Assalamualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal bersalin normal,alhamdulillah anak2 saya semuanya bersalin normal, hanya 2jam di labour room
Sewaktu nak bersalin adalah waktu yang amat-amat genting dan kritikal bagi ibu hamil. Teknik
yang betul dapat membantu untuk memudahkan ibu hamil untuk mudah bersalin secara normal terutamanya anak sulung.
Setiap ibu-ibu mesti mempunyai pengalaman yang berbeza-beza ketika
melahirkan bayi termasuklah saya. Jadi saya ingin kongsikan kepada anda
semua tentang
tip bersalin secara normal. Salah satu tips ini saya juga amalkannya.
Tips 1: Mudah bersalin dengan urutan
Urutan dilakukan adalah untuk mengelakkan berlaku koyak yang lebih
teruk semasa nak meneran. Urutan dilakukan ketika mengandung minggu
ke-34 hingga waktu nak bersalin, jangan lakukan urutan terlalu awal.
Urut menggunakan minyak zaitun sebagai contoh jangan guna minyak
sembarangan. Urutan bermula dari bahagian dubur ke faraj. Sebelum
melakukan urutan dapatkan nasihat doktor dulu ya.
Tips 2: Senaman bagi ibu hamil
Senaman adalah untuk menjadikan otot vagina lebih fleksibel dan
anjal. Ibu hamil sangat digalakkan untuk kerap berjalan dari banyak
duduk kerana ini salah satu tips untuk mudah bersalin secara normal.
Tisp 3: Teknik pernafasan yang betul
Benar atau tidak teknik pernafasan yang betul dapat memudahkan ketika
nak bersalin hanya dengan satu kali teran sahaja tanpa koyak dan perlu
dijahit. Itu terjadi pada sahabat saya dulu, saya juga tidak percaya
tapi ia benar. Pernafasan yang betul adalah penting untuk memudahkan
proses nak meneran dan untuk menahan sakit. Kebiasaannya sewaktu nak
bersalin doktor akan maklumkan cara pernafasan yang betul.
Tips 4: Dapatkan tidur yang cukup
Dihujung kehamilan biasa ibu-ibu akan tak cukup tidur kerana badan
mula sakit terutamanya dibelakang badan dan pinggang. Jadi nak tidur
memang tak selesa, tapi ibu-ibu diharap dapat mendapatkan tidur yang
cukup supaya tidak letih sebelum berjuang nanti untuk bersalin.
Tips 5: Jangan panik tapi keadaan selesa
Bila dah tiba nak bersalin perasaan tu memang akan rasa panik. Tapi
ibu-ibu dinasihatkan untuk bertenang dan tidak tergopoh gapah supaya
dapat elak dari bersalin dengan menggunakan bantuan vakum atau forsep.
Peralatan untuk dibawa ke hospital sepatutnya dah disiapkan terlebih
awal lagi.
Tips 6: Orang tersayang pemberi semangat
Seronok jika suami ada disebelah ketika isteri sedang berjuang nak
bersalin. Ia sebagai pemberi semangat untuk terus meneran, sebagai
tukang lap peluh isteri juga. Tapi yang paling penting biarlah bayi yang
baru lahir dapat di azankan oleh bapanya sendiri.
Tips 7: Kerapkan berjalan
Ibu hamil dinasihatkan untuk kerap berjalan pada minggu-minggu akhir
kehamilan supaya bayi akan ‘engage’ atau maksud lagi kepala bayi pada
tempat saluran yang betul. Ini adalah untuk memudahkan untuk bersalin
dan untuk bantu tempoh proses bersalin dengan cepat.
Tips 8: Posisi ketika baring
Posisi baring mengiring katanya dapat memudah bersalin kerana ia
bantu untuk bukaan serviks dan mudah bayi untuk keluar. Berbeza pula
jika baring menelentang ia akan beri tekanan pada byi untuk keluar
nanti.
Tips 9: Makanan sebagai pemberi tenaga
Bila tiba masa nak bersalin ibu diminta untuk mengambil makanan yang
memberi tenaga contoh seperti kurma. Ini supaya nanti dapat meneran
dengan bertenaga dan tidak lemah. Saya sendiri amalkan kurma.
Tips 10: Banyakkan berdoa
Berdoa dan minta kepada-Nya adalah penting kerana hanya Dialah yang
dapat selamatkan ibu dan bayi. Semoga dengan banyak berdoa dapat
memudahkan proses bersalin nanti, ibu dan anak selamat.
Selamat Mencuba semua :)