Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal anak no.2 nur azalia hadirah binti mohd azlan
Semalam genap setahun 3 bulan anak ibu
29-6-2015 hingga 29-9-2016
Masih susu badan sepenuhnya
Daripada lahir sampai sekarang asyik kene amik darah jer
Berat, bmi sentiasa kuning daripada lahir
Berat tidak teli dengan ketinggian
Tinggi 76cm, berat masih 7.5kg, da xnaik2
Kalau naikpun sikit2
Setiap bulan checkup klinik dan hospital
6-10-2016 ni keputusan darah
Setiap 3 bulan amik darah
Kali ni amik darah nak cek vitamin dalam badan
Dulu dah amik, kene amik lagi
Menyampah aku
Kene jumpa doktor pakar sampai umur 4/5 tahun
lambat lagi, letih aku
Kene refer pakar sebab berat badan
Semoga anak ibu sentiasa sihat, ceria, panjang umur murah rezeki, berjaya di dunia dan akhirat, amin...
Sekian, wasalam
Friday, 30 September 2016
Thursday, 29 September 2016
pekan baru, indonesia
Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal pekan baru, indonesia
Paklong dan maklong tinggal di sana
Anak arwah atuk yg sulung, abang ibuku yg sulung
Arwah Atuk org alor setar kedah, uwan-nenek org indonesia
Sebab tu anak2nya termasuk ibu aku semua lahir di indonesia
10org anaknya, patut 13org, yg 3 meninggal
Gambar di atas gambar lama masa anak paklong kahwen, 2009
Boleh di kira berapa kali pergi indonesia
Kalau aku kaya tiap2 tahun aku pergi melawat sedara mara di sana
Setakat ni aku pernah pergi pekan baru, dumai dan batam sahaja
2004, 2009, 2010 dan 2014
Baru pergi 4 kali jer
Umah paklong, makngah dan makcik zu,
Abah dan umiku yg setiap tahun pergi melawat
Yela, dah pencen 7 tahun
Asyik berjalan jer mereka
Untung adikku azam bawak mereka pergi jalan2
Doakan kami semua dapat pergi sana lagi

Wednesday, 28 September 2016
dumai, indonesia
Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal dumai, indonesia
Pakngah makngah tinggal di dumai
So datang melawat sedara mara di dumai, indonesia
Kakak kepada ibu saya yg no.2
Lama dah ni tahun 2014
Rindu nak pergi sana lagi
Ramai sedara mara yg tinggal di indonesia
Ramai yg tak jumpa lagi
Entah bila blh jumpa
Separuh di indonesia., separuh di malaysia
Adik beradik ibuku ramai
10orang
Sekian, wasalam
Tuesday, 27 September 2016
Tidur Berdengkur
Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal tidur berdengkur
Suami dan anak2 tidur berdengkur.....
Adakah ia sesuatu yang normal, atau perlukah anak kecil ini berjumpa doktor??
Bolehkah masalah ini diubati dan bagaimana pula jika ia berlanjutan sehingga ke usia dewasa??
Semua ini adalah persoalan lazim yang ditimbulkan oleh ibu bapa yang memerhatikan corak tidur anak kecil mereka yang disertai dengan alunan dengkur.
PUNCA KANAK –KANAK BERDENGKUR
Walaupun berdengkur secara amnya boleh disebabkan oleh masalah sentral iaitu otak, dan masalah peripheral iaitu saluran pernafasan, berdengkur dalam kalangan kanak-kanak pada kebanyakan masa adalah berpunca daripada masalah saluran pernafasan atas yang sempit.
Darjah penyempitan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak ini menentukan keterukan gejala berdengkur yang dialami. Semakin sempit saluran pernafasan, semakin kuat dengkurannya. Antara punca penyempitannya ialah kelenjar tonsil dan adenoid yang besar, rongga hidung yang tersumbat disebabkan oleh masalah alahan atau tulang hidung yang bengkok dan sebagainya. Tidak kurang juga gejala ini disumbangkan oleh keadaan obesity atau masalah kegemukan pada kanak-kanak.
Pengaliran aliran melalui saluran pernafasan yang sempit ini akan mengakibatkan lelangit lembut (bahagian yang mempunyai struktur uvula atau anak tekak) akan bergetar. Getaran ini akan menghasilkan bunyi yang kita dengari sebagai dengkur. Bagi mereka yang pernah melihatnya, ia merupakan suatu pengalaman yang mungkin menakutkan kerana kanak-kanak ini kelihatan seakan lemas kerana mereka terpaksa bertarung untuk bernafas dalam ruang yang sempit.
TANDA-TANDA BERDENGKUR
Selain daripada gejala berdengkur yang mungkin diberitahu oleh orang yang melihat mereka tidur, kanak-kanak yang menghadapi masalah ini juga mungkin mengalami tanda-tanda lain yang merupakan manifestasi kepada kualiti tidur malam yang tidak mencapai kepuasan. Antaranya ialah sukar bangun pagi dan rasa mengantuk pada siang hari yang turut akan menjejaskan prestasi persekolahan seharian.
Tumpuan di dalam kelas mungkin akan dikompromi akibat kurangnya konsentrasi disebabkan oleh rasa mengantuk. Berpunca daripada pernafasan yang kurang efisien juga, pengaliran oksigen sewaktu seseorang kanak-kanak mengalami masalah sleep apnea (berhenti bernafas sewaktu tidur) yang juga merupakan salah satu rentetan berdengkur, akan mengakibatkan bekalan oksigen yang rendah sampai ke otak. Dengan ini, prestasi otak juga lama-kelamaan akan terjejas.
TANDA-TANDA BERDENGKUR
Berbeza dengan orang dewasa, diagnosis bagi kanak-kanak yang berdengkur selalunya dapat dibuat dengan lebih mudah setelah pemeriksaan di klinik dijalankan. Sejarah pesakit yang lengkap akan diperoleh dan ini amat membantu doktor yang merawat.
Pemeriksaan juga tidak banyak masalah kerana punca penyempitan saluran pernafasan kanak-kanak berdengkur ini letaknya di bahagian saluran pernafasan atas. Dengan hanya membuka mulut, majoriti diagnosis sudah dapat dibuat iaitu keadaan tonsil yang besar dikenal pasti.
Pemeriksaan rongga hidung baik secara langsung atau menggunakan endoskopi yang begitu mesra pesakit akan menunjukkan kelenjar adenoid yang membengkak di belakang hidung. Kadangkala, ujian sinaran –x (x-ray) hidung dapat menunjukkan dengan jelas adenoid yang membesar ini. X-ray ini sesuai dilakukan jika kanak-kanak tersebut tidak memberikan kerjasama untuk diperiksa secara klinikal memandangkan usianya yang masih kecil.
Selain tu, punca hidung yang tersumbat seperti alahan hidung, sinusitis atau polip, juga sebarang abnormaliti yang mungkin wujud akan dipastikan sebelum bentuk rawatan selanjutnya dibincangkan.
MENGENALI TONSIL & ADENOID
Tonsil ialah sepasang kelenjar yang terletak di tepi orofarinks, bersebelahan dengan uvula (anak tekak). Dalam saiznya yang kecil, tanpa sebarang tanda jangkitan, ia adalah struktur yang normal. Ia bertindak sebagai sebahagian daripada system pertahanan badan sewaktu kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya. Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang.
Pada awal usia kanak-kanak, saiz tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap plateau. Apabila mereka mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil. Hal yang demikian menerangkan mengapa tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada seseorang dewasa.
Sama seperti tonsil, adenoid juga struktur normal yang memberikan elemen pertahanan badan sewaktu kanak-kanak masih kecil. Ia terletak di bahagian nasofarinks (belakang hidung). Ada kalanya, saiz adenoid ini relatifnya besar berbanding ruangan untuk udara melalui saluran pernafasan normalnya iaitu melalui hidung. Ini menyebabkan kanak-kanak bernafas mengikut mulut dan ia menyebabkan dengkur ini mudah berlaku.
RAWATAN
Terapi yang pelbagai juga boleh disesuaikan dengan punca yang dikenal pasti. Ia boleh dibahagikan kepada rawatan medical dan surgical. Rawatan medical ialah kaedah mengurangkan gejala dengkur dengan menggunakan ubat, alat atau mengubah gaya hidup seharian.Ini termasuklah seperti mengurangkan berat badan, tidak mengambil alcohol, mengubah postur tidur telentang kepada mengiring, menghindarkan sebarang bentuk alahan dan alergen yang menjadi punca rongga hidung tersumbat.
Sekiranya tonsil menyebabkan gejala obstruktif yang mengganggu kehidupan seperti berdengkur atau apnea tidur, maka pembedahan elektif membuang tonsil adalah disyorkan. Di Amerika Syarikat, tonsilektomi atau surgeri membuang tonsil merupakan pembedahan elektif yang paling kerap dijalankan di kalangan kanak-kanak. Ia merupakan suatu prosedur pendek dan pesakit biasanya perlu berada di hospital untuk beberapa hari sahaja. Begitu juga dengan adenoid, pembedahan kecil yang dilakukan biasanya tidak mendatangkan apa-apa masalah jangka panjang melainkan kelegaan daripada gejala berdengkur pada kebanyakan masa boleh dilihat pada keesokan harinya.
Kaedah-kaedah pembedahan ini biasanya dilakukan melalui rongga mulut atau hidung dan tiada parut akan kelihatan. Prosedurnya juga agak ringkas dan biasanya pesakit akan berada di hospital selama dua atau tiga hari sahaja.
KESIMPULAN
Sebenarnya untuk merawat masalah dengkur ini bergantung kepada punca yang menyebabkan kanak-kanak itu mengalaminya.Namun, keupayaan kita atau ibu bapa untuk mengenal pasti masalah pada anak kesayangan mereka adalah lebih penting daripada segala-galanya. Berdengkur bukan sesuatu untuk diketawakan atau dijadikan jenaka, malah menjadi tanggungjawab mereka yang berada di sekeliling untuk membantu kanak-kanak ini agar mereka dapat menikmati tidur yang lebih selesa sama seperti kanak-kanak yang lain.
Sekian, wasalam
Hari ni nak cerita pasal tidur berdengkur
Suami dan anak2 tidur berdengkur.....
“Simptom berdengkur adalah sesuatu yang biasa kita dengar atau alami.
Ia sering dialami oleh seorang dewasa yang keletihan, atau mempunyai masalah kegemukan atau obesiti.
Pasti sesuatu yang agak mengejutkan bagi ibu bapa terutamanya bagi pasangan baru jika mendapati manak kecil mereka menunjukkan gejala seperti ini.”

Monday, 26 September 2016
doa masuk bilik air dan keluar bilik air
Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal doa masuk bilik air dan keluar bilik air
Aku asyik post pasal doa2 harian supaya senang nak ajar anak2 bila aku buka hp ade dalam blog kat hp senang nak tengok, haha

pantai port dikson
Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal hari ahad semalam pergi pantai port dikson
Bertolak kul3pm mandi laut kul5.45pm sampai kul6pm dah balik pergi umah sepupu suami
Sampai umah sepupu dalam 5.30pm jauh perjalanan 3pm-5.30pm sampai
Mandi laut dalam 15minit jer
Makan2 kat umah sepupu suami
Makan satay sepupu suami memang berniaga jual satay satu cucuk rm0.50 jer
Murah dan sedap
Sampai umah kul11.30pm
Penat yg amat
Anak2 meragam tido lambat
Sekian, wasalam
Subscribe to:
Posts (Atom)
fun run 3km, 4km n 5km tahun 2025
Salam semua, da lama x update blog...hari ni nk cerita pasal masuk fun run 3km, 4km n 5km pa...
-
Assalammualaikum dan selamat pagi semua.... Hari ni nak cerita pasal abah dan ummi saya.... Abah 63tahun ummi 55tahun.... Abah dan U...
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera...... Hari ni nak cakap pasal kawan baik..... Walaupun ramai kawan baik susah nak cari kawan yg sama...
-
Assalammualaikum dan selamat pagi semua Doa hari ini doa selepas solat untuk semua Selamat beramal, sekian, wasalam