Monday, 15 February 2016

Tanda-tanda Hampir Bersalin



Assalammualaikum dan selamat pagi semua, hari ni nak bagitahu tentang tanda-tanda nak bersalin.....

(1) Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. 
Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
sakit perut, memulas
kerap buang air besar
kerap terkentut

(2) Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula terbuka. 
Lendir yang kadangkala bercampur dengan darah. 
Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

(3) Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. 
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. 
Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. 
Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. 
Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda semasa anda berbaring mengiring.

(4) Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. 
Dan ia selalunya tidak menyakitkan. Segera ke hospital. 
Terdapat 2 situasi pecah air ketuban yang biasanya terjadi Pecah dan keluar air dengan banyaknya pada satu masa. 
Selalunya bila keadaan ini terjadi, segeralah ke hospital tanpa berlengah lagi. Itu tandanya kepala bayi anda sudah menolak “ke bawah” dan mengoyakkan selaput yang melindungi bayi & cecair amnion.
Anda sudah bersedia untuk melahirkan pada bila-bila masa sahaja.
Air turun sedikit demi sedikit. 
Kadangkala ada ibu-ibu yang tidak perasan bahawa air yang keluar itu adalah air ketuban. 
Keadaan ini agak berbahaya kerana sekiranya air ketuban sudah berkurangan, ini boleh mengakibatkan bayi anda berisiko utk “lemas” dan menyebabkan kecacatan selepas kelahiran. Nauzubillah.
Jadi pesanan saya buat ibu-ibu yang sedang menantikan saat utk melahirkan, sila perhatikan tanda-tanda di atas dan segeralah ke hospital.
Saya doakan ibu-ibu selamat melalui detik pengalaman yang sangat berharga untuk melahirkan cita hati anda dan suami ke dunia ini. Amin!

No comments:

susah tidur malam

Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera.... Da 4 tahun x tulis blog ni....Ade ke yg rindu...huhuhu....sekarang jam 1pagi still mata x boleh ti...