Wednesday, 10 February 2016

IKAN TIGA RASA




Bahan untuk menggoreng ikan:
·         1 ekor ikan siakap/bawal
·         2 sudu besar tepung jagung
·         Sedikit garam
·         Sedikit Kunyit
Bahan untuk kuah:
·         4 ulas bawang putih, dicincang halus
·         3 biji bawang merah, dicincang halus
·         1 inci halia, dicincang halus
·         1 biji bawang besar dipotong bulat
·         1 biji tomato dipotong dadu
·         1 batang bunga kantan, dihiris nipis
·         1 batang halia, dititik
·         6 biji cili padi , dihiris nipis
·         1 biji cili merah, dihiris nipis
·         2 sudu besar cili kisar
·         4 besar sos cili
·         3 sudu besar sos tomato
·         1 sudu besar sos tiram
·         1 sudu besar sos ikan
·         2 helai daun limau purut
·         Garam dan gula secukup rasa
·         Dain bawang untuk hiasan
Cara Penyediaan:
1.      Ikan dibersihkan dilumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung, goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga garing, angkat dan ketepikan.
2.      Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.
3.      Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi, kacau seketika
4.      Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
5.      Masukkan daun limau purut dan kacau sehingga kuah pekat sebati.
6.      Tuangkan kuah diatas ikan yang digoreng tadi.
7.      Hiasakan dengan daun bawang.

No comments:

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...