Friday, 31 March 2017

setahun 9 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita genap setahun 9 bulan anak kedua ibu ni
29-6-2015 hingga 29-3-2017
Nur Azalia Hadirah binti Mohd Azlan
23.5.2017 nanti amik darah lagi
30.5.2017 keputusan darah
Hb masih belum sampai 12
Last cek 10.5
Semoga anak ibu sentiasa sihat ceria panjang umur murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat. amin...
Sekian, wasalam

Friday, 17 March 2017

majlis tahlil



Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal majlis tahlil arwah abah
Kami semua buat majlis tahlil arwah abah setiap malam selama 7hari
Rezeki abah banyak, so buat setiap malam di tempat yg berbeza2
Malam pertama di rumah kami
Malam kedua dan ketiga di surau batu 3 tapah road
Malam ketiga juga di kg melaka sekali dgn arwah fahmi adik ipar belah suami
Malam keempat di surau batu 4 dan surau di tambun, ipoh
Malam kelima di presint 11 putrajaya
Malam keenam di batang kali rumah nenek ~ uwan
Malam ketujuh di surau batu 3
Murah rezeki arwah abah
Insyaallah akan menyusul malam hari ke 40 dan 100hari
Sekian, wasalam

Jangkitan kuman paru2



Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal jangkitan kuman paru2
Abah sesak nafas dan demam panas dari hari sabtu lagi
Abah sampai je dari mekah sampai je KLIA 2 terus naik ambulance terus ke hospital putrajaya
Abah meninggal 3.35pm hari yg sama iaitu pada hari ahad
Kebumi di Tapah Road jam 1.40am malam tu jugak
Siap mandi jenazah di Hospital Putrajaya
Solat Jenazah di rumah kami di Tapah Road
Semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan
Alhamdulillah....
Insyaallah kami semua redha dan pasrah
Abah, tunggu kami semua ye di pintu syurga
Kami semua sayang abah....
Sekian wasalam....

p/s : gambar terakhir abah ialah di depan masjid mekah.... gambar abah semuanya gembira tersenyum

ikan kukus halia

Resepi Ikan Kukus Halia :

1 1/2 inci halia ditumbuk halus
1 bawang putih ditumbuk halus
Garam secukup rasa
Cili padi dalam 3 batang dihiris
1 batang serai ditumbuk
Gaulkan semua bahan di atas
Kukus selama 30minit
Sekian wasalam

Thursday, 16 March 2017

Besday umi 7.3.2017

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita besday ibu aku iaitu umi kami yg ke 56tahun
Tak sangka abah meninggal 5.3.2017
Sebelum besday umi yang ke 56tahun pada 7.3.2017
Tak sempat nak sambut sama2 dengan abah
Kami semua sayangkan abah dan umi
Kami semua rindukan abah
Tenanglah di sana wahai abah
Tunggu kami di syurga ye abah...
Sayang abah dan umi selamanya
Sekian, wasalam

Morib 4.3.17-5.3.17








Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal kami sekeluarga pergi morib pada sabtu ahad 4.3.17&5.3.17
Rumah Persekutuan Kerajaan - Morib
Tak dapat mandi pantai sebab pantai kering
Tak seronok sangat sebab family lain tak ikut
Bosan sebab family aku jer
Orang lain ramai dtg bawak sedara mara
Jeles aku....
Tak perlah, redha dan pasrah
Sekian, wasalam

umrah kali kedua




Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal umrah kali kedua
Kali pertama 2004, kali kedua 2017
Dulu abah pergi dgn umi, kali ini pergi bertiga dengan adik aku yg no.4
Tak sangka abah pergi buat selamanya setelah pulang dari umrah
Sedih sangat...
Terpaksa redha dan pasrah
Berat ujian Mu Ya Allah....
Abah umur 63 tahun meninggal
Tak sangka semasa abah pergi itu kali terakhir cium pipi abah....
Aku rindu abah sangat2....
Tak puas berbakti lagi...
Abah....tunggu kami semua di syurga ye....
Sekian, wasalam....

aktiviti taska





Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal aktiviti taska anak2 aku
Cikgu Nor rajin hantar gambar ape yg budak2 4 tahun buat setiap hari
Seronok tengok budak2 ni belajar sambil bermain
Semoga korang semua sentiasa sihat ceria panjang umur murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Sekian, wasalam



16.3.10 ~ 16.3.17 genap 7 tahun

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini khamis zikir khamis subhanallah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal genap 7 tahun aku kenal suami aku
16.3.2010 hingga 16.3.2017
Walaupun baru 7 tahun jer, aku masih cuba menyesuaikan diri lagi
Suamiku pun masih belum paham dengan sikap aku lagi
Aku pesakit mental, kadang kala aku ade bermacam2 pesonaliti
Kadang2 aku penyayang sangat, selalunya aku sentiasa moody mengamuk 24jam
Tahun ni genap 11 tahun penyakit mental aku ni
Sampai bila2 makan ubat dan jumpa doktor
Berubat dengan darulshifa pun sudah....
Akhirnya berserah kepada Allah SWT
Redha dan Pasrah
Sekian, wasalam

Wednesday, 15 March 2017

5 tahun 8 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal genap 5 tahun 8 bulan perkahwinanku
10.7.2011 hingga 10.3.2017
Setiap tahun ditimpa musibah/bala/dugaan/kifarah
Setiap tahun meminjam duit
Setiap hari bergaduh
Tahun ni adik ipar kurang ajar meninggal dunia
Tahun ni jugak ayah kesayangan aku meninggal dunia
Husin Bin Hj Abd Rahman
Dulu tahun 2014 atuk meninggal dunia
Atuk kesayangan aku....Hj Abd Kadir Bin Hj Kamarudin
Atuk sebelah abah Hj Abd Rahman Bin Harun semasa aku 17 tahun
Nenek - Opah Hajah Hamidah Binti Mat Tahir semasa aku 17 tahun
Tinggallah nenek kesayangan aku ~ uwan yg masih hidup sekarang ni
Hajah Hindun Binti Rashid
Semoga nenek aku panjang umur sampai 100tahun, aminn....
Semoga suami aku berubah yg lebih baik dan membimbing kami ke syurga Mu Ya Allah, amin....
Sekian, wasalam.....

3 tahun 9 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini nak cerita pasal genap 3 tahun 9 bulan anak sulung aku
Muhammad Haikal Hakimi Bin Mohd Azlan
9.6.2013 hingga 9.3.2017
Hari ini baru nak update
Semoga anak ibu ni sentiasa sihat, ceria panjang umur, murah rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, amin.....maafkan ibu selalu pukul dan maki kamu.....
Ibu tak boleh kawal emosi marah ibu
Ibu pesakit mental
Maafkan ibu....
Sekian, wasalam

mc 2 minggu


Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal mc hospital 2 minggu
Mc dari 14.2.2017 sampai 24.2.2017
Cuti rehat 2hari
Bulan satu dah cuti rehat 4 kali 4 hari
Bulan dua dah cuti rehat 3 kali 3 hari
Bulan tiga dah cuti rehat 3 kali 3hari
Cuti rehat aku dah tinggal 17hari
Dah terlebih guna cuti rehat
Patut setiap bulan 2 hari jer guna
Nak buat macam mana, setiap bulan ditimpa musibah, ujian
Adik ipar belah suami meninggal
Ayah aku meninggal
Anak2 tak sihat
Tu yg banyak guna cuti rehat
Terpaksa redha dan pasrah
Sekian, wasalam

teringin pakai inai

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal teringin pakai inai
Dah lama dah ni baru nak update
Masa kahwin tak merasa buat macam ni
Anak dah dua, 4 tahun dan 2 tahun baru nak buat
Dah buang tebiat, hahaha
Nak pakai lagi nanti kalau jumpa lagi
Satu ni je pun rm5.00 sahaja
Bertahan selama 7hari
Sekian, wasalam

majlis perpisahan en.bain


Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini rabu zikir rabu astaufirullahhalhazim 1000kali
Hari ini nak cerita pasal perpisahan en.bain, cc unit terimaan
Hari ini baru nak update sebab bz memanjang....
Dengan mc 2 minggu
Dengan adik ipar meninggal
Dengan ayah sendiri meninggal
So banyak cerita aku nak update
En.bain last 8.2.2017
Buat jamuan perpisahan utk dia
Sedih aku, sebab lepas ni kalau ade masalah akaun tak teli tak de sape nak tolong aku
Stress aku....
Sebab tu aku mc hospital 2 minggu
Asyik stress jer....
Minggu depan or minggu ni g hospital
Aku nak mc 3 bulan
Aku nak jaga mak aku....
Aku nak bersara awai
Nak buat surat doktor
Minta tukar perak tak dapat2
Akhirnya ayah aku dah meninggal pun tak dapat2 tukar perak jugak....
Stress aku....
Sekian, wasalam

Tuesday, 14 March 2017

setahun 2 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ni nak cerita pasal genap setahun 2 bulan buat blog ni
13-1-2016 hingga 13-3-2017 (semalam)
Hari ini baru dapat update sebab cuti seminggu
Semalam tak sempat sebab bz
Macam2 dugaan tahun ni
Setakat ni baru 46,716 org yg baca blog ni
Duit nuffnang masih rm2.75
Ape2 pun syukur alhamdulillah....
Banyak yg aku nak update
Kisah2 sedih dalam hidup aku
Sekian, wasalam

susah tidur malam

Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera.... Da 4 tahun x tulis blog ni....Ade ke yg rindu...huhuhu....sekarang jam 1pagi still mata x boleh ti...