Monday, 21 May 2018

Menu berbuka puasa

 Ayam goreng kunyit - hari pertama
 Sup sayur campur - hari pertama

Sup ikan bawal - hari keempat

Assalammualaikum dan selamat tengahari
Hari ni isnin zikir isnin Laahaulawalakuataillahbillahhilhalimhazim 1000kali
Hari ni nak cerita pasal menu berbuka puasa
Selamat berpuasa semua
Menu masak simple2 jer
Hari pertama ayam goreng kunyit dan sup sayur campur
Hari kedua ikan masak asam pedas
Hari ketiga tomyam sotong
Hari keempat sup ikan bawal
Gambar hanya ade 3 jer, tak sempat nak amik gambar hari2
Semoga terus istiqomah memasak hari2, amin....
Tak pernah g bazar ramadhan....dah 7 tahun dah....
Makan je ape yang ade di rumah
Sekian wasalam

Tuesday, 24 April 2018

genap 6 tahun

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ni nak cerita pasal genap 6 tahun tinggal di Putrajaya ni
23.04.2012 hingga 23.04.2018
Surat tukar masih tak dapat lagi
Semoga cepat dapat surat tukar, amin...
Keluar kuarters jimat sikit gaji tu, huhu
Best ke tak best tinggal Putrajaya ni
Jawapannya adalah tidak best
Lagi seronok tinggal di kampung perak
Boleh menabung di perak
Sejak tinggal putrajaya ni tak dapat nak menabung, hmmm
Sekian, wasalam

Tuesday, 3 April 2018

Dinner opis n cabutan bertuah



Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal dinner opis dan cabutan bertuah
Dinner opis hari tu buat pada 24.02.2018 sabtu di Boraombak Hotel, putrajaya
Baru hari ni nak update blog...huhu
Dapat kuali alhamdulillah....
Macam tahu2 jer kuali kat rumah ade 2 jer
So sekarang ade 3 kuali, huhu
Makan dinner malam tu x berapa best pun
Lupa letak garam kot, huhu
Ade pertandingan kanak2
Geram anak2 aku xnak naik pentas
Sakit hati betul
Sekian, wasalam

6 tahun 9 bulan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ni nak cerita pasal genap 6 tahun 9 bulan perkahwinan kami
10.07.2011 hingga 10.04.2018
Saje post awal....dah lama x update blog baru hari ni nak update blog
Semoga perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke jannah Allah SWT
Semoga fasa pertama 5-10 tahun pertama habis dengan cepat
Semoga fasa pertama hidup susah ni berakhir dengan baik
Sekian, wasalam

Thursday, 22 February 2018

4 tahun 8 bulan dan 2 tahun 8 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni khamis zikir khamis subhanallah 1000kali
Hari ni nak cerita pasal anak2 aku
Genap 4 tahun 8 bulan dan 2 tahun 8 bulan pada bulan 2 ni
Haikal dan hadirah
Si adik masih susu badan lagi....bila nak berhenti entah
Si abang dah x kencing malam lagi dah
Alhamdulillah.....
Semoga anak2 ibu sentiasa sihat, ceria, panjang umur, murah rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Sekian, wasalam

Wednesday, 21 February 2018

Rumah Persekutuan Langkawi

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni rabu zikir rabu astaufirullahhalhazim 1000kali
Hari ni nak cerita pasal rumah persekutuan Langkawi iaitu Holiday Villa
Selama 3hari 2malam di Holiday villa ni
10.2.2018-12.2.2018
Kali ni pergi yg kali ketiga, tahun 2012, 2017 dan 2018
Kali ni bayar yg had murah sekali rm80 semalam
Rugi bayar yang rm100 semalam sebab dapat bilik yg sama
So amik yg rm80 semalam...
Kami dapat bilik yg sama setiap tahun tapi harga yg berbeza
So pilih yg murah2 jer lepas ni
Kene mohon awal2 6 bulan
Ape yg seronok sangat g Langkawi banyak kali ni
Saje nak beli coklat dan minyak gamat, haha
Kali ni naik boat pergi 3 pulau ke pulau
Rm25 dewasa, kanak2 rm15
Pergi pulau dayang bunting, beras basah dan pulau ape entah lupa nama
Dulu dah naik cable car kali ni tak naik dah....
Banyak tempat tak pergi lagi sebab semuanya kene bayar
Menyampah wei....habis duit banyak g jalan2 ni....hahah
Sekian, wasalam

p/s : gambar banyak malas nak upload

Friday, 26 January 2018

Rumah Persekutuan Cameron Highlands




Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni jumaat zikir jumaat ya allah 1000 kali
Hari ni nak cerita pasal rumah persekutuan cameron highlands
Hari tu pergi cameron pada 14.1.2018-15.1.2018
Semalam rm100 - rumah apartment 2 bilik tidur  3 bilik air
Selesa dan luas rumahnya
Murah pun murah weh
Seronok weh....
Rugi lah sape2 yg tak mohon rumah kerajaan ni
Mohon kene awal 6 bulan
Aku mohon masa bulan 11 2017
Rumah cameron ni sentiasa penuh
Ni kira nasib baik je dapat yg hari ahad dan isnin
Sabtu ahad memang sentiasa penuh
Aku kene amik cuti sehari - isnin
Jadilah....nanti nak g lagi pada 25.3.18-26.3.18
Sekian, wasalam

fun run 3km, 4km n 5km tahun 2025

Salam semua, da lama x update blog...hari ni nk cerita pasal masuk fun run 3km, 4km n 5km pa...