sepanjang hayat mereka.

Kajian kesihatan dan morbiditi di peringkat kebangsaan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996 pula menunjukkan 10.7% rakyat Malaysia mengalami masalah mental dan statistik ini adalah bersamaan dengan statistik antarabangsa.


Ianya terus meningkat dari tahun ketahun dan pada tahun 2006 ianya telah mencecah 11.2%. Jika diambil kira dengan pertambahan penduduk maka jelas ianya berkadaran terus dan menjelang tahun 2020, salah satu daripada sakit jiwa atau gangguan mental ini iaitu kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung!

Mengapa orang sekarang lebih banyak yang mengalami gangguan jiwa dan emosi berbanding orang dahulu? Sedangkan orang sekarang, boleh dikatakan mereka sudah memiliki harta yang banyak, kesenangan, kemudahan dan kemodenan. Ada yang mengatakan mereka sudah memiliki segala-galanya, namun jiwa masih terasa kosong.

Apakah yang dikatakan penyakit jiwa?

Penyakit jiwa atau mental adalah satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa yang mengakibatkan perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang. Perkataan ‘gila’ adalah satu ungkapan kurang sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit jiwa dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan lebih kerap dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan dengan pesakit jiwa. 

Namun kini, tekanan hidup amat besar dalam mempengaruhi kehidupan dan emosi sehingga menjadi beban yang mampu menghilangkan pertimbangan dan kewarasan lalu menjerumus kepada masalah sakit jiwa dan akhirnya melakukan tindakan yang diluar jangkaan dan melampaui batas.

Masalah Sakit Jiwa Atau Mental

Kita semua mempunyai gangguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu sebilangan daripada kita tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini berlanjutan, golongan ini memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa.

Apakah punca penyakit jiwa?

Lazimnya tidak ada suatu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa atau mental ini. Biasanya sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara sebabnya adalah :

Fizikal. 
  • Contoh-contoh termasuk meminum terlalu banyak arak, salah guna najis dadah, kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak kita akibat dari tekanan.
Keturunan. 
  • Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya; terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang tua anda mempunyai skizofrenia.
Masalah Sakit Jiwa Atau MentalMasalah Sakit Jiwa Atau MentalMasalah Sakit Jiwa Atau Mental

Apakah jenis-jenis penyakit jiwa?

Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa atau mental ini dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat. Secara umumnya ianya boleh dibahagikan kepada tiga :

1. Kegelisahan (Neurosis). 
  • Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain. Seringkali berlaku akibat dari tekanan kehidupan dan persekitaran. Rasa rendah diri, hilangnya harga diri dan sentiasa gagal.
2. Kepiluan (Depression). 
  • Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi). Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.
3. Psikosis. 
  • Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.

Apakah yang harus dilakukan jika kita mempunyai tanda-tanda masalah sakit jiwa atau mental ini? Ikuti sambungannya disini : Atasi Masalah Sakit Jiwa Dan Mental

Masalah Sakit Jiwa Atau Mental

Relaks Minda anda untuk ketenangan jiwa
p/s: saya tertarik mengambil artikel ini untuk dihebahkan kerana penyakit jiwa atau mental ini semakin membimbangkan dan seterusnya melemahkan bangsa dan umat Islam. Kita perlu menangani masalah ini untuk menghindarkan generasi kita dari terus terjerumus dalam gejala yang tidak sihat dan akhirnya menjadi insan yang tidak berguna serta menjalani kehidupan yang sia-sia.
 
seperti cakap pasal diri sendiri, hihihi

No comments:

susah tidur malam

Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera.... Da 4 tahun x tulis blog ni....Ade ke yg rindu...huhuhu....sekarang jam 1pagi still mata x boleh ti...