Tuesday, 25 July 2017

wedding sepupu


Assalammulaikum dan selamat petang semua
Hari ni selasa zikir selasa selawat nabi 1000kali
Hari ni nak cerita pasal wedding sepupu
Anak abah alang yang ke3
Wedding Ammar pada 7.5.2017
Lama dah ni baru boleh upload
7-5-2017 kenangan bersama arwah adik no.3 pian
Isteri pian selamat bersalin normal pada 10.07.2017
Berat baby 4.1, baby boy
Muhammad Zaidan Eiman Bin Mohd Sofian
Semoga membesar dengan sihat serta berjaya di dunia dan akhirat, aminn
Rindu sangat kat kamu adikku
Jumpa di syurga nanti
Sekian, wasalam

Friday, 14 July 2017

genap 2 tahun


Assalammualaikum dan selamat petang
Hari ni khamis zikir khamis subhanallah 1000kali
Hari ni nak cerita pasal anak kedua aku
Genap 2 tahun
29-6-2015 hingga 29-6-2017
Baru la ni dapat update
Alhamdulillah tak perlu pergi hospital dan klinik lagi
Keputusan semua ok dah
Semoga anak ibu sentiasa sihat, ceria, panjang umur, murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, amin...
Ibu sayang anak2 ibu walaupun ibu hari2 jadi singa betina
Sekian, wasalam

Thursday, 13 July 2017

raya tanpa abah dan adik

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ni nak cerita pasal raya tahun 2017
Tahun ni sedih banyak kematian
Tiada lagi gambar raya satu family
Rindu kat abah dan adik
Aku tak sambut sangat raya tahun ni
Seperti biasa tak cuti raya
Raya ke3 dah kerja
Sama setiap tahun
Dah 9 tahun kerja kerajaan
Tak pernah cuti raya
Nak cuti raya pun tak seronok
Baik tak payah cuti lansung
Rasa menyesal pulak tak gambar banyak2 dengan arwah
Tak tahu pulak abah dan adik pergi awal
Dapat cuti lama bila cuti bersalin setiap kali bersalin masa time nak raya
Last bergambar ramai2 tahun 2015 seperti gambar di atas
Masa tu aku dalam pantang 17hari
Gigih jugaklah bergambar sakan masa raya
Abah dan pian...tunggu kakngah ye
Kakngah nak ikut korang....
Kakngah tak suka hidup lama2 kat dunia ni
Dunia tak penting...yang penting akhirat kekal abadi....
Tunggu kakngah ye....
Sayang korang semua.....

Monday, 10 July 2017

genap 6 tahun

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini isnin zikir isnin Laahaulawalakuataillahbillahhilalihilazim 1000kali
Hari ni genap 6 tahun perkahwinanku
10.7.2011 hingga 10.7.2017
Semoga fasa pertama hidup susah ni berakhir dengan cepat
Semoga perkahwinan kami hingga ke syurga, amin....
Genap 6 tahun meminjam duit setiap bulan
Walaupun dah naik pangkat gaji naik masih tak cukup setiap bulan
Sabarjelah....
Sekian, wasalam

Friday, 16 June 2017

besday haikal



Assalammualaikum dan selamat petang semua
Hari ini jumaat zikir jumaat ya allah 1000kali
Hari ni nak cerita pasal besday haikal
Sepatutnya sambut 9.6.2017 ~ tarikh lahir
Sambut di melaka lewat sikit pada isnin malam 12.6.2017
Semoga anak ibu sentiasa sihat ceria panjang umur murah rezeki berjaya di dunia dan akhirat, amin...
Ibu sayang anak2 ibu....
Sekian, wasalam

Thursday, 15 June 2017

abah 100hari, adik 14hari dah

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal kematian ayah dan adik tersayang pada 5.3.2017 dan 1.6.2017
Belum cukup 100hari abah meninggalkan kami, adik no.3 pula meninggalkan kami
Dia accident motor semasa hendak pergi kerja petang pada 30.05.2017
31.5.2017 operate kaki kanan tetapi jantung tak berfungsi semasa operation dijalankan
Meninggal pada 1.6.2017 pada 1.00am
Sebab kematian di sijil masih pending lab investigation
Doktor ada bagitahu yg saluran darah tersumbat, tapi masih perlukan hitam putih yg mengatakan mati sebab ape, adikku umur 30 tahun
Tiada merokok, tiada sakit apa2, tetiba je jantung berhenti
Terasa ralat dan tak puas hati
Memang tak boleh terima kematiannya
Sedih sangat2
Kakngah sayang sangat kat kamu dik....
Rindu sangat2 kat kamu, pian
Jumpa di syurga ye adikku
Sekian, wasalam

5 tahun 11 bulan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini khamis zikir khamis subhanallah 1000kali
Hari ni nak cerita pasal genap 5 tahun 11 bulan perkahwinanku
10-7-2011 hingga 10-6-2017
Semoga fasa pertama hidup susah ni berakhir dengan cepat,amin...
Semoga perkahwinan kami hingga ke jannah, aminn
Semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa, aminn
Sekian, wasalam

fun run 3km, 4km n 5km tahun 2025

Salam semua, da lama x update blog...hari ni nk cerita pasal masuk fun run 3km, 4km n 5km pa...