Tuesday, 7 June 2016

menu berbuka puasa yg pertama



Ayam masak halia, murtabak daging buatan sendiri, dan sayur campur

Resepi Ayam Masak Halia
  • dada ayam - dipotong kecil 
  • 8 biji cili padi - dihiris
  • 1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan air
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 1/2 lobak merah - dihiris
  • 1 biji tomato sederhana besarnya - dipotong 6
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris nipis seperti mancis
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1/4 lada benggala  - dipotong kecil
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • sedikit kicap
  • sos tomato, sos cili, dan sos tiram
  • sedikit garam dan gula
  •  
  •  
  • Cara memasaknya : 
  • #1: ayam yang sudah dipotong kecil-kecil dan digoreng tadi perap dengan sos tiram, sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.
    #2: kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi, selepas tu bila dah namapak garing ketepikan. dengan memakai minyak yang sama tapi bila banyak buangkan sikit. tumis bahan yang tealh ditumbuk kasar tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.
    #3: kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. selepas itu kacau sebatikan. masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. kacau sebatikan.
    #4: bila dah nampak mendidih masukan kepingan dada ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebatikan. masukan juga tepung jagung yang telah berbancuh dengan air. sesuaikan kepekatan dengan selera anda
    #5: akhir sekali masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato. kemudian kacau rata dan sesuaikan cita rasanya dengan selera anda. bila dah masak tutp api dan hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm Sedaaappp!
     
  • Resepi Murtabak daging buatan sendiri :
  • 5 biji kentang direbus dgn garam, dilenyek dgn daging sehingga lembut
  • 13 ketul daging ayam/lembu yg kecil di hiris halus2
  • telur 2 biji
  • satu sudu teh jintan manis
  • satu sudu teh lada hitam
  • 1 biji bawang merah besar - dipotong dadu halus2
  • kulit popia beli satu paket yg kecil ade 1000 keping-hanya guna 11 keping sahaja
  • dibakar dengan kuali leper, bubuh minyak sedikit
Resepi sayur campur :

Sayur sawi 2 batang dipotong kecil2
Sayur kacang buncis dlm 5 ketul dipotong kecil2
Sayur karot satu batang dipotong kecil2
Bubuh minyak sedikit, masukkan semua sayur
Bubuh 1 biji telur, gaul dgn semua sayur
Bubuh perencah pasti sedap sedikit dan bubuh lada hitam sedikit
Tidak perlu garam ye

Sekian menu untuk pertama bagi puasa yg pertama :)

Adik2 ipar belah suami yg kurang ajar ~ part 3



Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal adik2 ipar belah suami yang kurang ajar....
Dah 5 tahun tak pernah nak add no.hp dalam group family abdullah&azizah
Semua anak2 dan menantu ada kecuali aku....
Almaklumlah aku bukan menantu pilihan dan bukan kakak ipar pilihan....
Tahun ni giliran beraya di melaka bersama2 adik2 ipar kurang ajar....
Menyampahnyer lahai....tak best raya tahun ni....hmm
Dah 5 tahun tak pernah nak minta maaf kat kakak ipar yg sulung ni....
Kurang ajar sampai bila2....
Semoga korang semua merangkak kat akhirat nanti
Setiap perbuatan dan perkataan aku tak kan lupakan dan maafkan....
Setiap kali aku bersalin korang semua buat aku meroyan
Jumpa kat akhirat nanti
Sekian, wasalam....


Monday, 6 June 2016

floria 2016





Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal Floria Putrajaya
Best dan memang seronok
Tapi malangnya tengah sakit perut tak de mood nak pegi jalan2
Walaupun sakit perut tetap pegi bawak anak2 pi tgk bunga
Walaupun hujan dgn tiba2, basah kuyup naik motor bawak anak2 tetap pegi tgk bunga
Kesimpulannya anak2 batuk dan selsema
Stress aku
Sekian wasalam

selamat berpuasa semua

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal puasa
Alhamdulillah dapat puasa penuh dan terawih penuh bulan ni, insyaallah
Injet perancang kesan sampingan tak period berbulan2 dan bertahun2
Anak kedua dah 11 bulan 7 hari dah tak period
Anak pertama dah 3 tahun
So dah 3 tahun amik injet perancang bulanan
Kebaikan perancang ni dapat puasa penuh dan terawih penuh
Alhamdulillah....
Walaupun banyak keburukannya, salah satu nya dapat kanser rahim bila umur da 45tahun
takperlah redha dan tawakal jerlah....
Bawak anak2 pegi terawih kat surau memang banyak dugaan
Tapi perjuangan tetap diteruskan
Anak2 meragam dan kaco org tgh solat
Semua org memahami
Zaman Rasulullah SAW pun ramai yg bawak anak2 kecik g solat terawih
Apatah lg baby yg masih kecil
Tapi anak aku dah 11 bulan 7 hari, so memang boleh bawaklah kan....
Kalau masa umur 2 bulan memang tidak digalakkan bawaklah....sebab masih kecil
Sekian untuk hari ni....
Wasalam....tcare

Friday, 3 June 2016

majlis perjumpaan ibubapa

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal majlis perjumpaan ibubapa anak2 di Taska Narizan di sebelah opis ku
Ada bacaan yasin dan jamuan makan2 sempena nak sambut bulan puasa
Bestnyer...tak sabar nak puasa....pegi terawih hari2....
Seronok memasak hari2 menu berbuka berbeza2 setiap hari...
Masa nilah buka buku resepi...hihihi
Setahun sekali masak best2 masa time berbuka pose
Hanya sebulan setiap tahun....
Tu yg seronok....
Walaupun raya tahun ni tak best sebab raya kat melaka....hmm
bila pose seronok nak berbuka pose ramai2....
Rindu abah umi kat perak...hmmm
Selamat menyambut bulan pose semua
Sekian wasalam

Thursday, 2 June 2016

my bff

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari nak cerita pasal my bff, amalina abdullah
Masa belajar satu course yg sama
Pernah buat besday party untuk ku
Selalu bawak ku blk kampungnya sebab nak tgk citer karton, haha
Selalu lepak sama2
Makan sama2
Masa aku tunang dia ade
Masa aku kahwin dia pun ade
Masa aku bersalin dia pun bersalin
Anak2 kami semua sebaya
Hari tu tgk wayang dgnnya
Dah 5 tahun tak tgk wayang, akhirnya dapat gak tgk wayang
Cerita X-men yg terbaru, best
Makan sama2, pegi shopping sama2
Tapi malangnya aku sakit perut asyik g toilet, huhu
Sayang kamu, mmuahh
Sekian, wasalam

Wednesday, 1 June 2016

welcome june :)


Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal hari ni ade bacaan yasin kat opis
Ade jamuan makan2 kat opis
Sempena nak sambut bulan puasa
Selamat menyambut bulan puasa semua :)
Suka sangat bulan jun sebab anak2 semua lahir bulan jun
Ibu sayang kamu semua walaupun ibu ni garang setiap hari maki dan pukul kamu
Ibu cuba jadi ibu terbaik buat kamu semua
Terima kasih sebab hadir dalam hidup ibu
Sayang kamu, mmuahh
Sekian wasalam

fun run 3km, 4km n 5km tahun 2025

Salam semua, da lama x update blog...hari ni nk cerita pasal masuk fun run 3km, 4km n 5km pa...