Tuesday 14 June 2016

kesan sampingan injection perancang

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan injection perancang yg setiap 3 bulan tu.
Suntikan depo-provera iaitu ubat hormone yang mengandungi satu jenis sintetik hormone saja.depot medroxyprogesterone acetate (DMPA) yang sangat berkesan untuk pencegahan kehamilan.
Ia diberikan selepas hari ke 5 haid bagi memastikan wanita itu tidak hamil ketika suntikan diberikan. Ia sangat berkesan untuk 3 bulan dan kemudian wanita itu akan disuntik semula.
Kaedah suntikan hormon ini sangat sesuai bagi wanita yang menyusukan bayi kerana ia tidak mengeringkan susu badan
Wanita yang mengamalkan suntikan ini boleh hamil dalam masa tiga hingga empat bulan selepas suntikan terakhir. Walaubagaimanapun ada wanita yang mengambil masa satu atau dua tahun untuk hamil semula.
Banyak kajian menunjukkan bahawa jika seorang wanita itu lebih lama mengamalkan suntikan perancang kehamilan depo-provera, lebih sukar atau mengambil lebih lama untuk hamil semula.
Sekiranya tidak hamil setelah enam bulan tidak mengamalkan suntikan itu tetapi masih tidak hamil, hendaklah berjumpa dengan doktor pemeriksaan.
Wanita yang ingin mengamalkan suntikan ini perlu berbincang dengan doktor mengenai kesan sampingannya.
Antara kesan sampingan yang biasa berlaku :
1. kitaran haid yang tidak menentu
2. sakit kepala
3. rasa berdebar-debar
4. pening(berpusing)
5.jerawat
6.perubahan selera makan samada cepat lapar atau lambat lapar
7.penambahan berat badan
8.Pertumbuhan berlebihan bulu pada muka dan badan
9. keguguran rambut
10.kereputan pada tulang
11.kanser rahim - jarang2 berlaku
Tidak digalakan mengambil suntikan ini terlalu lama, seeloknya hanya 2 tahun
Sekiranya masih tidak period selepas setahun amik injection ini hendaklah berhenti mengambilnya.

Sekian terima kasih


No comments:

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...