Friday, 16 December 2016

setiap hari

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal setiap hari membasuh baju dan melipat pakaian
Baru 4 orang ade di rumah tu
Hari2 basuh cadar
Hari2 basuh kosyen
Hari2 basuh baju
Penat ibu tau
Dahlah keje, balik rumah memasak membasuh
Setiap malam menjemur baju or setiap pagi
Pagi memasak, petang memasak lagi
Lipat baju waktu pagi
Menggosok baju setiap pagi setiap hari
Tak tahulah yg ade anak 5, tak dapat bayangkan
Membasuh banyak kali dalam sehari
Penat jadi suri rumah dan bekerja ni
Sekian, wasalam....


brownies sedap

Sebiji telur
2 sudu tepung
1 sudu nuttela
1 sudu penut butter
1 sudu gula aising
Bancuh semua sehingga sebati
Masukkan dalam bekas kecik2
Bakar dalam oven selama 20minit
Siap untuk dimakan
Boleh bubuh choklat rise warna warni di atasnya
Selamat mencuba :)

kek coklat

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini nak cerita pasal membuat kek coklat
Dah 5 tahun tak buat kek coklat
Lagi pun tempat membuat kek tiada
Tempat pukul or pemukul kek tiada
Penat memukul dengan sudu biasa
Nak bancuh kene sikit2 sebab bekas tiada
So ni resepi kek coklat:
Beli satu kotak kat mydin rm10
Pukul telur 3 biji dengan mantega 40gram
Masukkan separuh kotak kek yg dibeli
Masukkan air masak 40ml
Pukul sehingga sebati
Masukkan dalam bekas untuk dibakar
Bakar sehingga 40minit
Siap dibakar bubuh nuttela di atas kek
Pastu bubuh choklat rise warna warni di atasnya
Sekian, sudah boleh dimakan
Wasalam

mcdonald



Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Dah 4 kali x post or 4 hari x post x update sebab buzy keje akhir tahun
Wajib cukupkan 365 post blog
Ade lagi berapa hari je lagi hujung tahun
Hari ni nak cerita pasal mcdonald putrajaya kat tasik tu
Bawak anak2 pergi selepas waktu bekerja
Makan dulu sebelum memasak, alas perut dulu
Ibu cucuk asb transfer kat cimb 1000
So bolehlah pegi makan2, huhu
Nak bayar taska 900, dah ke lain pulak, haha
Yelah, nak bayar awal cikgu tak bagi, so gunalah dulu....huhu
Seronok bawak anak2 jalan2 main permainan
Waktu petang ramai orang, tempat duduk penuh
Stress tak dapat tengok dari jauh sambil makan
So terpaksa habis makan baru teman anak2 main
Sekian, wasalam.....

Tuesday, 13 December 2016

maha 2016

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini nak cerita pasal Maha 2016
Bawak anak2 berjalan2 tengok ape yg ade di Maha 2016, maep serdang
Maha ni setiap 2 tahun sekali ade
Kami pergi jalan2 cuci mata jer
Kan best kene time gaji, boleh beli macam2
So tengok jelah....masuk dalam ni nak keluar kene bayar rm5.00
Beli air dan burger je di dalam Maha ni
Ade yg murah ade yg mahal
Kene pandai pilih
Sekian, wasalam.....

clothes diapers

Assalammualaikum dan selamat tengahari semua
Hari ini nak cerita pasal clothes diapers
Aku beli masa anak sulung umur 3 bulan
Dia pakai sampai umur 2 tahun
Bila adik dia dah lahir, dah tak pakai clothes diapers ni sebab aku tak larat nak membasuh
Bila dah ade anak 2 ni tak sempatlah nak membasuh banyak kali dalam satu hari
Dulu anak sorang bolehlah rajin membasuh, merendam dan lain2
Anak dah dua ni pun memang kerap membasuh pakaian
Hari2 membasuh, dah 4 orang dalam rumah
Kalau pakai clothes diapers ni jimat sikit pampers pakai buang
Tapi aku tak cukup masa, so pakai pampers pakai buang jela
Maybe kalau aku suri rumah aku akan pakai clothes diapers ni, so boleh membasuh 24jam
Kalau ade anak yg ketiga, aku akan cuti panjang
Dari dulu lagi nak cuti panjang menjaga anak2 tak dapat
Harap sangat dapat selepas ni
Rugi tak guna 1825hari tu
Cuti tanpa gaji menjaga anak2
Semoga ade rezeki lagi, amin....
Sekian, wasalam


genap 11 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ini nak cerita pasal genap 11 bulan buat blog ni
13-1-2016 sampai 13-12-2016
Setakat ni yg baca blog ni baru 31,671 orang
Alhamdulillah....tak dapat capai target 50ribu pun tak perlah
Duit nuffnang masih rm2.75 jer
Terima kasih sebab baca blog saya hari2
Semoga yg baca blog saya ni dimurahkan rezeki selalu, amin....
Doakan saya dan family juga, amin....
Sekian, wasalam....

fun run 3km, 4km n 5km tahun 2025

Salam semua, da lama x update blog...hari ni nk cerita pasal masuk fun run 3km, 4km n 5km pa...