nisa
assalammualaikum semua....harap korang semua suka membaca blog saya yer....mmuahhhh
Thursday, 27 November 2025
fun run 3km, 4km n 5km tahun 2025
Tuesday, 24 December 2024
kawan baik
Assalammualaikum dan selamat sejahtera......
Hari ni nak cakap pasal kawan baik.....
Walaupun ramai kawan baik susah nak cari kawan yg sama2 susah dan senang.....
Syukur alhamdulillah dikurniakan kawan baik yg ramai.....
Walaupun selalu sorang2.....hahaha.....
Ade yg tak save no hp tapi selalu wasap dan selalu jumpa.....contoh tengku anna syahida kawan baik saya ni....dia x pernah save no hp saya tapi dia ingat no hp saya.....
Ada yg kawan dari kecik sampai sekarang masih berhubung lg.....nak sebut nama ramai sangat....nnti ade yg terasa nama x disebut.....
Ada kawan masa belajar universiti masih sekarang berjumpa dan berhubung lg.....nak sebut nama ramai sangat.....maklumlah kawan kat facebook hampir 3000.....saya hanya aproved yg kenal sahaja.....
Gambar di lampiran gambar sambut besday tengku anna syahida di cyberjaya.....belanja dia makan....dia selalu bantu kewangan saya dari 2016 sampai sekarang....thanks kuna....akak sayang kuna sangat2....
Umur da meningkat ni malas nk pk serabut otak, nk Kawan Kawan, xnk Kawan sudah...senang je...
Monday, 23 December 2024
13 tahun..... (10.7.2011-10.7.2024)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.....
Apa kabar semua hari ni....Hari ni nak cerita pasal 13 tahun perkahwinan kami....
Dikurniakan anak tiga orang...anak2 oku disleksia, intelectual dan ADHD....
Macam2 yg berlaku sepanjang 13 tahun ni.....
13 tahun kahwin 13 kali g mahkamah tinggi......
Hubungan masih lagi kukuh walaupun macam2 berlaku....
Loan kahwin masih belum habis bayar lagi.....ade 7 tahun lagi.....
Saya tak kuat...tapi buat2 kuat dan bertahan lagi selagi boleh bertahan.....
Sekian untuk hari ni.....nanti sambung lagi.....
Sunday, 22 December 2024
susah tidur malam
Assalamualaikum Dan Selamat sejahtera.... Da 4 tahun x tulis blog ni....Ade ke yg rindu...huhuhu....sekarang jam 1pagi still mata x boleh tidur.....byk benda berlegar di fikiran....mcm biasa masalah kewangan....duit x pernah cukup...habis mengalir seperti air yg deras....da 4 tahun byk benda berlaku....saya g umrah 2022, balik Dari umrah dapat penyakit 3 serangkai...kencing manis, darah tinggi n kolestrol tinggi....bacaan gula selalu 27....Sy g mahkamah byk Kali utk urusan perceraian....da 13 tahun kahwin 13 Kali g mahkamah....tp still Masih lg status isteri org....Hakim suruh berbaik....setiap malam susah nk tidur....nk mkn ubat tidur x boleh sbb Ade masalah jantung.... thyroid pun belum selesai lg.... mcm2 penyakit....sakit mental da 18 tahun.... anak2 oku, dislexsia, intellectual Dan ADHD..,..Allah Maha penyayang....sebab tu bagi ujian mcm2....doakan saya kuat....nnti kita sambung lg.... (gambar bersama pengasuh azim kat kenduri adik pengasuh)
Monday, 7 September 2020
kesan sampingan ubat Aripiprazole
Assalammualaikum dan selamat pagi semua,
Hari ni nak cerita pasal kesan sampingan ubat yg saya makan.....
Aripiprazole ialah ubat yang boleh digunakan untuk merawat psikosis dan juga menenangkan orang yang agresif atau terganggu fikiran akibat psikosis. Ia boleh diambil melalui mulut atau suntikan (intramuskular). Walau bagaimanapun, aripiprazole juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak menyenangkan seperti sakit kepala, sakit perut, dan tidur yang berlebihan atau mengantuk.
Ulasan ini mencari bukti daripada ujian rawak terkawal yang menilai keberkesanan aripiprazole intramuskular untuk orang yang terganggu fikiran dan agresif akibat menghidap psikosis.
Pencarian
Pakar Maklumat kumpulan Skizofrenia Cochrane menjalankan pencarian elektronik pada tahun 2014 dan 2017 untuk kajian yang merawakkan orang dewasa dengan keagresifan akibat psikosis untuk menerima sama ada suntikan aripiprazole atau suntikan plasebo (rawatan palsu) atau suntikan antipsikotik yang lain. Carian tersebut menemukan 63 rekod yang berkaitan, merujuk kepada 21 kajian. Penulis ulasan menyaring rekod ini untuk kemasukan dan pengecualian.
Keputusan utama
Hanya tiga kajian yang boleh dimasukkan. Bukti adalah terhad kerana bilangan kajian yang kecil dan kualiti data yang rendah
dilaporkan. Orang yang menerima aripiprazole memerlukan lebih banyak
suntikan untuk menjadi tenang berbanding mereka yang menerima plasebo atau haloperidol. Secara keseluruhannya, aripiprazole menyebabkan kesan buruk yang sama ke atas plasebo atau haloperidol. Berbanding olanzapine,
aripiprazole adalah kurang berkesan untuk menenangkan orang tetapi boleh
menyebabkan kurang tidur atau mengantuk
Kesimpulan
Beberapa bukti boleh didapati, tetapi adalah berkualiti rendah, dan sukar untuk membuat kesimpulan tentang keberkesanan aripiprazole dari data tersebut. Oleh itu,
para profesional kesihatan dan orang dengan masalah kesihatan mental
dibiarkan tanpa bimbingan yang jelas tentang penggunaan aripiprazole
sebagai penenteram yang cepat. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk membantu orang mempertimbangkan ubat yang lebih baik untuk menenangkan orang, kurang kesan buruk, dan berfungsi dengan cepat dan pantas.
Sekian terima kasih
Thursday, 27 August 2020
konvo pra sekolah si abang
Assalammualaikum dan selamat petang semua
Gambar di atas ialah gambar konvo si abang anak sulung kami....
Gambar tahun 2019 baru sekarang nak upload.....
Disebabkan terlalu sibuk....
Ibu sayang abang....
Sekian, terima kasih.....
EGG - Scan kepala Azim
Assalammualaikum dan selamat petang semua
Dah hampir dua tahun saya tidak update ape2 di blog ni...
Sejak ade anak tiga ni urusan sangatlah sibuk sehingga tiada masa untuk update blog.....
Hari ni nak cerita pasal anak bongsu kami, Muhammad Azim Hambali Bin Mohd Azlan.
Gambar di atas adalah gambar semasa buat egg di hospital kuala lumpur pada 8.11.2019
Buat egg sebab nak check sama ada ade sawan atau tidak....
Syukur alhamdulillah anak kami tiada sawan....
Semoga anak ibu membesar dengan sihat dan berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Sekian, terima kasih....
fun run 3km, 4km n 5km tahun 2025
Salam semua, da lama x update blog...hari ni nk cerita pasal masuk fun run 3km, 4km n 5km pa...
-
Assalammualaikum dan selamat pagi semua Doa hari ini doa selepas solat untuk semua Selamat beramal, sekian, wasalam
-
Assalammualaikum dan selamat pagi semua Doa hari ni doa bila anak2 demam panas Selamat beramal Zikir hari ini rabu, astaufirullahhalazi...
-
Assalammualaikum dan selamat pagi Hari ni nak cerita pasal ubat sakit mental aku Dari 2008 hingga 2017, start 2017 amik injection pulak ...








