Ada satu
pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu
pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya
sedang menjemur pakaian... "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si
isteri. "Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu
sabun yang lebih elok."
Suaminya
menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu
setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen
yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.
Seminggu
berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya
kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, "abang
tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa
agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?"
Sang
suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca
kita." Isterinya terkesima.
Dan
begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain
bergantung kepada kejernihan fikiran (jendela), pabila kita memandangnya, jika
HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka
bersih pula PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih
(baik) pula PERBUATAN kita.
Hati,
fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup
kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati,
fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik. Kerana itulah segalanya.
HATI
menentukan FIKIRAN.
FIKIRAN menentukan
PERKATAAN & PERBUATAN.
FIKIRAN menentukan
PERKATAAN & PERBUATAN.
2 hal
paling baik di atas kebaikan :
■ Sangka baik kepada Allah
■ Sangka baik kepada Hamba Allah
■ Sangka baik kepada Allah
■ Sangka baik kepada Hamba Allah
perbanyakkan
selawat
ke atas Junjungan Mulia
Nabi Muhammad S.A.W"
ke atas Junjungan Mulia
Nabi Muhammad S.A.W"
p/s : suami cermin bagi isteri, isteri cermin bagi suami....kalau baik suami tu maka baiklah isterinya dan anak2nya....suami catuan bagi isteri, suami yg membentuk isteri dan anak2nya....
Semoga suami yg dipilih bawa isteri dan anak2 ke syurga,aminn.....
No comments:
Post a Comment