Tuesday 7 June 2016

menu berbuka puasa yg pertama



Ayam masak halia, murtabak daging buatan sendiri, dan sayur campur

Resepi Ayam Masak Halia
  • dada ayam - dipotong kecil 
  • 8 biji cili padi - dihiris
  • 1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan air
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 1/2 lobak merah - dihiris
  • 1 biji tomato sederhana besarnya - dipotong 6
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris nipis seperti mancis
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1/4 lada benggala  - dipotong kecil
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • sedikit kicap
  • sos tomato, sos cili, dan sos tiram
  • sedikit garam dan gula
  •  
  •  
  • Cara memasaknya : 
  • #1: ayam yang sudah dipotong kecil-kecil dan digoreng tadi perap dengan sos tiram, sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.
    #2: kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi, selepas tu bila dah namapak garing ketepikan. dengan memakai minyak yang sama tapi bila banyak buangkan sikit. tumis bahan yang tealh ditumbuk kasar tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.
    #3: kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. selepas itu kacau sebatikan. masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. kacau sebatikan.
    #4: bila dah nampak mendidih masukan kepingan dada ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebatikan. masukan juga tepung jagung yang telah berbancuh dengan air. sesuaikan kepekatan dengan selera anda
    #5: akhir sekali masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato. kemudian kacau rata dan sesuaikan cita rasanya dengan selera anda. bila dah masak tutp api dan hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm Sedaaappp!
     
  • Resepi Murtabak daging buatan sendiri :
  • 5 biji kentang direbus dgn garam, dilenyek dgn daging sehingga lembut
  • 13 ketul daging ayam/lembu yg kecil di hiris halus2
  • telur 2 biji
  • satu sudu teh jintan manis
  • satu sudu teh lada hitam
  • 1 biji bawang merah besar - dipotong dadu halus2
  • kulit popia beli satu paket yg kecil ade 1000 keping-hanya guna 11 keping sahaja
  • dibakar dengan kuali leper, bubuh minyak sedikit
Resepi sayur campur :

Sayur sawi 2 batang dipotong kecil2
Sayur kacang buncis dlm 5 ketul dipotong kecil2
Sayur karot satu batang dipotong kecil2
Bubuh minyak sedikit, masukkan semua sayur
Bubuh 1 biji telur, gaul dgn semua sayur
Bubuh perencah pasti sedap sedikit dan bubuh lada hitam sedikit
Tidak perlu garam ye

Sekian menu untuk pertama bagi puasa yg pertama :)

No comments:

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...