Friday, 18 March 2016

Kualiti atau kuantiti ~ part 1

Assalammualaikum dan selamat pagi semua
Hari ni nak cerita pasal kualiti atau kuantiti
Ape tu? pasal anak lah...
My abah adik beradik 13 orang yang hidup 6 org jer, abah yg ke 8
My ummi adik beradik 13 orang yang hidup 10 org jer....umi yg ke no 4
Ramai yg meninggal sebab masa zaman dulu hidup susah xde duit nak g hospital dan hospital pun jauh....so banyak adik beradik meninggal masa kecik2....
My abah adik beradik kebanyakannya kerja kerajaan....kebanyakan dah pegi haji waktu muda
My ummi adik beradik kebanyakannya juga kerja kerajaan....yg di indonesia keje kerajaan indonesia...semuanya gaji besar2 alhamdulillah....
Arwah atuk dan nenek belah abah dan umi beruntung anak2 membesar dan menjadi insan yg berguna....susah nak jaga amanah Allah SWT ni....kalau jaga elok, maka eloklah acuannya....
Walaupun ade lah sorang yg tak berjaya dlm SPM tetapi kira beruntung adik beradik kaya-raya....
Yg kaya-raya tu boleh bantu yg miskin....
My abah kalau boleh nak anak ramai...tapi ape kan daya...my ummi selalu sakit.....so redha dan pasrah....kalau umi tak sakit mesti abah dah g haji lama dah dan kaya-raya di waktu muda....Abah byk habis duit pergi berubat umi....Abah syg umi sbb tu sanggup habis byk duit.....tapi sakit Allah SWT yg bagi...ade hikmahnya setiap ape yg berlaku....
My umi pulak kalau boleh nak anak seorang jer....umi syg kaklong....tu kaklong yg paling pandai xde sakit ape2, menjadi kebanggaan semua org....Kaklong straight A drp tadika sampailah university dan sampai anak2nya pun pandai2....
Dalam familyku, kiranya semua adik beradik pandai2 straight A dlm pelajaran dan pointer 3.5 ke atas kecuali aku seorang.....tak perlah...mesti ade seorang yg kurang bijak drp semuanya....
yang penting adik beradikku semua kerja tetap kerja kerajaan gaji besar2 kecuali aku cukup2 makan....walaupun aku kerja kerajaan, tapi aku hanyalah kuli jer....redha dan pasrah....mungkin takat tu jer rezekiku....terima seadanya.....

Nak cerita pasal kualiti atau kuantiti
yg mana best anak ramai atau anak yg sikit???

Kalau anak yg ramai menjadi alhamdulillah....
Kalau anak yg ramai tapi semua SPM tak lepas macam mana tu.....


 

Antara Kualiti Dan Kuantiti Anak, Ini Jawapan Sentap Seorang Doktor Buat Pesakitnya

 



A 48 years old female, came to me for her maternal check up. She has underlying Chronic Hypertension, poorly controlled and IGT (Impaired Glucose Tolerance – kira sipi-sipi lagi nak kena kencing manis.)
So boleh bayangkan tak? An advanced age mother, with underlying chronic disease came in with a pink book. Saya berdebar bila baca buku pink dia. It is a high risk pregnancy.
To make sure every information written on her book is correct, I’m asking the patient again.
“Ini kandungan ke 8? Betul ke? Pernah gugur tak?
“Ya, ini kandungan ke 8, tak pernah gugur.”
“Pernah makan pil perancang, ubat cucuk atau alat untuk perancang keluarga?”
“Tak pernah. Saya yakin. Anak itu rezeki.”
Dah kenapa nak rasa offended?
“Saya tak pernah kata anak itu bukan rezeki,” kata saya.
“Takde lah. Mana-mana doktor, memang suka kalau kita ini tidak beranak lagi. Kalau orang Melayu dan Islam tak ramai di muka bumi, siapa lagi?” katanya melenting.
Saya pun mulakan ceramah agama. Kenapa saya panggil ceramah agama dan bukan ceramah kesihatan? Sebab pesakit gunakan agama mempertahankan pendiriannya.
“Anak adalah rezeki tapi jangan lupa, rezeki adalah hadiah daripada Tuhan untuk kita. Kena ingat, anak juga adalah amanah, iaitu tanggungjawab kita kepada anak dan Tuhan.”
“Bila kita sentuh tentang amanah kepada anak, bukan asal pakai baju tetapi menyediakan pakaian yang bersih dan menutup aurat. Asal cukup makan tetapi memberikan makanan yang sihat dan halal begitu juga pendidikan yang baik.”
“Soalan yang akan saya tanya kepada puan, anak sulung puan, umur berapa?”
“18 tahun. Baru habis SPM.”
“Berapa keputusan SPM dia?”
“Teruk. Tak pandai mana.”
“Anak puan yang sulung tu, perempuan ke lelaki?”
“Perempuan, kenapa doktor?”
“Pakai tudung menutup dada?”
“Tak… kadang pakai, kadang tak.”
“Cukup solat 5 waktu dijaga?”
Si ibu termenung jauh.
“Kalau puan dah berusaha berikan pendidikan yang baik kepada anak, Alhamdulillah.”
“Kalau puan dan berusaha berikan pakaian yang baik dan menutup aurat kepada anak, Alhamdulillah.”
“Kalau puan dan berusaha menjaga solat anak puan, Alhamdulillah.”
“Sesungguhnya, Allah menilai usaha, bukan hasil.”
“Cuma kalau puan gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik, semoga Tuhan ampunkan dosa puan dan suami kerana lalai menjalankan amanah.”
“Rezeki yang dimiliki jika tidak diuruskan dengan baik, akan jadi mudharat kepada kita.”
Ibu tadi mengalirkan airmata. Habis tudung, hujung lengan baju dijadikan kain mengesat airmata.
Saya memegang bahu pesakit dan menghulurkan tisu.
Nasihat itu bukan semata-mata untuk pesakit tetapi diri sendiri juga.
Moga menjadi iktibar untuk semua.

No comments:

kesan sampingan ubat Aripiprazole

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan..... Aripiprazole ialah ubat yang bole...