Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal meminjam duit kat orang lain setiap bulan
Hari ni dah genap 4 tahun 10 bulan sejak kahwin lagi asyik meminjam duit nak beli barang2 dapur
Setiap bulan gaji aku tak cukup
Bulan 4 ni dah pinjam rm200 kat kaklong
Rm100 suami guna balik melaka amik kereta adik ipar kurang ajar
Rm100 nak beli susu, beras dan lauk2
Nanti gaji bayar balik....
Setiap bulan meminjam duit kat kaklong / abah / ummi / pian-adik / orang lain
Dulu kat perak selalu pinjam duit en.osman dan en.khamdan, bos kat perak
Bila dah pindah kat putrajaya ni hampir 4 tahun kat putrajaya ni asyik meminjam duit kat kaklong / abah / ummi / kawan baik nor diyana omar
Malu weh setiap bulan meminjam....
Setiap kali gaji membayar hutang2.....
Orang yang memberi lebih baik daripada meminta2
Sedih aku terdiri daripada orang yang meminta2
Nak buat macam mana, duit selalu tak cukup
Nak beli susu anak dan beras serta lauk2.....
Biasa setiap bulan pinjam pada seorang jer...
So bulan ni dah pinjam duit kaklong.....
Harap sangat bulan 5 tak pinjam sape2 dah....
Sebab motor dah habis bayar 2 mei ni last bayar
So ade baki rm164 setiap bulan start bulan jun nanti.....
Lega satu hutang dah habis bayar....
Tak sabar nak tunggu katil dan tilam habis bayar bulan disember nanti....
Lepas ni naik gaji bulan 7 adelah duit lebih sikit
Tak sabar nak tunggu fasa pertama 5 tahun pertama hidup susah....
Moral of the story :
Jangan jadi seperti aku yang suka meminjam duit...
Sekian untuk hari ni
Wasalam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kesan sampingan ubat Aripiprazole
Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...
-
Assalammualaikum dan selamat pagi Hari ni nak cerita pasal ubat sakit mental aku Dari 2008 hingga 2017, start 2017 amik injection pulak ...
-
Assalammualaikum dan selamat pagi semua Doa hari ini doa selepas solat untuk semua Selamat beramal, sekian, wasalam
-
Assalammualaikum dan selamat pagi semua Doa hari ini surah al-fatihah Selamat beramal Hari ini rabu 12-10-2016 Zikir hari ini astaufir...
No comments:
Post a Comment