Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal sakit jiwa or sakit mental
Aku salah seorang pesakit mental, so aku nak cerita pasal ni
Di zaman ini, selain daripada
penyakit fizikal, manusia semakin ramai yang mengalami masalah sakit
jiwa atau mental. Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 1
dalam setiap 5 orang akan mengalami penyakit mental dalam sepanjang
hayat mereka.
Kajian kesihatan dan morbiditi di peringkat kebangsaan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996 pula menunjukkan 10.7% rakyat Malaysia mengalami masalah mental dan statistik ini adalah bersamaan dengan statistik antarabangsa.
Kajian kesihatan dan morbiditi di peringkat kebangsaan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996 pula menunjukkan 10.7% rakyat Malaysia mengalami masalah mental dan statistik ini adalah bersamaan dengan statistik antarabangsa.
Ianya terus meningkat dari tahun
ketahun dan pada tahun 2006 ianya telah mencecah 11.2%. Jika diambil
kira dengan pertambahan penduduk maka jelas ianya berkadaran terus dan
menjelang tahun 2020, salah satu daripada sakit jiwa atau gangguan
mental ini iaitu kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi
beban penyakit selepas penyakit jantung!
Mengapa orang sekarang lebih banyak
yang mengalami gangguan jiwa dan emosi berbanding orang dahulu?
Sedangkan orang sekarang, boleh dikatakan mereka sudah memiliki harta
yang banyak, kesenangan, kemudahan dan kemodenan. Ada yang mengatakan
mereka sudah memiliki segala-galanya, namun jiwa masih terasa kosong.
Apakah yang dikatakan penyakit jiwa?
Penyakit jiwa atau mental adalah
satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa yang mengakibatkan
perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang. Perkataan ‘gila’
adalah satu ungkapan kurang sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit jiwa
dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan
lebih kerap dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan dengan pesakit
jiwa.
Namun kini, tekanan hidup amat besar
dalam mempengaruhi kehidupan dan emosi sehingga menjadi beban yang
mampu menghilangkan pertimbangan dan kewarasan lalu menjerumus kepada
masalah sakit jiwa dan akhirnya melakukan tindakan yang diluar jangkaan
dan melampaui batas.
Kita semua mempunyai gangguan emosi
dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya mengikut
arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu sebilangan daripada kita tidak
mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian
sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini berlanjutan, golongan ini
memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa.
Apakah punca penyakit jiwa?
Lazimnya tidak ada suatu punca
khusus yang menyebabkan penyakit jiwa atau mental ini. Biasanya
sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara
sebabnya adalah :
Fizikal.
- Contoh-contoh termasuk meminum terlalu banyak arak, salah guna najis dadah, kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak kita akibat dari tekanan.
Keturunan.
- Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya; terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang tua anda mempunyai skizofrenia.
Apakah jenis-jenis penyakit jiwa?
Terdapat beberapa jenis penyakit
jiwa atau mental ini dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh
sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang
hayat. Secara umumnya ianya boleh dibahagikan kepada tiga :
1. Kegelisahan (Neurosis).
- Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain. Seringkali berlaku akibat dari tekanan kehidupan dan persekitaran. Rasa rendah diri, hilangnya harga diri dan sentiasa gagal.
2. Kepiluan (Depression).
- Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi). Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.
3. Psikosis.
- Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.
Apakah yang harus dilakukan jika kita mempunyai tanda-tanda masalah sakit jiwa atau mental ini? Ikuti sambungannya disini : Atasi Masalah Sakit Jiwa Dan Mental
Relaks Minda anda untuk ketenangan jiwa
p/s: saya tertarik mengambil artikel ini untuk dihebahkan kerana
penyakit jiwa atau mental ini semakin membimbangkan dan seterusnya
melemahkan bangsa dan umat Islam. Kita perlu menangani masalah ini untuk
menghindarkan generasi kita dari terus terjerumus dalam gejala yang
tidak sihat dan akhirnya menjadi insan yang tidak berguna serta menjalani
kehidupan yang sia-sia.
No comments:
Post a Comment