Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal sakit mental tanpa sedar
Berita mengenai lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia,
sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya sedikit sebanyak mengejutkan
kebanyakan kita. Malah mungkin ada yang tertanya-tanya kini sama adakah
kita sendiri sebahagian dari pengidap penyakit ini.
Ramai yang beranggapan penyakit mental akan mengakibatkan seseorang dilihat berperangai aneh dan bertindak di luar batasan.
Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama penyakit psikosis.
Pada
tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin
kehilangan hubungan dengan alam nyata. Di antara penyakit-penyakit jenis
ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.
Kumpulan
kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis. Mungkin kita
pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini
merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita.
Apabila
perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak
terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang
dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin mengalami salah
satu penyakit mental jenis ini.
Di antara penyakit-penyakit jenis
ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas (fobia), keresahan
(anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif.
Seseorang
yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya.
Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap
gangguan terhadap aktiviti harian.
Penyakit mental boleh
bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat
seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu
episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.
Akibat
dari salah faham mengenai penyakit mental, pesakit dan keluarga mereka
kadang-kadang dicemuh dan disisih dalam masyarakat.
Tetapi
persepsi di kalangan masyarakat turut memainkan peranan dalam membantu
mereka yang mengidap penyakit ini apatah lagi jika ada di antara kita
yang terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk
menyembuhkan mereka.
Bagaimanapun dengan kemajuan dalam bidang
sains perubatan kini, penyakit mental seperti skizofernia dan lain-lain
boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal.
Jika
dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit dan mereka akan
menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota
keluarga ataupun jiran mereka.
Antara rawatan yang sering
digunakan bagi merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan
kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan
elektrokonvulsif
Rawatan kaunseling boleh membantu pesakit
memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan
ini diberikan secara pesakit luar.
Rawatan psikotropik
menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat
psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental.
Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis.
Sementara
ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan
keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala
penyakitnya dengan lebih baik.
Rawatan tingkahlaku pula memberi
tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku
tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik
releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini.
Rawatan
elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat
rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak
berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang
serius.
Mungkin ada di antara kita yang melihat penyakit ini
sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mungkin berlaku kepada dirinya.
Namun dengan keadaan ekonomi yang semakin merudum bukan sahaja di negara
ini tetapi di seluruh dunia, kemungkinan untuk seseorang untuk
menghidap penyakit ini, kini semakin tinggi.
Ditambah dengan
keadaan dunia sekarang dimana lebih ramai orang akan kehilangan
pekerjaan pastinya ia sedikit sebanyak akan memberi kesan dari segi
psikologi dan mental terutama bagi mereka yang berkeluarga.
Dunia
sekarang menuntut penggunaan wang sebagai perantara dalam memenuhi
keperluan dan kesan akibat kegawatan ekonomi ini sedikit sebanyak akan
menjejaskan pemikiran dan perlakuan kita.
Bagaimanapun kita
seharusnya perlu sentiasa berfikiran positif dan anggaplah segala apa
yang berlaku kepada kita sebagai satu ujian dalam hidup.
Sesungguhnya
tiada ubat yang lebih mujarab bagi semua insan selain menyerah dan
mengadu nasib kepada tuhan yang maha esa dalam menentukan perjalanan
hidup kita di bumi ini.
p/s : cakap pasal diri sendiri lagi, huhuhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kesan sampingan ubat Aripiprazole
Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...
-
Assalammualaikum dan selamat pagi Hari ni nak cerita pasal ubat sakit mental aku Dari 2008 hingga 2017, start 2017 amik injection pulak ...
-
Assalammualaikum dan selamat pagi semua Doa hari ini doa selepas solat untuk semua Selamat beramal, sekian, wasalam
-
Assalammualaikum dan selamat pagi semua Doa hari ini surah al-fatihah Selamat beramal Hari ini rabu 12-10-2016 Zikir hari ini astaufir...
No comments:
Post a Comment