Thursday, 28 April 2016

ibubapa

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal ibubapa
Ibubapa bagi aku amatlah penting
Seteruk manapun ibubapa kita, kita wajib menyayangi dan mengasihinya
Kalau ibubapa buat salah tegur dengan cara berhemah
Kalau kita sebagai anak buat salah, segera memohon ampun kepada mereka
Sentiasa bertanya kabar kepada mereka
Mereka lebih suka kita pulang ke kampung tanpa disuruh atau ditanya bila mahu pulang
Sementara mereka masih hidup, hargailah mereka
Kalau nak ikutkan hati aku nak balik setiap minggu, tapi apa kan daya
kewangan tidak mencukupi....malah mereka yg bagi pinjam setiap bulan
Dah kahwinpun masih menyusahkan mereka...
Maafkan aku abah umi, kalau tahu perkahwinan itu menyusahkan, aku pasti tidak akan berkahwin dan jaga ibubapaku sepanjang hayat.....
Bila dah berkahwin, terpaksa ikut suami
Kerap balik ke kampung suami berbanding kampung sendiri
Sedih dan pasrah serta redha seadanya....
Nak wat macam mana....
Ibubapa mertua lagi penting dan suami yg utama
Menyampah dan sakit hati
Lumrah kehidupan....
Lagi seronok bujang....
Masa tidak boleh berubah atau diundur....
Terima jelah seadanya....
Sekian untuk pagi ni...
Take care, wasalam....


No comments:

susah tidur malam

Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera.... Da 4 tahun x tulis blog ni....Ade ke yg rindu...huhuhu....sekarang jam 1pagi still mata x boleh ti...