Tuesday, 28 February 2017

beg susu pam

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal beg susu pam aku
Anak dah 2 orang so beg susu pam ade 3
Mengapa ade 3 sebab anak 2 jer, lagi satu kaklong aku bagi
Yang besar tu untuk stok susu yg banyak2 bawak daripada kampung ke putrajaya
Yang paling kecik tu muat 3 botol jer
Yang tengah tu muat 4 botol
Sebab bekas ais pad ade 5, so muat 4 botol sahaja
Sebab aku pam 4 kali masa mula2, dapat 4 botol sehari
Rindu weh mengepam ni....
Aku dah tak mengepam sebab seminggu baru cukup satu botol
Maknanya pam 5hari bekerja baru penuh satu botol 6oz
So malas aku nak pam susu
Kat taska bagi susu fm...kat rumah memang susu badan sepenuhnya
Sabtu ahad pun susu badan sepenuhnya
Aku ade, dia taknak susu fm
Penat bancuh asyik buang
So biar dia berhenti sendiri susu badan
Sekian, wasalam....

botol susu

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal botol susu anak2
Aku memang tak pernah buang dari anak first hingga sekarang
Semua botol susu aku simpan
Memang guna balik bila ade anak kecil lagi
Aku ni jenis kedekut dan sayang nak buang
Aku beli sikit2 time gaji
Setakat ni dah 50 botol susu dah....
Dalam gambar tak cukup 2 botol sebab dalam peti ais susu pam 2 botol
Akan aku simpan untuk anak2 yg akan datang
Target aku nak anak 3 jer....tapi kalau dah rezeki banyak anak redha dan pasrah
Memang aku makan / pasang perancang dari anak first lagi
Injet depo setiap 3 bulan
Last injet 5.7.2016
Sekarang nak pasang iud or makan pil perancang
Esok appoitment perancang aku
Semoga berjalan lancar, amin....
Sekian, wasalam

amik darah lagi

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal anak kedua aku
Nur Azalia Hadirah Binti Mohd Azlan
Setahun 8 bulan
Kene amik darah lagi 23.5.2017
Keputusan darah 30.5.2017
Keputusan Hb menaik
Dari 9.5 ke 10.8
Alhamdulillah
11-12 baru normal
So dapat ubat asid folic dan multivitamin lagi
Cian anak ibu....dari lahir sampai sekarang masih amik darah lagi
Sabarjerlah....
Sakit itu penghapus dosa
Sekian, wasalam....

setahun 8 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini isnin zikir isnin Laahaulawalakuataillahbillahilhalihilazim 1000kali
Dah 2 minggu tak masuk opis sebab mc hospital
Banyak weh aku nak update.....macam2.....
Hari ini nak cerita pasal anak kedua aku dulu
Nur Azalia Hadirah Binti Mohd Azlan
Genap setahun 8 bulan
29-6-2015 hingga 01-3-2017
Sebab bulan dua ni tiada 29haribulan
So guna tarikh 1-3-2017
22-2-2017 ambil darah
28-2-2017 keputusan darah
Aku cuti rehat 28-2-2017 tetapi aku masih kerja sebab kursus 28-2-17 hingga 2-3-2017
Rugi wei tak pergi kursus
Tahun ni tak pergi kursus lagi
So memang kene pergi
So aku pergi hospital lewat sikit
Semoga keputusan darah anak aku ok, amin...
Semoga tidak perlu amik darah lagi, aminn
Semoga anak ibu sentiasa sihat, ceria, panjang umur, murah rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, amin
Sekian, wasalam

Monday, 27 February 2017

permohonan pertukaran

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal permohonan pertukaran aku
Aku mohon 5.8.2016, surat diterima 24.8.2016
Data kemaskini di website JANM 18.10.2016
Status permohonan : permohonan sedang diproses
Sabar menunggu dan terus menunggu
Ape2 pun alhamdulillah
Seronok kerja Kastam, tapi aku mahu ke Perak jugak
Sebab utama ialah Ibubapa aku tak sihat
Semoga cepat dapat tukar, amin....
Sekian, wasalam

bantuan taska

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal bantuan taska kerajaan
Alhamdulillah dah 2 tahun berturut2 dapat bantuan taska ni
Tapi setiap tahun kene bayar full dulu, bantuan dapat kemudian
Aku bayar penuh setiap bulan rm600, nanti rm360 akan dipulangkan kemudian
Dulu masa mula2 2016 bolehlah bayar tolak bantuan siap2, bayar rm240 jer setiap kali gaji
Sekarang tidak lagi....kene bayar penuh rm600 setiap bulan masa gaji start 2017
Teruk jugaklah nak menyampai gaji yg akan datang
Setiap bulan aku tak cukup duit....hahaha
Takperlah...rezeki Allah tu luas....
Teruskan berdoa agar setiap urusan dipermudahkan, amin....
Walaupun duit sentiasa tak cukup, boleh pulak g jalan2 setiap bulan kan, hahaha
Allah SWT tu Maha Pengasih.....
Sekian, wasalam....

steamboat


Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal masak stim hari2
Semalam masak ikan kukus halia
Hari ini masak ikan asam pedas
Sebelum ni kukus pau
Beli pau frosen, so boleh kukus pau
Next time nak masak kek kukus pulak
Harga steamboat ni rm80
Tengah promosi aku beli rm59
Kira tgh murah lah tu
Hanya ade satu ni jer pun
Yang lain semua mahal ratus2
Ni jer yg mampu beli
Lepas ni boleh kurus sebab masak kukus hari2
Masak sup hari2
Hahahah....
Sekian, wasalam

p/s : nak joging hari2 dan g gym hari2 dan pose sunat isnin khamis

Wednesday, 22 February 2017

ais pad

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal ais pad susu pam aku
Ade 5, yg tiga tu aku beli rm30 masa tahun 2013
Yang lagi 2 tu aku beli rm12.90 masa tahun 2015
Sayang nak buang dan masih boleh guna lagi
Ais pad ni banyak berjasa tau
Boleh simpan bubur yg frosen bila balik kampung
Bukan susu pam semata2
Ubat batuk or demam or ape2 pun boleh
Perjalanan balik 2-3-5 jam so boleh tahanlah dalam kereta
Boleh berbakti lagi untuk masa yang akan datang
Sekian, wasalam

Tuesday, 21 February 2017

besday suami 19-2-2017





Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini khamis zikir khamis subhanallah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal besday suami aku yg ke 32 tahun
19-2-1985 ~ 19-2-2017
Sambut bersama family dia (mertua aku) bersama adik beradiknya
Tak sangka pulak fahmi adiknya yg ke3 meninggal pada hari jadinya pada malam itu
8.40pm doktor sahkan
Padahal arwah dah tak sedarkan diri 7.30pm
Kebumi esoknya 20-2-2017 pukul 12pm
Sempat bersama arwah buat kali terakhir
Sempat berholiday bersama arwah buat kali terakhir
Sempat bergambar ramai2 buat kali terakhir
Aku dah maafkan adik2 ipar aku
Cuma susah nak lupakan aje....
Amik masa sikit....
Dah 5 tahun 8 bulan...
Sekian, wasalam....

Monday, 20 February 2017

port dikson 18.2.17-19.2.17









Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal pergi rumah transit port dikson ~ rumah kerajaan persekutuan
Murah jer rm70 semalam bagi apartment 3 bilik (1 bilik katil king, 1 bilik 2 katil single dan 1 bilik katil single), ade yg rm150 semalam bagi apartment 5 bilik (satu rumah ade 5 bilik)
Deposit rm50, dapat selepas 3 bulan selepas menginap
Nak mohon rumah persekutuan ni kene awal 6 bulan
Aku mohon 1.11.2016
Masih tengah menunggu pulangan rm50 deposit ni...huhuhu
Seronok sangat
Kami sampai awal, sebab tu tiada gambar family mertua
Mereka sampai 4.30pm
Kami sampai 12pm....huhu dapat kunci rumah awai....
Mandi kolam kul2pm sampai 3.30pm
Sambung mandi kul5.30pm- 6.30pm
Sekian, wasalam

Tuesday, 14 February 2017

setahun sebulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ini nak cerita pasal genap setahun sebulan buat blog ni
13-1-2016 hingga 13-2-2017
Setakat ni 38,655 orang yg dah baca blog ni
Duit nuffnang masih rm2.75
Tak gerak2 sebab iklan entah jadi kenapa entah....
Takperlah....tak de rezeki lagi
Sekian, wasalam....

Monday, 13 February 2017

3 tahun 8 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal anak sulung aku
Muhammad Haikal Hakimi Bin Mohd Azlan
Genap 3 tahun 8 bulan
9.6.2013 hingga 9.2.2017
Hari ini baru nak update
Anak aku masih pakai pampers
Sudah pandai berborak2
Kadang2 dia kencing dan berak di bilik air
Tapi ade jugak terbabas
So aku rasa baik pakai pampers
Aku yg stress
Semoga anak ibu sentiasa sihat, ceria, panjang umur, murah rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, amin...
Sekian, wasalam

5 tahun 7 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini isnin zikir isnin Laahaulawalakuataillahbillahhilalihilazim 1000kali
Hari ini nak cerita pasal genap 5 tahun 7 bulan perkahwinanku
10.7.2011 ~ 10.2.2017
Baru hari ini dapat update
Aku tak cukup tidur dan rehat dah seminggu
Tak boleh tidur...da makan ubat dan pergi berubat pun masih tak boleh tidur
Esok petang g hospital injet utk otak dan minta ubat tidur
Kalau tak tidur lagi malam ni dan esok, genap 2 minggu tak tidur
Aku cuba bertahan selagi boleh bertahan
Semoga perkahwinan ku sampai ke jannah, amin....
Sekian, wasalam

Friday, 10 February 2017

pengalaman mengandung anak2 dan bersalin anak2

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini jumaat zikir ya allah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal mengandung anak2 dan bersalin anak2
Aku mohon tukar dari perak ke putrajaya sebab ikut suami
Masa tu tak de anak lagi
Suami anak sulung, patut aku bg cucu sulung....tapi xde rezeki awal mengandung
Takpe, sabar dan pasrah dan redha
Bila dah ikut suami pindah, aku disahkan mengandung
Mula2 memang hapi sangat, pastu down sebab anak aku bukan cucu first
Dahlah aku meroyan semasa study, pastu meroyan semasa mengandung
Macam2 dugaan sejak aku pindah ikut suami
Sejak awai perkahwinan lagi dah macam2 musibah.....
Aku cuba redha dan pasrah
Aku ingat aku boleh hadapi bila ade anak seorang lelaki sahaja....
Tak sangka aku mengandung lagi....
Aku meroyan lagi semasa mengandung kedua....
Anak first dah meroyan teruk.....
Dapat anak kedua meroyan lagi....
Cian anak2.....maafkan ibu sayang.....
Ibu cuba jadi ibu terbaik untuk kamu berdua.....
Anak pertama tak pantang betul2...
Anak kedua pun tak pantang betul2...
Sedih aku....asyik kene bentan aje
Dengan keadaan sekeliling....
Adik2 ipar kurang ajar....
Dengan family aku buang aku dalam group family
Dengan family mertua tak pernah add aku dalam wasap group
Dengan mereka semua berkawan dgn bee hairuddin tu....
Sedih betul....
Dengan pergi bersalin di hospital sorang2
Pergi hospital dengan ambulans....
Aku sorang2 kat dunia ni....
Kenapa suka sisihkan anak yg oku ni
Aku pernah gila belajar akaun
Sekarang gila bersalin....
tolonglah....tiada siapa pun yg memahami.....
Ya allah....hanya ade allah sahaja.....
Sekian.....

Tuesday, 7 February 2017

anak2 sakit

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal anak2 sakit
Anak sulung aku start sakit (demam panas) masa umur 7 bulan 15hari
Anak kedua pula masa umur 5 bulan 18 hari (demam batuk selsema)
Sepatutnya anak2 yg susu badan sepenuhnya tidak akan sakit apa2 selama 6 bulan pertama
Sebab tu susu ibu penting
Sebab tu mesti wajib susu badan selama 2 tahun atau lebih
Susu badan antibodi anak2
Sakit datang dari Allah SWT
Sihat pun datang dari Allah SWT
So jangan nak pandang hina kat orang yg sakit or berlagak sentiasa sihat
Berikut senarai sakit anak2 aku
09.06.2013 hingga 31.01.2017
2013 : tiada time slip ke hospital or klinik sebab sihat selama 7 bulan 15hari
2014 : 13 sakit (si abang ~ demam, batuk, selsema, sakit telinga, sakit mata)
2015 : 3 kali sakit (abang) 1 kali (adik) sebab mandi kolam
2016 : 5 kali (abang) 9 kali (adik) rotavirus, chickenpox 2 kali, demam batuk selsema
2017 :  2 kali (abang) 2 kali (adik) setakat ini
so total abang 23kali, si adik 12 kali
Setiap kali anak2 sakit aku catit dalam buku, semua benda aku ingat dan catit
Aku sayang anak2 aku walaupun aku ni pesakit mental
Walaupun aku selalu maki dan pukul anak2 aku
Sanggup injet mahal2 supaya antibodi anak2 terjamin (vaksin tambahan)
Sekian, wasalam


urusan peribadi

Assalammualaikum dan selamat petang
Hari ini aku nak cerita pasal urusan peribadi pulak
Ni laporannya
2008 : tiada
2009 : tiada
2010 : 5 kali (sebab bertunang)
2011 : 5 kali (sebab berkahwin)
2012 : 11 kali (hal kuarters dan balik kampung)
2013 : 9 kali ( anak tak sihat dan balik kampung serta hal kuarters)
2014 : 15 kali ( balik kampung dan anak tak sihat)
2015 : 2 kali (Kdn ) 2 kali (kastam) ~ g tabung haji dan asb
2016 : 10 kali (anak2 tak sihat, taska tutup, balik kampung, tabung haji, asb, accident kete)
2017 : baru sekali (pergi Bph pasal duit hangus rm160)
korang ingat aku suka2 keluar opis sesuka hati????
Sekian terima kasih, wasalam


timeslip hospital dan klinik

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini selasa, zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ini nak cerita pasal timeslip hopital dan klinik aku dan anak2 aku
Aku photostate dan simpan sebagai rekod
Bukti keluar opis berapa kali
Nanti aku update gambarnya
Ni Laporannya dari 10.11.2008 hingga 31.01.2017
Tahun 2008 : tiada
2009 : tiada
2010 : tiada
2011 : 5 kali (diri sendiri)
2012 : 6 kali (diri sendiri dan baby dalam perut)
2013 : 17 kali (diri sendiri dan anak sulung) cuti bersalin 4 bulan
2014 : 24 kali (diri sendiri dan anak sulung dan anak dalam perut)
2015 : 12 kali (Kdn) 15 kali (Kastam) ( cuti bersalin 4 bulan)
2016 : 34 kali (diri sendiri dan anak2)
2017 : 3 kali setakat ini (diri sendiri dan anak2)
korang ingat aku suka pergi klinik dan hospital?
Sekian, terima kasih

Monday, 6 February 2017

cuti rehat

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini isnin zikir isnin Laahaulawalakuataillahbillahhilalihilazim 1000kali
Hari ini nak cerita pasal cuti rehat
Cuti rehat aku tahun ni ade 27hari, baru guna 4 hari bulan 1 ni, so ade 23hari lagi
Aku akan cuti setiap kali pergi hospital
Tahun lepas ade baki 12hari, 10 hari bawak ke GCR (pencen)
Berikut Laporan Cuti rehat aku sepanjang berkhidmat
10.11.2008-31.01.2017
2008 dapat 3 hari habis guna cuti setiap khamis
2009 dapat 20 hari habis guna cuti setiap khamis (ot 9 jam dapat sehari cuti rehat)
2010 dapat 20 hari ade baki 8hari bawak ke tahun depan (ot 9 jam dapat cuti rehat)
2011 - 28 hari - baki 4 hari bawak ke tahun depan (dapat simpan sikit sebab cuti kahwin 5hari)
2012 - 24 hari - baki cuti 12hari
2013 - 32 hari - baki cuti 11 hari - 1 hari bawak ke GCR
2014 - 30 hari - baki cuti 12 hari - 2 hari bawak ke GCR
2015 - 30 hari - baki cuti 16 hari - 5 hari bawak ke GCR
2016 - 31 hari - baki cuti 12 hari - 10 hari bawak ke GCR
2017 - 27 hari - baki cuti 23 hari (setakat ini) nak simpan 2 hari je sebab nak cukupkan 20hari cuti GCR
Sekian, wasalam....

Friday, 3 February 2017

duit hangus rm160

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini jumaat, zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal duit aku hangus rm160
Aku booking 6 bulan awai
Bayar awai2 siap2 masa bulan 7
Nak g Langkawi 31-12-2016 hingga 2-1-2017
3hari 2malam, rm160
Aku tempah 2 bilik, satu lagi rm200
Yang atas nama aku dapat masuk bilik
Yang nama kakak aku tak dapat masuk
Aku penah cerita sebelum ni
Yang musibah dan macam bala menimpa selama 3hari 2malam
Benda dah lepas, cuma susah aku nak lupakan
Kakak aku da ganti duit aku rm200
Tapi aku dah bayar balik kat dia rm100
Ade lagi rm100 dia cakap tak payah bayar balik
Still terkilan....kene buat 14hari awal sebelum hari kejadian
Buat penat je aku g naik bas pergi Bph dan naik teksi
Tak dapat ape2 pun
Takperlah...tak de rezeki
Redha dan pasrah
Sekian, wasalam


Thursday, 2 February 2017

20.10.2012

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal 20.10.2012
Aku simpan lagi resitnya, rm70 (mahalnye....)
Kami g klinik swasta untuk memastikan betul ke aku mengandung
Dah cuba buat sendiri kat rumah 2 kali
Memang keputusan positive
So bila dah pergi klinik, memang doktor dah sahkan
Scan perut tak nampak ape2, sebab awal lagi baru 6 minggu
Tapi doktor tu bagi tarikh salah
Doktor tu cakap
Due date 15.07.2013
Sepatutnya 8.9.2012-15.6.2013 (40minggu)
So tarikhnya 15.6.2013 (40minggu)
Aku buat buku merah kat klinik kerajaan masa 12 minggu
Saje buat lambat sebab scan kat swasta tak nampak ape pun
Bila dah buat buku merah baru nampak jantungnya
Doktor scan lagi sekali untuk kepastian
Tapi baby keluar awal pada 39 minggu
Anak sulung anak pertama kami lahir 9.6.2013
Alhamdulillah......
Walaupun aku bersumpah taknak bagi cucu
Akhirnya dapat jugak cucu....
Sepasang sudah....
No.3 insyaallah comin soon lagi 8 tahun, haha
Sekian, wasalam



gunung lang, Ipoh







Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini khamis, zikir khamis subhanallah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal gunung lang ipoh
Kami pergi semalam 1-2-2017
Cuti 5 hari balik perak (sabtu-rabu)
Dah 4 bulan tak balik tapah, kali terakhir 1.10.2016
Dah lama tinggal perak baru dapat pi gunung lang ni
Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
Naik bot bayar rm3.00 dewasa
Kanak2 free
Pesara kerajaan rm1.50 seorang
Abah a.k.a Atuk Ayah belanja kami naik bot
Bawak kami jalan2 ipoh
Terima kasih abah
Sayang atuk ayah....
Sekian, wasalam

susah tidur malam

Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera.... Da 4 tahun x tulis blog ni....Ade ke yg rindu...huhuhu....sekarang jam 1pagi still mata x boleh ti...