Monday, 28 November 2016

kelebihan berzikir setiap masa :)

KELEBIHAN BERZIKIR

BISMILLAH'HIRAHMANIRAHIM...
Dengan nama ALLAH S.W.T yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ditujukan keatas Baginda Rasulullah S.A.W, keatas para sahabat dan keluarga Baginda. 
"DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI AKAN MENJADI TENANG"

Zikir merupakan bukti keterikatan seorang hamba kepada Penciptanya. Seorang muslim perlu sentiasa membasahkan lidahnya dengan zikir-zikir yang ma’tsur (diambil daripada Al-Quran dan sunnah) seperti zikir selepas solat, zikir pada waktu pagi dan petang serta zikir-zikir yang dibaca berkaitan dengan peristiwa atau sebab yang tertentu.

Allah SWT sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikir-zikir memuji Allah. Ganjaran pahala juga telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang berzikir. Hal tersebut dijelaskan dengan turunnya surah Al-Ahzab ayat 35, maksudnya:

 “Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.

Menurut Imam al-Nawawi, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya zikir tidak hanya tasbih, tahlil, tahmid dan takbir, bahkan zikir ialah setiap amalan ketaatan yang dilakukan kerana Allah SWT”.

Dari Rasulullah s.a.w, "Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga." ( H.R Muslim)
Amalan membiasakan diri dengan berzikir setiap waktu dan ketika sangat besar fadilatnya dan kelebihannya Berzikir satu-satunya cara yang terbaik sebagai amalan untuk Membersihkan hati dan naluri dari sifat dan penyakit Mazmuzah saperti hasad dengki,takbur,bongkak,  sombong dan segala penyakit penyakit hati.

Kelebihan Zikir:

1)Mendapat keredaan ALLAH dan memperolihi ketenangan pada hati serta dapat merasa kelazatan iman.
2)Mendapat kasih sayang ,kecintaan serta keampunan daripada ALLAH S.W.T,serta dimurahi rezeki
3)Mendapat pembelaan daripada ALLAH S.W.T apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
4)Menghampiri diri kepada ALLAH serta membuka seluas luasnya 
pintu masuk segala kebaikan.
5)Mendapat penghormatan dan kemuliaan dan doa dari daripada sekelian malaikat
6)Dapat merasa keagungan kebesaran kehebatan dan kekuasaan
kerajaan ALLAH S.W.T.
7)Mendapat nur(cahaya) daripada ALLAHS.W.T di dunia dan ketika berada di alam barzakh dan ketika melalui titian sirat kelak.
8)Menjadi pendinding dan perisai dari seksa neraka.
9)Menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan juga sifat buruk juga niat seseorang.
 
Selamat beramal semua :)
Sekian, wasalam

No comments:

kawan baik

 Assalammualaikum dan selamat sejahtera...... Hari ni nak cakap pasal kawan baik..... Walaupun ramai kawan baik susah nak cari kawan yg sama...