Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ini nak cerita pasal pegi Langkawi 8.10.2012-10.10.2012
Beli motor dapat 3hari 2malam percuma percutian tetapi kene bayar deposit rm100 sebelum percutian
Alhamdulillah masa ni tengah peknen tak tahu lagi masa tu
Dapat tahu peknen masa 20.10.2012 pegi klinik swasta
Husna anak buah aku belah suami, anak luar nikah lahir 25.10.2012
Baru nak bagi berita gembira bakal dapat cucu sulung anak sulung kami
Tup2 dah dapat cucu dah....
Geram dan sakit hati....
Aku tahu pun bila adik ipar kurang ajar dah ade 2 anak baru aku tahu
Menipu cakap mertua bela anak angkat
Bukan nak jujur dengan aku
Suka menipu je kejenyer....
Walaupun benda dah lama lepas, masih segar di ingatan
Sampai mati aku ingat
Ko buat aku meroyan masa aku dalam pantang
Anak pertama dan kedua aku meroyan teruk
Aku campak baby baru lahir
Kecian anak2 aku
Ko ingat aku boleh lupa....
Sekian luahan hati aku
Sekian, wasalam
Friday, 20 January 2017
Wednesday, 18 January 2017
deposit hangus 5.4.2012
Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal deposit hangus rm100 masa dapat percutian 3hari 2 malam di Langkawi
Beli motor bulan 4 2012 so dapat tiket free 3hari 2malam tapi dengan bayar deposit rm100 selepas bercuti baru dapat duit rm100 tu...tetapi
Sampai sekarang duit rm100 tu tak dapat balik pun....
Aku haramkan rm100 tu....jumpa kat akhirat nanti....
Sekian, wasalam.....
kete kene tarik 11.9.2012
Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal kete kene tarik depan opis kdn masa 11.9.2012
Benda dah lepas tapi masih segar di ingatan
Sampai mati aku ingat
Gambar di atas ialah 2 orang pemuda yg menarik kereta suami aku
Dia cakap dah 3 bulan tak bayar kereta viva rm509 sebulan
Sebab tu kene tarik
Padahal suami aku bayar setiap bulan tanpa miss
Bayar kat bapak mertua aku
Bapak suami aku
Abdullah bin Bakar
Sebelum ni elok jer, ok jer
Tak sangka pulak boleh jadi macam ni
Lepas ni memang kami bayar sendiri
Pengajaran buat kami
Bayar sendiri jangan harap orang lain walaupun ayah sendiri
Walaupun dah bertahun tahun berlalu
Masih segar di ingatan
Kene bayar rm2058 baru dapat kete balik
Nasib baik sepupu suami, busu yg bayarkan
So bayar bulan2 kat dia
Aje yg geram....
Tak pasal2 tambah hutang lagi
Sekian, wasalam
Hari ini nak cerita pasal kete kene tarik depan opis kdn masa 11.9.2012
Benda dah lepas tapi masih segar di ingatan
Sampai mati aku ingat
Gambar di atas ialah 2 orang pemuda yg menarik kereta suami aku
Dia cakap dah 3 bulan tak bayar kereta viva rm509 sebulan
Sebab tu kene tarik
Padahal suami aku bayar setiap bulan tanpa miss
Bayar kat bapak mertua aku
Bapak suami aku
Abdullah bin Bakar
Sebelum ni elok jer, ok jer
Tak sangka pulak boleh jadi macam ni
Lepas ni memang kami bayar sendiri
Pengajaran buat kami
Bayar sendiri jangan harap orang lain walaupun ayah sendiri
Walaupun dah bertahun tahun berlalu
Masih segar di ingatan
Kene bayar rm2058 baru dapat kete balik
Nasib baik sepupu suami, busu yg bayarkan
So bayar bulan2 kat dia
Aje yg geram....
Tak pasal2 tambah hutang lagi
Sekian, wasalam
jenis-jenis meroyan
Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini rabu zikir rabu astaufirullahhalhazim 1000kali
Hari ini nak cerita pasal jenis-jenis meroyan
Aku ni jenis meroyan semua jenis seperti di atas
Sebab tu kene injet setiap bulan sekali
Injet untuk otak
Injet bagi tenang fikiran
Aku post entry ni bagi korang semua paham nape aku meroyan 24jam
Meroyan ni seumur hidup
Harap korang semua paham
Bagi mengurangkan masalah tersebut, pelajarilah tanggungjawab sebagai ibubapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.
Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika merasa tertekan.
Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang kerana anda masih lemah.
Rehat yang cukup juga adalah penting.
Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang.
Beri masa untuk diri anda sendiri.
Pengambilan diet dan pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untuk kembali cergas.
Sekian, wasalam
Tuesday, 17 January 2017
kuat makan
Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ini nak cerita pasal kuat makan
Sape tu yg kuat makan
Aku lah sape lagi
Berat aku 56kg
Dulu 50kg jer
Sejak ade anak dua ni
Berat bertambah2 lagi
Aku kuat makan
Menyusu badan memang kuat makan
Sehari wajib 10kali
10pinggan
Bela saka agaknya
hahaha
Memang dari kecik lagi kuat makan
Berat dulu masa remaja 40kg tinggi 163cm
kurus kering
Sekian, wasalam
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ini nak cerita pasal kuat makan
Sape tu yg kuat makan
Aku lah sape lagi
Berat aku 56kg
Dulu 50kg jer
Sejak ade anak dua ni
Berat bertambah2 lagi
Aku kuat makan
Menyusu badan memang kuat makan
Sehari wajib 10kali
10pinggan
Bela saka agaknya
hahaha
Memang dari kecik lagi kuat makan
Berat dulu masa remaja 40kg tinggi 163cm
kurus kering
Sekian, wasalam
Monday, 16 January 2017
solat tarawih
Assalammualaikum dan selamat petang semua
Panduan semua untuk solat terawih 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat
Selamat beramal semua
Sekian, wasalam
solat jamak
Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini isnin zikir isnin Lahaulawalakuataillahbillahhilalihilazim 1000kali
Hari ini nak cerita pasal solat jamak
Cara Solat Jamak
Selalunya, di hentian R&R Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), kita biasa nampak tatacara, panduan dan cara solat jamak dan qasar di dinding surau. Bila mahu solat, kita baca. Lepas itu, lupa. Jika singgah lagi di R&R, baca lagi. Selepas itu, lupa lagi. Mungkin kerana tidak dipraktikkan, kita selalu lupa.Apa tidaknya, jika tidak selalu diamalkan, kita akan terlupa cara solat jamak. Kena selalu praktis cara solat jamak jika bermusafir agar terus lekat dalam kepala. Di bawah ini ialah panduan sembahyang musafir atau cara solat jamak yang diambil menggunakan kamera di salah satu Hentian R&R PLUS.

Apa itu solat jamak?
Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Apakah syarat solat jamak?
Untuk solat jamak taqdim:
1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
Untuk solat jamak taakhir:
1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
Bagaimana cara dan contoh niat solat jamak?
Untuk jamak taqdim:
1. Jama’ Taqdim Empat Rakaatأصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)Untuk jamak taakhir:
1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaatأصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)Akhir kata
Semoga artikel cara solat jamak ini dapat membantu kita melakukan ibadah, walau di mana kita berada. Usah sesekali meringankan solat, walaupun bermusafir.Untuk menghimpunkan dan memendekkan rakaat solat, baca panduan solat jamak yg betul. Harus diingat, yang dibolehkan hanya solat Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak sahaja.
Walaubagaimanapun, jika hanya ingin memendekkan solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’, ikuti panduan solat jamak JAKIM
Semoga perjalanan kita mendapat keredhaan Allah.
Sekian, wasalam
Subscribe to:
Posts (Atom)
fun run 3km, 4km n 5km tahun 2025
Salam semua, da lama x update blog...hari ni nk cerita pasal masuk fun run 3km, 4km n 5km pa...
-
Assalammualaikum dan selamat pagi semua.... Hari ni nak cerita pasal abah dan ummi saya.... Abah 63tahun ummi 55tahun.... Abah dan U...
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera...... Hari ni nak cakap pasal kawan baik..... Walaupun ramai kawan baik susah nak cari kawan yg sama...
-
Assalammualaikum dan selamat pagi semua Doa hari ini doa selepas solat untuk semua Selamat beramal, sekian, wasalam

















