Anak pertama susu badan selama 2 tahun 3
bulan….saya pam susu setiap hari 2 kali di opis…..di rumah pam setiap 2jam
sekali semasa cuti bersalin 4 bulan….selepas start keje dah tidak pam bila hari
cuti….hanya pam susu di opis sahaja….anak pertama lelaki…kuat menyusu….jadi
susu pam dengan susu tepung….sebab susu pam hanya dapat 6oz sehari….saya minum
esp dan makan alfalfa untuk banyakkan susu. Amalkan surah di atas bagi membanyakkan susu anda...Selamat mencuba :)
ni gambar susu pam semasa anak pertama masa ni setelah habis cuti rehat 4bulan....
ni gambar susu pam semasa anak pertama masa ni setelah habis cuti rehat 4bulan....
Anak kedua susu badan sepenuhnya tidak pernah
campur2 susu formula….alhamdulillah….rezeki susu pam anak kedua ni banyak sikit
daripada anak yang pertama….setiap hari dapat pam 15oz di opis….setiap hari
rezeki susu pam tidak sama…kadang2 banyak, kadang2 sedikit….kene rajin pam…anak
kedua saya pam 4 kali di opis….masa cuti bersalin 4 bulan saya pam sekali
sehari je.bila da start keje da tak pam susu di rumah, hanya pam susu di opis
sahaja….pam 4 kali sehari setiap hari bekerja….anak kedua sama saya masih minum
esp dan makan alfalfa untuk banyakkan susu….
ni gambar susu pam anak kedua, gambar pertama masa nak masuk keje setelah cuti rehat 118 hari, gambar kedua semasa anak umur 5 bulan 18 hari....
ni gambar susu pam anak kedua, gambar pertama masa nak masuk keje setelah cuti rehat 118 hari, gambar kedua semasa anak umur 5 bulan 18 hari....
ni gambar susu pam bertarikh 28-12-2015 hingga 15-1-2016, anak sekarang umur 6 bulan 19 hari...masih susu badan sepenuhnya tidak pernah campur2 susu lain...hanya susu badan/susu ibu.....semoga hadirah susu badan sampai 2tahun/4tahun, amin.....jom kawan2 semua semangat pam susu ok????
Saya rajin membeli ape2 yang kawan2
jual…..huhu….ni semua koleksi2 vitamin2 yang sy beli tapi tidak rajin
makan…..yang selalu habis esp dan alfalfa jer…..huhu, nak buang sayang sebab
vitamin2 ni semua mahal saya beli sikit2 tiap2 bulan pada hari gaji…..so
vitamin2 semua ni masih tersimpan dalam peti ais saya sampai bila2……huhu, gambar vitamin yang sama gambar di atas dan di bawah...bezanya simpan di luar, pastu simpan dalam peti ais....yg selalu habis ialah esp, alfalfa, mealshakes, nutriferon dan green tea cinch.
Kebaikan Menyusukan Anak & Kelebihan Susu Ibu
1) Susu ibu lebih mudah dihadamkan.
2) Susu ibu tidak mengandungi bahan2 kimia. Ingat tak kes
melamin dalam susu bayi di China? Haaa, kita tak tau sejauh mana selamatnya
susu2 formula untuk bayi kita, so susu ibu memang pilihan yang paling tepat,
sebab confirm tak ada bahan2 kimia yang berbahaya!
3) Susu ibu menjimatkan kos & masa. Susu formula
kebanyakkannya mahal2 dan memerlukan anda membancuh dan menggunakannya dalam
tempoh masa yang terhad. Dengan susu ibu, tiada masalah! Tidak ada
kos tambahan, bersih dan menjimatkan. Stok susu sentiasa ada dalam badan,
so bila anak merengek nak nenen, angkat jer baju, susu dah tersedia.. heheheh
4) Menyusukan bayi anda mengurangkan risiko terhadap kanser
payudara. Ini adalah kajian dari Collaborative Group on Hormonal Factors
in Breast Cancer (2002). So, mencegah adalah lebih baik dari merawat,
kan? Jadi janganlah malas menyusukan bayi anda
5) Susu ibu mengandungi Imunisasi kepada penyakit dan membantu
membina sistem imunisasi dalam badan bayi – 80% dari sel dalam sus ibu adalah
macrophages, iaitu sel yang membunuh bakteria, fungus dan virus. Bayi
yang menyusu terlindung dari pneumonia, botulism, bronchitis, staphylococcal
infections, jangkitan telinga & German measles (campak).
6) Susu ibu mengandungi nutrisi yang terbaik!
7) Menyusukan anak mengurangkan risiko ibu dari menghidapi kanser
ovari.
8) Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu!
Haaaaaa, ni semua mesti ibu2 suka baca.. Heheheh.. maklumlah, masa mengandung
berkilo2 berat di”ternak” dalam badan.. hahahah.. Buat pengetahuan pembaca,
setiap sesi menyusu membakar 500 kalori sehari! Itulah sebabnya, ibu2 yang
menyusu badan lebih cepat kembali ke bentuk badan yang asal daripada ibu2 yang
memberikan anak mereka susu botol.
9) Susu ibu amat disyorkan oleh World Health Organization &
Unicef!
10) Susu ibu membantu mengeluarkan meconium dari perut bayi –
meconium adalah sejenis lendir melekit yang memang sedia ada dalam usus
bayi. Kolastrum @ susu awal ibu, adalah merupakan cecair unik yg boleh
mengeluarkan lendir itu dari perut bayi.. Subahannallah.. betapa hebatnya
ciptaan Allah ini
11) Susu ibu memelihara bayi dari penyakit Crohn – Penyakit ini
adalah penyakit yang berkaitan dengan usus. Penyakit ini sangat
kronik. Ia adalah radang perut yang boleh menyebabkan bengkak pada
bahagian dalam usus. Penyakit ini sangat susah untuk diubati, tapi kajian
menunjukkan susu ibu dapat menghalang dari bayi untuk menghidapi penyakit ini.
12) Menyusukan bayi anda dapat mengurangkan risiko menghidapi
kanser endometriosis.
13) Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi
kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra
dengannya. Lebih lagi, susu
ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam
bulan pertama hidupnya.
14) Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi.
14) Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi.
15) Penyusuan badan juga membantu bayi
anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi
antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman
dalam perut (gastroenteritis), selesema,
infeksi
urinari dan jangkitan
telinga.
16) Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi
mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema.
Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing
manis kanak-kanak dan leukemia.
17) Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya.
18) Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar.
19) Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.
20 ) Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda!

Perlukah saya berpuasa semasa menyusu badan?
Jika anda menyusu
badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan
sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang
tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah,
ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini
dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu.
Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam.

Sebelum membuat keputusan, eloklah jika anda merujuk kepada:
- dengan ibu-ibu lain dalam keluarga anda serta rakan-rakan mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman mereka dalam hal itu
- doktor atau pakar perunding penyusuan
- guru agama atau pejabat agama terdekat.
Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?
Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi
kerana badan anda masih boleh menghasilkan
susu semasa anda berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak
menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan.
Ini kerana badan anda akan membuat penyesuaian dengan mengubah cara ia menggunakan kalori yang ada dan membebaskan tenaga dengan lebih baik sebagai tindak balas terhadap kekurangan makanan dan air.
Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu mereka. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu.

Adakah perubahan dalam susu badan akan memberi kesan ke atas bayi saya?
Perubahan dalam susu badan anda tidak akan
memberi kesan ke atas bayi. Dia sudahpun dapat menerima perubahan-perubahan
kecil pada susu anda bergantung kepada apa yang anda makan dan berapa banyak
dia perlu menyusu. Kajian menunjukkan bahawa walaupun si ibu berpuasa selama 24
jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah.
Jika anda makan terlalu sedikit dan berat badan mula turun, jenis lemak dalam susu anda mungkin berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah. Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan anda sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan anda.

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?
Badan anda biasanya dapat bertahan jika
anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan
kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan
didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang
tidak menyusu badan atau yang sedang hamil.
Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
- anda rasa sangat dahaga;
- air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
- anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
- anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan
meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak
sihat, hubungilah doktor anda.
Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur.
Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur.
Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor,
menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic
index - GI) yang rendah.
GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam
darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI
yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan
glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan
yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi
dan nasi.
Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk anda makan secukupnya pada waktu malam dan anda berat badan anda mula turun, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin perlu untuk tidak berpuasa.
Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah?
Membuat persiapan untuk berpuasa boleh
membantu anda mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berlaku:
- Beli barang keperluan dan buat kerja-kerja rumah yang lebih berat sebelum anda mula berpuasa.
- Simpan diari makanan supaya anda boleh memastikan anda makan dan minum dengan cukup pada waktu malam.
·
Berehat dan duduk di tempat
sejuk sebanyak mungkin pada waktu siang.
Bilakah saya harus meminta bantuan?
Jika anda mula rasa tidak sihat atau mula ternyahhidrat,
hubungilah doktor anda. Jika anda bimbang samada bayi anda mendapat susu
yang cukup ataupun tidak, dapatkanlah nasihat daripada doktor atau pakar
kanak-kanak. Tanda-tanda bayi tidak mendapat cukup susu termasuk:
- kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari);
- najis berwarna kehijauan;
- tangisan yang nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam;
- turun berat badan atau berat badan tidak bertambah.
Jika masalah
penyusuan badan berlaku, hubungilah kaunselor penyusuan badan atau
penasihat laktasi. Mungkin ada seorang di hospital berdekatan anda, atau
tanyalah doktor anda jika beliau boleh mencadangkan seseorang. Anda juga boleh
mencari sumber tambahan dalam Direktori
Penyusuan Badan A-Z kami.
No comments:
Post a Comment