Wednesday, 13 January 2016

hai semua.....salam perkenalan....


mcm mana boleh terjebak.....dulu rajin baca blog org....sekarang try buat sendiri....hahaha......
sy hanya suka2 buat..di samping mencari duit tambahan.....sorry yer.....sy akan post benda2 yg sy da penah post kt fb....saje suka2....
harap ade ler yg suka baca.....huhuhu

hari ni nak repost tentang anak2....sy ibu kepada 2 anak....sorang lelaki...dan sorang perempuan....



Bismillahirrohmannirrohim…..
Assalammualaikum dan selamat pagi semua….
Nota hari ini…..
Kesan kasih sayang seorang ibu kepada saiz otak anak berumur 3 tahun
Menurut pakar neurologis, perbezaan pada saiz otak kanak-kanak berkenaan adalah berpunca daripada perbezaan tahap layanan ibu mereka kepada anak itu. Sebelah kiri dilayan dengan kasih sayang mana kala sebelah kanan kurang kasih sayang. Otak kanak-kanak di sebelah kiri jauh lebih besar, kurang memilik tompokan dan kurang kawasan hitam berbanding otak di sebelah kanan.

Kesan kepada masa depan anak-anak:-
  • Kanak-kanak yang memiliki otak sebelah kiri adalah lebih bijak dan berkeupayan untuk berinteraksi dengan lebih baik dengan masyarakat dan memiliki lebih sifat empati. Manakala kanak disebelah kanan akan cenderung kepada dadah dan jenayah selain kemungkinan gagal memiliki pekerjaan.
  • Apabila kanak-kanak itu tidak memiliki otak yang berkembang sepenuhnya, seperti mana ibu mereka, akan juga memiliki kecenderungan untuk mengabaikan anak-anak mereka sendiri apabila mereka berkeluarga nanti.
  • Umur yang sangat kritikal adalah semasa bayi berumur di bawah 2 tahun. Jika sudah terlepas tempoh ini ia mungkin tidak dapat dibaiki lagi sampai bila-bila.
Cian anak2 ibu….ibu ms kecik2 terabai….skrg anak2 ibu pula terabai….maafkan ibu syg….ibu xdpt jadi ibu yg baik….sepatutnya dengar cakap doctor sepatutnya tidak boleh ade anak, kan anak2 da jadi mangsa keadaan….nak patah balik masa tidak boleh….hmm….semoga Allah SWT sentiasa melindungimu wahai anak2 ibu…..aminn…..

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...