Wednesday, 10 February 2016

ASAM PEDAS IKAN




Bahan A
500 gram ikan
10 biji bendi
1 biji tomato
½ cawan air asam jawa
5 tangkai daun kesum
3 cawan air
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (bahan dikisar)
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu the serbuk kunyit

Cara membuatnya:

1.       Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
2.       Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
3.       Masukkan ikan, garam, daun kesum dan bendi kemudian biarkan sehingga mendidih.
4.       Masukkan tomato perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dab sayur lembut.
5.       Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin.

Resepi Ikan Bilis Masak Kicap



Bahan-bahannya:
2 genggam ikan bilis.
1 batang cili merah di hiris
10 batang cili api di hiris dan di ketuk.
1 biji bawang holand di hiris.
1 sudu kicap manis
1 sudu cili kering yang telah di blend (nie optional.. mori saje je letak untuk rasa pedas... tapi x pedas pon)
Secubit garam untuk perasa.

Cara-caranya:
Ikan bilis di goreng garing dan di ketepikan.
Keluarkan baki minyak dan tinggal kan sedikit saje.
Tumiskan bawang sehingga naik bau wangi.
Masukkan cili blend dan tumis sehingga wangi.
Masukkan cili merah dan cili api yang telah di hiris tadi.
Masukkan kicap manis dan gaul rata.
Taburkan garam sebagai perasa.
Tutup kan api
Masukkan ikan bilis tadi dan gaul rata.
Sedia untuk di hidang.

Friday, 5 February 2016

Bantuan anak selangor


Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal bantuan anak selangor
Memandangkan ibu lahir kat selangor, so ibu mohon bantuan anak selangor....ibu membesar dan sekolah di selangor so bolehlah mohon. Janji alamat selangor.huhu
Walaupun IC anak2 ibu putrajaya dan ipoh, perak, yg penting IC ibu selangor....alhamdulillah.....
Tapi bantuan ni dapat selepas anak2 ibu berumur 18 tahun ke atas....ni utk kemudahan mereka nak masuk universiti nanti....
Semoga anak2 ibu membesar dan menjadi umat rasulullah SAW yg berjaya di dunia dan akhirat, amin....

Thursday, 4 February 2016

sakit penghapus dosa2

assalamualaikum....selamat pagi semua....
hari ni nk cerita pasal sakit....sakit itu penghapus dosa2 kecil
start tahun 2015 mcm2 sakit yg menimpa familyku....
redha, pasrah dan terima ketentuanNya....
tiada siapa yg tak pernah jatuh sakit....
tiada siapa yg sempurna di dunia ni....
alhamdulillah sebab sakit....
sihat pun alhamdulillah....
kene bersyukur walaupun benda tu baik atau tidak baik....
ni gambar2 wajah kesayanganku yg jatuh sakit.....
sayang abah umi sampai ke syurga....
semoga sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah SWT, amin....













Wednesday, 3 February 2016

Da 4 tahun 8 bulan

Da 4 tahun 8 bulan sambut besday sendiri. Beli kek sendiri. Potong kek sendiri. Seperti isteri2 org lain, sy juga teringin nk romantik2 dpt hadiah ke.baju baru ke.kasut baru ke. Bunga ros ke.
Bukan nk buka aib suami.cuma ingin meluahkan perasaan.
Tak pernah tiap mlm borak2 tanya mcm ne keje hari ni.ok x.
Tak pernah nk msg tanya kabar ke.da mkn ke.da solat ke.
Tak pernah nk col melainkan ade hal penting.
Bila di rumah asyik sibuk dgn hp main game.
Bila da blk umah da penat xde nk borak2 melainkan gaduh setiap hari ckp psl adik2 ipar kurang ajar.
Sampai bila nk gaduh setiap hari.
Tidak pernah nk paham penyakit isteri.
Tidak pernah nk paham hati isteri.
Isteri x boleh nk masuk dlm family mertua.
Family mertua tau yg kita sakit dan suka buat kita bertambah sakit.
Sampai bila nk jumpa doktor pakar.
Nk ikutkan hati xmau blk melaka.asal blk melaka isteri akan sakit n masuk hospital sbb meroyan.sampai bila nk mcm tu.
Minta dilepaskan tidak mahu.tuntut fasakh amik masa bertahun2.
Setiap hari bergaduh,yg jd mangsa anak2.
Benci dgn sikap suami n lepaskan geram kt anak2.
Setiap doaku tiada utk suami x guna....
Semoga terus tabah menghadapi hari2 yg mendatang,aminn
Semoga dilepaskan suatu hari nanti.....aminn
Sekian, wasalam

Tuesday, 2 February 2016

Anak sukar makan nasi@bubur

Selamat malam semua
Abg n adik sama jer, dua2 susah nk mkn nasi@bubur. Ibu da buat mcm2 bg sedap ke ibu yg xreti memasak.haih. si abg asyik merantah lauk xmau mkn nasi n si adik susah nk mkn bubur.
Si abg kuat menyusu n si adik asyik buang susu pam. Ibu yg sakit ni susah nk sabar n mudah pukul n mengamuk bila anak2 xmau makan. Maafkan ibu syg.
Ibu bukanlah ibu yg baik dan ibu cuba jd ibu yg terbaik utk anak2 ibu. Kalau ibu blh kawal emosi xdelah ibu jumpa doktor pakar tiap bulan.
Setiap kali bwk jln2 @ g opis anak2 ibu nmpk mcm baik sgt n senang dijaga.padahal kt umah ibu selalu jd singa harimau serigala jadian.pandai kamu dua beradik tunjuk perangai baik ye.
Si abg berat badan tiap bulan kuning bukunya sama mcm adiknya. Mcm2 vitamin ibu beli bg kamu mkn supaya membesar dgn baik.
Semoga anak2 ibu sentiasa sihat ceria berjaya di dunia n akhirat,aminn...

Monday, 1 February 2016

Antara jwanita dgn dendam org mati

Jwanita mengisahkan dua beradik yg kehilangan ibubapa dlm kemalangan di usia kanak2.kakaknya trauma n sakit sejak ibubapanya meninggal.dua beradik tu tinggal di rumah anak yatim.adiknya diambil anak angkat manakala kakaknya tidak diambil.kakaknya mencari adiknya.kakaknya lari drp umah anak yatim n diculik oleh pasangan indon yg mengamalkan ilmu hitam@sihir. Akhirnya kakaknya menjadi perempuan sihir yg mengamalkan ilmu hitam dan berdendam dgn adiknya kerana hidup adiknya yg bahagia manakala hidup kakaknya hancur sejak kecil,setelah ditinggalkan oleh adiknya.kakaknya menyintai suami adiknya.suami adiknya hanya amik kesempatan terhadap kakaknya.

Dendam org mati mengisahkan wanita yg kehilangan ibu semasa kecil n sakit selepas ibunya tiada.wanita itu suka brcakap dgn patung drp kecik hinggalah da berkawin n da ada anak.wanita tu koma setelah cuba bunuh diri dan anaknya mati kerana gas bocor dan suaminya yg curang yg mengakibatkan wanita itu cuba bunuh diri byk kali. Dr awal lg ayahnya bilang lelaki itu cuba amik kesempatan kerana wanita itu ade penyakit murung yg teruk.lebih teruk lg setelah melahirkan anak. Suaminya hanya mahukan harta wanita itu.wanita itu akhirnya tinggal di hospital bahagia dan suaminya kawin lain dan menghabiskan harta wanita itu.ending cerita yg menyakitkan hati.
Persamaan cerita dua ini ialah wanita yg mempunyai penyakit murung akibat kematian org tersyg.diambil kesempatan oleh lelaki yg pura2 menyintai wanita2 ini.
Pengajaran yg dpt diambil oleh cerita dua ini ialah jgn amik kesempatan terhadap org yg sakit yg mempunyai penyakit mental. Allah Swt maha adil.

fun run 3km, 4km n 5km tahun 2025

Salam semua, da lama x update blog...hari ni nk cerita pasal masuk fun run 3km, 4km n 5km pa...