Wednesday, 20 July 2016

Tip bersalin normal


Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Hari ni nak cerita pasal bersalin normal,alhamdulillah anak2 saya semuanya bersalin normal, hanya 2jam di labour room
Sewaktu nak bersalin adalah waktu yang amat-amat genting dan kritikal bagi ibu hamil. Teknik yang betul dapat membantu untuk memudahkan ibu hamil untuk mudah bersalin secara normal terutamanya anak sulung.
Setiap ibu-ibu mesti mempunyai pengalaman yang berbeza-beza ketika melahirkan bayi termasuklah saya. Jadi saya ingin kongsikan kepada anda semua tentang tip bersalin secara normal. Salah satu tips ini saya juga amalkannya.

Tips 1: Mudah bersalin dengan urutan

Urutan dilakukan adalah untuk mengelakkan berlaku koyak yang lebih teruk semasa nak meneran. Urutan dilakukan ketika mengandung minggu ke-34 hingga waktu nak bersalin, jangan lakukan urutan terlalu awal. Urut menggunakan minyak zaitun sebagai contoh jangan guna minyak sembarangan. Urutan bermula dari bahagian dubur ke faraj. Sebelum melakukan urutan dapatkan nasihat doktor dulu ya.

Tips 2: Senaman bagi ibu hamil

Senaman adalah untuk menjadikan otot vagina lebih fleksibel dan anjal. Ibu hamil sangat digalakkan untuk kerap berjalan dari banyak duduk kerana ini salah satu tips untuk mudah bersalin secara normal.

Tisp 3: Teknik pernafasan yang betul

Benar atau tidak teknik pernafasan yang betul dapat memudahkan ketika nak bersalin hanya dengan satu kali teran sahaja tanpa koyak dan perlu dijahit. Itu terjadi pada sahabat saya dulu, saya juga tidak percaya tapi ia benar. Pernafasan yang betul adalah penting untuk memudahkan proses nak meneran dan untuk menahan sakit. Kebiasaannya sewaktu nak bersalin doktor akan maklumkan cara pernafasan yang betul.

Tips 4: Dapatkan tidur yang cukup

Dihujung kehamilan biasa ibu-ibu akan tak cukup tidur kerana badan mula sakit terutamanya dibelakang badan dan pinggang. Jadi nak tidur memang tak selesa, tapi ibu-ibu diharap dapat mendapatkan tidur yang cukup supaya tidak letih sebelum berjuang nanti untuk bersalin.

Tips 5: Jangan panik tapi keadaan selesa

Bila dah tiba nak bersalin perasaan tu memang akan rasa panik. Tapi ibu-ibu dinasihatkan untuk bertenang dan tidak tergopoh gapah supaya dapat elak dari bersalin dengan menggunakan bantuan vakum atau forsep. Peralatan untuk dibawa ke hospital sepatutnya dah disiapkan terlebih awal lagi.

Tips 6: Orang tersayang pemberi semangat

Seronok jika suami ada disebelah ketika isteri sedang berjuang nak bersalin. Ia sebagai pemberi semangat untuk terus meneran, sebagai tukang lap peluh isteri juga. Tapi yang paling penting biarlah bayi yang baru lahir dapat di azankan oleh bapanya sendiri.

Tips 7: Kerapkan berjalan

Ibu hamil dinasihatkan untuk kerap berjalan pada minggu-minggu akhir kehamilan supaya bayi akan ‘engage’ atau maksud lagi kepala bayi pada tempat saluran yang betul. Ini adalah untuk memudahkan untuk bersalin dan untuk bantu tempoh proses bersalin dengan cepat.

Tips 8: Posisi ketika baring

Posisi baring mengiring katanya dapat memudah bersalin kerana ia bantu untuk bukaan serviks dan mudah bayi untuk keluar. Berbeza pula jika baring menelentang ia akan beri tekanan pada byi untuk keluar nanti.

Tips 9: Makanan sebagai pemberi tenaga

Bila tiba masa nak bersalin ibu diminta untuk mengambil makanan yang memberi tenaga contoh seperti kurma. Ini supaya nanti dapat meneran dengan bertenaga dan tidak lemah. Saya sendiri amalkan kurma.

Tips 10: Banyakkan berdoa

Berdoa dan minta kepada-Nya adalah penting kerana hanya Dialah yang dapat selamatkan ibu dan bayi. Semoga dengan banyak berdoa dapat memudahkan proses bersalin nanti, ibu dan anak selamat.

Selamat Mencuba semua :)

No comments:

kawan baik

 Assalammualaikum dan selamat sejahtera...... Hari ni nak cakap pasal kawan baik..... Walaupun ramai kawan baik susah nak cari kawan yg sama...